Ads 468x60px

Labels

Friday, October 16, 2009

- Shopping, shopping and shopping

Pagi semalam, awal awal lagi Chik Na dah pergi Jusco sebab malas nak pergi dengan anak anak sebab nanti banyak lak "tol" untuk depa. Hajat dihati nak beli berus botol susu jenama "Tollyjoy" (anak Chik Na tu walaupun dah nampak besar besar belaka tapi dua dua still hisap susu dalam botol :D) dan sedikit barang dapur sahaja.


Tapi bila lalu kat bahagian household banyak lak benda yg terlintas nak beli. End-up Chik Na beli 6 biji gelas , 2 talam yang saiz berbeza dan baking loaf jenama "pyrex". Gelas tu nak ganti gelas Chik na yang pecah 2 biji last Sunday. Walaupun gelas yang lama tu sedikit berbeza tapi boleh la match ngan yang baru ni. Talam pulak sebab yang lama tu dah retak tapi tak berapa nampak sgt retaknya) dan mangkuk tu memang dah lama Chik Na berkenan dan disebabkan ader 10% discount maka Chik Na terpengaruh utk membelinya kekekek.. Dekat MYR 100 la jugak habis kat bahagian household tu. Tu selalunya Chik Na malas nak merayap kat shopping mall. End -up kita akan beli benda yang tak la penting sangat. Contohnya beli mangkuk "pyrex" tu. Nanti pening En. Zaidi tengok ape yang Chik Na beli... tapi mana dia tahu kan.. !!!! Dia bukannya ade kat Msia nih melainkan dia pun baca blog Chik Na nih la kan..



Ni la rupa baking loaf yang Chik Na dah lama berkenan tu. Untuk menghilang rasa bersalah beli mangkuk ni Chik Na decide buat lasagna untuk dinner. Kebetulan ade lagi lebihan kueh spagetti kat freezer.


Rupa lasagna Chik Na sebelum dibakar menggunakan mangkuk pyrex yang baru tu. He he he.. Kejap je susun lapisan lasagna tu memandangkan semua bahan dah ade kecuali kena buat "rue", sos putih yang diselangseli ngan lapisan kuah spagetti Chik Na".

Ni pulak rupa lasagna yang telah dimasak. Anak anak Chik Na memang suka lasagna ni. Teringat lak kat adik bongsu Chik Na, Ashu yang kat KB. Selalunya bila dtg KL dia selalu gak suruh Chik Na buat lasagna ni. Tapi kadang je la layan selera Ashu ni.

Ni plak another snapshot lasagna yang Chik Na buat. Sebenarnya lasagna Chik Na ni kekurangan lapisan dari biasa yg Chik Na buat. Selalunya buat 6 lapis tapi semalam buat 4 lapis je sebab takde stock "lasagna sheet" kat umah.


4 comments:

Mrs. Simplicity said...

alahai kak, sedap nye masuk blog akak arini. 2 makanan back to back. sy cam biasa, nak buat tak reti. tp best la, barang yg dibeli terus diguna. benda baru semangat skit nak masak kan? takpe, husband akak jauh, da beli pun, bukan bole buat ape :)

Unknown said...

Hmmm tak penah makan pun...

Pastikan siap bahan2 dia masa abg balik nantiii... kalau tak bekas tu kena jual... heh heh.

Chik Na said...

alya: tgk En, Zaidi dah komen nak jual Chik Na nya mangkuk pyrex tu :D

Abg: Kebetulan tiap kali Na buat, abg x de kat umah ..nasib laa..

akak_bieza said...

Cik Na,

Saya datang nak makan...makan lasagna Cik Na yg mengancam...terancam perut saya Cik Na..adussss

Bila bleh masak Cik Na? :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates