Ads 468x60px

Labels

Friday, October 30, 2009

- Tip berbelanja membeli barangan runcit

Hari ni Chik Na nak berkongsi tips membeli barangan runcit yang Chik Na petik dari Kosmo beberapa hari lepas... Bukannya ape ..ni kan awal bulan, so mesti semua org sibuk berbelanja keperluan bulanan keluarga masing masing.

Bagi sesetangah pengguna, membeli barangan runcit akan dilakukan setiap bulan mengikut bajet dan senarai yg dirancangkan lebih awal di rumah , tetapi ade gak yang berbelanja barangan runcit sesuka hati tanpa membuat perancangan.

Dibawah adalah tips yang boleh diikuti ketika berbelanja barangan runcit:
  • membuat perancangan dan senarai barangan
  • jangan pergi ke kedai ketika lapar
  • hanya pergi ke lorong lorong (dlm kedai atau pasaraya) yang diperlukan
  • Jangan merayau- rayau tidak tentu hala kerana anda pasti akan mendapat barangan tambahab yang tidak diperlukan
  • pastikan anda tidak membeli barangan jenama yang anda tidak pernah cuba sblm ini dengan banyak kerana anda mungkin tidak menyukainya
  • cuba jenama dalaman kedai
  • pergi ke kedai sorang diri, jgn bawa anak-anak ke kedai. Mereka akan mengalih perhatian anda dan meminta barangan yg diingini
  • beli dalam bentuk pukalkerana ia adalah cara yg baik utk berjimat. Namun, jgn membeli lebih drpd yg akan digunakan dan pastikan tarikh luput barangan tersebut
  • hanya menggunakan wang tunai
Bagi Chik Na pulak, Chik Na akan menyediakan list barangan keperluan setiap pertengahan bulan sebab masa tu la normally En. Zaidi dapat gaji dan 'allocate'kan perbelanjaan bulanan untuk Chik Na uruskan. Tapi selalunya masa tu Chik Na akan beli barangan yang sudah habis atau sudah kekurangan stok. Jika perlu, Chik Na akan membeli barangan tambahan. Dan lagi satu yang Chik Na amalkan sejak dari dulu lagi, setiap perbelanjaan harian Chik Na akan rekodkan dlm acct perbelanjaan bulanan Chik Na. Bukannya ape, untuk Chik Na monitor dan estimate perbelanjaan Chik Na setiap bulan.

Dan perkara yang pertama Chik Na akan lakukan setiap kali dapat duit dari En. Zaidi adalah cepat cepat "allocate"kan sedikit duit bulanan untuk tabungan Chik Na, Faiz dan Sufia..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates