Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 29, 2009

- Besday Aqilah & Balqis

Semalam mood kemalasan melanda Chik Na... mood malas nak masak. So malam tadi kami 3 beranak keluar makan kat Restoren Selera Nusantara di Taman Equine. Sejak restoran ni pindah kat tempat baru ni, ni lah kali pertama Chik Na datang. Masa ditempat lama dulu selalu gak pergi especially hari Faiz kena pergi kelas KUMON. Tempat baru ni lebih besar dan ade wi-fi.

Sufia begitu ceria masa makan malam semalam sebab dia kata dah lama we all tak keluar makan dinner kat luar .. Biasalah kalau En. Zaidi tiada kat Msia, Chik Na malas nak keluar jalan jalan or makan malam waktu malam... malas nak drive dan tak seronok nak keluar bila tak cukup korum ..

Seperti biasa kalau pergi Selera Nusantara, Faiz mesti order Sup tulang feberet dia. Kalau makan sup tulang kat situ, nasi satu pinggang pun habis. Kalau Chik Na masak sup tulang, nak makan pun kena suap :-)

Semalam semasa baru sampai kat Selera Nusantara tu, kawan Chik Na yang satu uni, satu TM dan satu taman, Zuha, call ajak ke rumah dia sempena besday anak ke-2 dan 3 dia. So after dah habis makan Chik Na terus pergi rumah Zuha.. nasib baik Chik Na tetamu pertama yg sampai..ingat ke dah lambat..


Ni la rupa kek besday anak kawan Chik Na, Aqilah & Balqis. Kek ni pulak dibuat oleh sahabat baik Zuha, yg kebetulan kawan Chik Na jugak, Eija. Eija ni dok Shah Alam. Kek Barbie ni kat dalamnya ade 3 layer..walaupun Eija buat kek span, tapi kek span perisa oren tu sedap sangat .. Chik Na makan sampai tambah tambah.. agaknya sebab dah lama tak makan kek span..syik syik kek secret recipe je now ni..


Aqilah dah kawan kawan tengah bersiap sedia nak nyanyi lagu besday dan tiup lilin.

Kek Barbie ni bila dah potong, anak patung Barbie tu boleh tarik keluar. Tapi patung tu seksi la..x pakai apa pun.. kekekek. baju barbie ni Eija bagi separate kat Zuha...

Anak anak lelaki pun sibuk nak ambil bunga bunga dari sugar paste pada gaun Barbie nih.. Faiz pun berkenan sangat kat Barbie tu ..siap pesan ngan ChikNa suruh buat kek macam tu untuk besday Sufia 6 years nanti ..

Besday Aqilah ni sama ngan besday Chik Lah (adik Chik Na) dan En. Zaidi, 28 October .. So untuk Cik Lah," Selamat Hari Lahir "...

Dan untuk En. Zaidi "Happy Besday Abang"... hadiah tunggu balik nanti ...bagi special punya :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates