Ads 468x60px

Labels

Saturday, October 24, 2009

- Bajet 2010

Hari ni Chik Na nak tulis pasal Intipati Bajet 2010 yang Chik Na suka

Cukai (Chik Na suami isteri tak terlibat sebagai pembayar cukai al maklumlah Chik Na dah tak bekerja & En. Zaidi lak tak kerja dalam Msia so dia tak yah bayar tax kat gomen la buat masa ni)
  • Pelepasan cukai pendapatan induvidu dinaikkan kepada RM 9k drp 8k. Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27% kpd 26% ( Chik Na kena ambik tau pasal ni sebab in our future plan En Zaidi suatu hari nanti akan balik bekerja tetap di bumi Malaysia ni .. Hmm banyak jugak kena bayar cukai kalau gaji En Zaidi kena kadar cukai max tu. Lagi satu alangkah bagus kalu kerajaan tambah pelepasan untuk anak anak lagi bagus sbb kos membesarkan/menyekolahkan anak anak sekarang adalah sgt tinggi ... bayar baby sitter, tadika, KAFA, tuisyen dll )
  • Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM 500 setahun pada 2010 hingga 2012 ( Banyak ringgit jugak dapat jimat tuk bayar cukai kepada sapa sapa yg subcribe to jalur lebar, maybe after this Ayah Ri leh tukar akaun Streamyx Chik Na kepada nama dia supaya dia dapat jimat cukai)
Kakitangan awam (pun Chik na suami isteri tak terlibat)
  • Bayaran khas RM 500 kepada penjawat Gred 41 - Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini (hmmm.. kalu cam tu mama tok (my mum) pun dapat bonus jugak la sebagai pesara wajib, boleh ke??? sebab dia dapat pencen dari arwah daddy punya... )
  • Pinjaman pembelian komputer setiap 3 tahun berbanding 5 tahun sekali sekarang ( baguslah tu sebab lifespan komputer/notebook/netbook now ni pun dlm 3 tahun je)
KWSP

  • Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yg tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi. petani dan penjaja. Setiap RM 100, kerajaan menyumbang 5% tertakluk kepada jumlah RM 60 setahun (orang macam Chik Na boleh mencarum jugak ke sbb KWSP Chik Na dah tak bertambah dah sekarang ni :D.. tambah pun sikit je daripada dividen KWSP tiap tiap tahun tuh)
  • Pelepasan cukai individu utk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikan RM 1k kepada 7k ( sepatut bagi lebih lagi selalunya 1 keluarga yg pendapatan sederhana ader 4 org anak, normally bayar more than 7k tuk premium insuran hayat & caruman KWSP)
  • Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 % ( sgt bagus..kalau nak harapnya menabung sendiri mmg susah la jawabnya .. sebabnya mengikut kajian tabung persaraan KWSP tu selalunya hanya bertahan untuk perbelanjaan 5 tahun selepas bersara shj. Chik Na yg tak bekerja ni pun selalu ingatkan diri sendiri utk menabung untuk hari tua Chik Na nanti)
Pendidikan
  • Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama (sgt bagus sebab kos pendidikan sekarang amat mahal berbanding zaman Chik Na 15 tahun dulu, boleh encourage para pelajar belajar bersungguh sungguh.. kalu depa tak belajar betul betul..grad je dah ade hutang nak kena bayar ..)
  • 30 pelajar terbaik menerima biasiswa nasional di universiti tersohor ( thinking ...macam mana nak didik Faiz & sufia dok dalam kategori ni yea..)
  • Pakej'netbook' termasuk perkhidmatan jalur lebar dgn bayaran RM 50 sebulan untuk 2 tahun ( ha ha ha ..bagus leh suruh Ashu ambil pakej ni je bila daftar kat BMI pada 3 Jan 2010 nanti :D)
  • Diskaun 50% perkhidmatan kereta api jarak jauh kpd pelajar dengan kad diskaun pelajar 1 Malaysia (leh la Chik Na try bawa anak anak balik Sg. Petani or KB naik ketepi lepas ni .. fyi Chik Na pun tak pernah naik keretapi balik kampung kekekek



3 comments:

mamamin said...

salam mas,

sebagai rakyat malaysia kita sebenarnya masih lagi sgt beruntung didalam pengenaan cukai individu.. kalau dibandingkan dengan negara-negara dibarat yang menggunakan sistem bracket..

Banyak pelepasan yang dibuat oleh kerajaan bagi membolehkan rakyat nya melalui pelbagai jenis kehidupan dengan mudah..

Menabung? mmg bagus kalau boleh diamalkan.. kita boleh mencarum ke KWSP sekurang2 nya rm50 sebulan atau RM5 ribu maksima.. enjoy the divident setiap tahun, dan duit kita mmg x terusik selagi tidak menjangkau umur yang ditetapkan :))

Mas kelate kor kedah ni? mas tinggal dirumah dengan anak-anak jer ke ni? suami mas kerja kat mana yer.. [aduh! banyak soklan plak mama kali ni ye mas]

Keretapi?? cuba lah naik keretapi, fun jugak sesekali bagai dibuai dalam buaiyan..

peluk ceom buat sufia dan faiz
salam sayang buat mas..

wsalam..

mama

Chik Na said...

Salam Mamamin,

mas dah email jawapan kepada soklan mama tu..

OneSimpleMother said...

kami pun bkn dr golongan pembayar cukai tapi lepas ni rs2nya hubby dah start kna byr coz keje offshore jer.(b4 1 sen tak kena sbb belayar) nmpk gayanya dah kna amik tau ler hal2 cenggini. hmmm... masak ler nk kna cukai2 ni.. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates