Ads 468x60px

Labels

Wednesday, February 24, 2010

- Kelas Deco cupcakes

Last Saturday, Chik Na pergi belajar buat deco cupcakes dengan owner de'HearT cupcakes. Chik Na pernah order dan suka cupcakes hasil dari air tangan Ellie ni sebab buttercreamnya tak muak dan tak manis sgt..just nice je manisnya. Belajar ni bukannya apa..supaya boleh buat sendiri cupcakes untuk anak-anak bila buat besday party ;-)

Kelas diadakan di rumah Ellie di Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi bermula pukul 10am - 4 pm. Owner cupcakes ni muda lagi baru anak sorang, orangnya manis dan baik hati..yang penting dia sabar mengajar Chik Na yang nak buat cupcakes pun tak berapa jadi nih ;-). Bayaran kelas ni adalah RM 180 termasuk makan tengahari which boleh dikatakan agak murah Chik Na rasa sebab bila Chik Na survey kelas deco cupcakes lain kebanyakkannya lebih dari RM 250. Cupcakes yang di"deco" pula boleh dibawa balik ( Chik Na buat 16 deco hari tuh). Setiap kelas maximum pelajar adalah 5 org sahaja.

Kelas bermula dengan cara nak buat dan bake "vanilla chocolate chips cupcakes". Kat kelas ni kami sama-sama buat cupcakes tu dari mula sampai ke akhir. Banyak tip-tip yg Ellie beri bagi memastikan cupcakes yang kita buat tu menjadi dengan elok. Pokoknya fahami oven kita dan rajin mencuba. 

Sementara tunggu cupcakes masak, kami diajar step by step cara membuat bentuk bentuk bunga-bungaan yang simple dan serangga dengan menggunakan gumpaste or fondant segera. Chik Na seronok sangat masa belajar buat benda-benda nih...tak sangka pulak sebenarnya tak susah sangat.

Gumppaste or fondant yang Chik Na buat.. caterpillar dan bee. Lupa lak nak ambik snap butterfly dan bunga-bungaan.

After dah siap buat gumpate tuh. Kami diberi resipi dan tip-tips untuk membuat buttercream sendiri. Bagi memendekkan masa, cikgu dah sediakan buttercream terlebih dahulu, kami cuma diajar mewarna buttercream. Kami juga diperkenalkan dengan beberapa jenis nozzle yg akan digunakan untuk membuat deco pada cupcakes or kek. Ellie mengajar kami dengan sabar semasa belajar men"deco" cupcakes dengan buttercream nih... step by step dia tunjuk ;-)


Cupcakes coklat tu cikgu dah sediakan lebih awal tetapi resipinya diberi untuk kita praktis buat dirumah.

Lunch time..lunch provided..nasi lemak bungkus...sedap gak ;-). 

Chik Na punya cupcake yang siap di'deco"... suma binatang dan bunga-bunga tuh Chik na buat sendiri tau!!!.

Firstb time buat deco buttercream nih, mengigil-gigil tangan Chik Na. Tapi after sometime, ok lah...memang seronok buat benda nih. Tak sabar pulak rasa nak buat ngan anak-anak dirumah. Cuma Chik Na rasa kurang cantik dan kemas hasil buatan Chik Na yang pertama nih. Cikgu kata banyakkan praktis kat rumah nanti..lama-lama cantik la ;-)

Tuan blog dengan hasil kreativitinya ;-)

Terima kasih buat Pn. Ellie yang sudi mengajar dan memberi tip-tips berguna pada kami yang menghadiri kelas deco pada hari tu. Chik Na really enjoyed the class. Bila bawak balik rumah, anak-anak Chik Na bukan main suka lagi...Insyaallah nanti Chik Na nak join class lain plak dengan de'heart cupcakes nih.

22 comments:

LiAnA said...

wahhhh bestnya... my hby pun suruh pegi class buat CC hihi.. kena tunggu Aqil masuk school dulu.. senang ada freetime..


barang2 tu tuan rumah sediakan ker??
kita bwk bdn je ke... dh dekat tu dgn umah kita.. boleh dtg belajar gak nanti :D

zarin said...

cantik dah tu chik na..zarin dulu pun masa mula2 buat, comot2 jugak tp bila byk kali praktis insyaAllah boleh jadi cantik :D

Kakcik Seroja said...

Salam Chik Na..

gambar Ben 10 tu, Chik Na buat juga ke? Kakcik rasa Chik Na ni memang terang hati.. mudah dapt apa yang diajar. :)

Anonymous said...

bagusnya... sambil ajar org sambil bisnes

Emy Amir said...

Kak Mas, nih emy yg belajar cupcakes sama2 hari tuh..ingat lagi tak! hehehehe...tak sangka lak Kak Mas nih my friend punyer blog's friend...hihihih..yeyee!!jumper jugak Kak Mas. nanti kiter keep in touch ye.. ;)

Chik Na said...

Liana: ha ah suma tuan rumah sediakan..cuma bawak badan, apron, kain lap dan rolling pin je..

Chik Na said...

zarin: bila la u nak buat class ni... Chik Na nak belajar ngan zarin lak..tapi feenya jangan la mahal sangat

Chik Na said...

kakcik seroja: ben-10 tu tuan rumah sediakan.. yang tu boleh tempah ngan tuan rumah..1 sheet A4 saiz (kalu tak silap 24 pieces) RM 18

Chik Na said...

Ah Fatt: tul tu...2 ways of making income ;-)

Chik Na said...

Emy: yea lah tak sangka jumpa Emy di alam maya plak..

alamak baru teringat hutang contact list kawan-kawan belajar cupcake shari tuh..nanti k.mas email yea..

Azirahman said...

mas...hang look cam dah kurus sikit ke trick gambo.....best kan gi kelas2 gini.....tak tahu nak squeeze jadual camna dah sekarang ni....huhuhu

Ibuhani said...

rajin Chik Na masuk klas cupcakes.....nanti boleh buat bisnes tau....sbb cupcake ni popular skrg ni. Keep it up Chik Na :)

OneSimpleMother said...

ehem.. bole la blaja ngan kak ina ye. dah lama nk blaja wat cupcakes ni tapi tak blaja2 pun..

Nadiah Sidek said...

cupcake kalau tgk mmg cantik2 sbb ada deco tu tp nadiah tak minat sgt mkn cupcake..tak brp minat cream tu. nnt chik na dh terer, blh la chik na buat bisnes cupcake lak ;)

Chik Na said...

azi: tudung aku tu la yg buat nampak muka kurus... da ramai yg tegur ;-)

Chik Na said...

ibuhani: Nanti Chik Na training banyak banyak dulu yea :-)

Chik Na said...

Cik Mas: bole no poblem..bawa luqman sekali ..belajar sama-sama

Chik Na said...

Nadiah: sebab tu chik na belajar buat deco sendiri sebab nak boh cream tu nipis-nipis je..

Nu'az Zee™ said...

whoa!!
sgt sedap+cute!!
mak cik, ari nih b'day sy.. =)
mak cik buatkn 1 bole??
hehe..

memaen jer la.. =)

Chik Na said...

azeemasu: nape tak cakap awal-awal..kalau tak memang makcik boleh try cuba buat ;-)

al-lavendari said...

wow cantiknya cc tu.. tapi geli pulak nak makan cake yang macam ulat gonggok tu !

eynda said...

Eeeeiiii...bestnyer....eynda bila la nak belajar semua ni :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates