Ads 468x60px

Labels

Monday, January 18, 2010

- Doha airport again



Dah 10 hari Chik Na tinggalkan blog Chik Na nih... kat Damascus ari tu nak masuk blog or facebook  tak boleh... kena block... so normally bila Chik Na guna internet Chik Na hanya chat ngan kawan-kawan/keluarga, baca email or baca paper online je.

Ni sekali lagi Chik Na kat Doha airport, tengah transit nak balik Msia. Dah tak sabar nak berada dirumah .. bak kata orang "Rumahku  Syurgaku" or "home sweet home". Walaupun masa kat Damascus ade suami disisi tapi still jugak rasa tak lengkap bila anak-anak takde bersama. Padahal bukannya pertama kali Chik Na tinggalkan anak-anak dirumah. Dulu masa kerja selalu tinggalkan Faiz dan Sufia untuk business meeting kat overseas gak. Tapi kali ni ade sedikit rasa bersalah lak, maybe masa dulu sebab terpaksa tinggal demi tugas.. yang ni pulak tinggal sebab saje-saje nak pergi. Tak jugak....pernah jugak Chik Na tinggalkan depa macam ni.. masa visit En. hubby kat China dan Istanbul. ...tapi kali ni perasaan bersalah tu amat tinggi ... mungkin sejak jadi housewife Chik Na sentiasa bersama dengan they all kut, so bila kali ni tak jalan-jalan dengan anak-anak, Chik rasa bersalah lebih-lebih. Masa kat Damascus boleh dikatakan tiap-tiap hari Chik Na call Faiz dan Sufia . Agaknya bila En. Zaidi preview bill maxis online nanti dia akan pening kepala ... (sorry dear kalu bil bulan ni melambung tinggi).

Ni Chik Na tengah relax sambil baca blog rakan blogger kat Oryx Lounge. Oryx Lounge ni lounge santai tuk orang yang transit macam Chik Na nih ... tapi kena bayar USD 30. Chik Na ambik facilities ni sebab Chik Na kena transit dalam 7 jam lebih. Lagipun orang kat airport Doha malam ni agak ramai dan susah nak cari tempat kosong untuk berehat. Terpaksa la Chik Na bayar sedikit untuk keselesaan Chik Na selama 7 jam lebih disini. Oryx lounge ni macam lounge untuk business class. Bayaran ni termasuklah untuk unlimited makan dan minum, wifi,  rilex-rilex sambil tengok tv... dan toilet pulak dilengkapi dengan kemudahan untuk shower. Kiranya betul betul unwind lah dok dlm ni... Kat lounge ni ada kemudahan business center dan bilik mesyuarat.

salah satu area tempat "unwind"

kemudahan computer ...

toilet yang amat bersih...

yang ni Chik Na makan masa mula -mula sampai... chicken burger

Ni plak Chik Na makan masa dinner ... egg sandwich, roti with hammur  (chik na suka  "mash" kacang dal cicah roti nih) dan salad pudina
Ni plak pumpkin soup yang sedap  :-)

11 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Chik Na..

berjauhan sementara akan membuatkan kita menilai erti rindu dan kasih sayang. :)

Ibuhani said...

Salam Chik Na.
Nak balik dah.....hehehe....kat sana rindu anak2...balik sini nanti rindu kat hubby pulak. That's life Chik Na kita x kan dpt semuanya sekali. Nanti cuti leh berkumpul semula. Slmt pulang :)

Azirahman said...

Mas....nanti cerita hang pi ronda mana kat damascus yer.....dpt baca cite dan tengok gambar pun ok ler....berjauhan memang tuntut pengorbanan....aku sampai hari ni masih tak sampai hati nak tinggalkan anak2 lebih dpd sehari...kalu kena gi kerja luar....tu kira terpaksa..huhuhuhu..newey welcome back to mesia.....

Mrs. Simplicity said...

k.mas, faiz dgn sufia duduk dgn sape masa k.mas kat sana? best la, merata negara dah k.mas pegi. bila la nak merasa macam tu pulak. :)

Nida n' Hanafi said...

Inilah naluri seorang ibu.. sentiasa ingatkan anak2...

Lady of Leisure said...

salam chik na...
bestnya baca oengalaman chikna kat sana...
nanti update lagi yer pasal damascus... boleh lady menjamu mata..

OneSimpleMother said...

selamat pulang ke rumah :) yummeh nya makanan tu..

Nadiah Sidek said...

takpe la kalau bil naik sikit..bukannya call orang lain pun..anak sendiri jugak ;)

rosma said...

sian kt akk hubby keje nun jauh di sanun..sayangkan isteri ditinggal2kan..hu3

Nurul Izza said...

hua...sedapnye makanan..oo hubby chik na jauh eh dr chik na?

p.s sukala chik na..rindu anak2..yela kan ibu kan..

Hamizah said...

mesti rindu punya..saya dah agak..xlengkap hidup kalo anak jauh kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates