Assalamualaikum..wth
Dua, tiga hari ni kereta Chik Na tengah sakit walaupun masih boleh dipandu atas nasihat pakar tapi hati rasa risau bila memandunya. Risau takut tiba-tiba sesuatu berlaku... dah la kereta tu je yang kami ada. Sampaikan Chik Na terpaksa pontengkan anak-anak dari ke sekolah hari ni.
Kami detect kereta kami mungkin ada masalah semasa perjalanan balik dari KB last monday. Indicator lampu bagi minyak engine sesekali menyala sepanjang perjalanan dari Gua Musang ke KL. Walaupun agak cuak dengan indicator tersebut, kami meneruskan perjalanan dengan doa semoga selamat sampai ke rumah. Dan hari Selasa lepas, kereta kesayangan Chik Na terpaksa naik tow-truck... bukannya tak boleh bergerak tapi atas nasihat service engineer kat Global Amity (service center yg selalu kami kunjungi) kami terpaksa memanggil Asia Assistance untuk "tow" kereta kami ke service center. Nasib baik tiada bayaran dikenakan untuk tow kereta tersebut. Terima kasih banyak-banyak kat Asia Assistance... service yang cepat n pantas :-)
1st time kereta Chik Na dibawa ke servis center guna tow truck
Setelah dianalisis oleh service assistant, rupanya ada kebocoran pada engine kereta Chik Na..kebocoran agak serius jugak tapi masih boleh dipandu. Yang tak bestnya part yang kena tukar tu tak boleh ditukar immediately sebab Global Amity tiada stok dan part tu perlu di"order" dari Thailand... hu hu hu...dah la Thailand sedang dilanda banjir. Dan nasib baik part yang nak diganti tu tak berapa mahal harganya.
Tengahari semalam Chik Na bertambah panic sebab ada kesan minyak di tile kat porch rumah Chik Na. Namun after bercakap dengan service engineer mengenai masalah kereta Chik Na tu, kebimbangan Chik Na agak berkurangan.
Kadang terpikir, adakah disebabkan 2 hari sebelum balik kampung tu Chik Na pergi tukar minyak hitam kat kedai service kereta berhampiran rumah Chik Na je. Bukan tak mau pergi Global Amity tapi kebetulan that week Global Amity penuh untuk servis kete. Tu lah kali pertama Chik Na bawa kete servis kat tempat lain... maybe mekanik yg buat tu tak berapa expert dengan jenis kereta Chik Na or memang dah nak jadi kan.... almaklumlah...kereta Chik Na tu pun bukannya muda dah....dah dekat 8 tahun pun... Tapi bagi Chik Na kereta Chik Na tu masih gagah perkasa lagi..tak pernah buat masalah besar pun sebelum ni...
Alhamdulillah, baru jap tadi Global Amity dah call bagitau yang part yang di"order" dah on the way...so Chik Na boleh hantar kereta untuk diperbetulkan kebocoran tu pada hari Isnin pagi nanti. Harapnya sampai hari Isnin nanti takde la masalah berlaku kat kereta kesayangan kami tuh...
9 comments:
hehehe.. dia dah mula buat perangai ye kak ina. sayang nk tukar kete baru kan kak ina. kereta ni bukannya aset. liabiliti. susut nilainya cepat. macam tak perlu jer nak tukar kan selagi tak bermasalah besar. kete kami pun dah 8 tahun. masih tip top conditionnya. sayang dia. alhamdulillah.. :)
Semoga kesakitan kereta Chik Na itu akan segera pulih dan dapatlah dia memberikan khidmat dengan lebih sempurna. :)
Chik Na...kereta kalau dah lebih 5 tahun mmg akan buat ragam. Mmg patut pun tukar spare partnya tu. Ke chik Na ada gi try keta baru.....hehehe...tu yg ia merajuk kot. Smoga keta chik na cpt sembuh....hehehe.... :))))
bila kereta rosak..duit akan mengalir laju.bertabah lah chik na
OneSimpleMother: harapnya tak buat hal berterusan, K.ina tak mau buat hutang baru :-)
kakcik: Amin...
Ibuhani: he he he.. hanya ada niat tambah lg satu yg kecik-kecik kalau en.zaidi balik kerja kat msia...
HappyIrfa: tu lah..ready la duit hari senin nanti...hu hu hu
Kesiannya....ada sebut nak tukar kereta baru ke? Tu yang dia merajuk dan terus sakit tuuu
Kereta rosak , macam patah kaki jugalah. Susah nak ke sana ke mari.
Kereta jarang bawak gie jalan jauh kot, tu pasal ia meragam.
Kereta saya pun aritu tetiba mati kat traffic light di Kluang. Dah lama kereta tak gerak untuk berratus-ratus KM.
Post a Comment