Ads 468x60px

Labels

Thursday, June 23, 2011

- Cerita Cuti Sekolah # 3: Makan Maggi Ketam

Sambung cerita cuti sekolah lagi... On the way balik ke rumah dari berpicnic di Pantai Bisikan Bayu, kami singgah makan maggi ketam dekat Cherang Ruku, Pasir Puteh. 1st time datang n dengar nama Cherang Ruku ni walaupun Chik Na orang Kelantan :). Dah lama nak try makan maggi ketam yang agak puopular nih... kebetulan dah berada area maggi ketam maka we all pun singgahlah makan dinner kat sini sekejap. Kedainya tak besar mana pun tapi agak terkenal juga menurut kata adik Chik Na.

Lupa nak ambil gambar kedai keseluruhan..ambil gambar bannernya je..

Sebelum order maggi ketam ni, kita boleh pilih dulu ketam-ketam yang masih hidup untuk dimasak bersama maggi kari. Harga semangkuk maggi kari yang dimasak bersama sebiji telur  dan 4, 5 ekor  udang yang agak besar saiznya,  kalau tak silap Chik Na ialah RM 7 semangkuk tidak termasuk ketam. Harga ketam pula bergantung berat ketam mengikut harga semasa. Boleh tahan jugak kan harganya..tapi memang sedap la maggi ketam disini.

Kedainya betul-betul dekat dengan sign-board SMK Cherang Ruku. 
Maggi ketam yang dimasak didalam claypot

Ketam yang ada dalam mangkuk claypot Chik Na.. 1 1/2 ekor..

Alat ni diberi untuk mengeluarkan isi ketam

Faiz yang bersemangat mengopek ketam-ketam dalam claypoynya :)

Maggi yang ketamnya telah Chik Na keluarkan dari mangkuk claypot sbb susah nak makan... banyak sgt lauk dlm claypot tersebut :).

Kepada yang suka makan ketam bolehlah try maggi ketam di sini .. 

Terima kasih buat adinda Apih kerana belanja makan maggi ketam :D.... Fyi, untuk 7 org makan bersama air harganya RM 74...

8 comments:

Mrs. Simplicity said...

wah kak, special nih. maggie ketam. tgk isi ketam tu terus terasa nak cari ketam. tp rm7 semangkuk mcm ok lg kot eh. sebab ketam kan? :)

kasihredha said...

akak tak suka maggi tapi suka ketamm...
bestttt nya

OneSimpleMother said...

perghh.. lazatnya ketam itu.. mcm2 skarang ni ye. megi pun boleh jadi menu spesel. hehehe..

Teratak Hami said...

Sedapnya !!!
Rasanya kalau kita buat sendiri, boleh jadik sedap macam kat kedai tu??

Nadiah Sidek said...

ada ye menu tu skrg ni

Bionic women said...

balik kelantan nnti nak ajak hubby gi ler tempat ni. tapi x pernah dengar ler tempat itu..huhuhu

Mummy Chubby said...

sodapnye chik na!! tap syg, Mummy xleh mkn seafood..huhuu

Murni Alfathunnisa said...

perghhh..meleleh air liur tengok ketam tu. saya suka makan ketam, tapi pandai makan, tak reti nak kopek isi...kalau nak makan ketam kena make sure mak ada sebelah...
memang marvellous nampak megi ketam ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates