Ads 468x60px

Labels

Wednesday, March 24, 2010

- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Petang semalam Chik Na ke pesta lagi ... kali ni ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pula yang sedang berlangsung sehingga Ahad ini, 28 Mac. Tiap-tiap tahun memang Chik Na tak pernah missed ke pesta buku, sebab membaca adalah antara hobi Chik Na. Lagipun masa ni la boleh beli buku dengan harga sehingga 70% diskaun. Tiap-tiap hari, kebiasaannya sebelum tidur Chik Na akan memperuntukkan sedikit masa untuk membaca... tak kiralah buku samada novel or buku ilmiah, magazine or surat khabar (kalu tak sempat baca masa siangnya ). Membacakan  part of menuntut ilmu jugak kan dan kita digalakkan menuntut ilmu sampai bila-bila :-)

Semalam Chik Na keluar rumah lepas zohor, so dlm kul 2 pm dah sampai PWTC. Alhamdulillah orang tak berapa ramai tapi jenuh jugak la nak cari parking sampai kena parking kat Hentian Bas Putra. Chik Na sengaja pilih pergi hari bekerja sebab kalau hujung minggu terlalu ramai sampai nak jalan pun tak boleh :-). Tanpa sedar rupanya 4 jam masa berlalu dengan cepat, tu pun Chik Na hanya sempat visit 3 dari 5 hall yang disediakan. 


Tahun ni tak banyak sangat buku yg Chik Na beli, sebab banyak buat survey buku or program education untuk kanak-kanak. Bila sampai rumah baru perasan kebanyakkan buku yang dibeli hanya untuk anak-anak je....untuk diri sendiri takde sebiji pun. Ingat kalau ade masa nak pergi lagi sekali petang esok or Jumaat beli buku untuk diri sendiri plak. 


Yang ni plak education toy untuk Faiz dan Sufia untuk galakkan anak-anak jadi inventor ;-). Chik Na tau Faiz memang suka benda-benda cam ni. Terpikir nak simpan sampai besday Faiz bulan May nanti baru nak bagi tapi Chik Na lak tak sabar sabar nak main benda nih ;-). Terkenang simple project yang Chik Na buat masa belajar engineering dulu-dulu.

Kepada semua blogger yg membaca blog ini dan berada disekitar Lembah Klang, Chik Na sarankan  anda semua ke pesta buku ni... rugi kalau tak pergi. Untuk mengenai lebih lanjut silalah ke laman web Pesta Buku Kuala Lumpur.

15 comments:

Ummu Ammar said...

Salam chik Na..

Saya memang suka pesta buku ni..sbb memang ulat buku pun..tp jauh sangat la nak pergi..beruntung la org KL dan sekitarnya..

Lady of Leisure said...

lady gi ampang point baru ni, ada mcm promosi jualan buku gak, lady beli novel habiburrahman tu hehe.. yang episode satu ngan dua..

Chik Na said...

ummu Amar: Insyaallah satu hari nanti depa buat kat KT lak :-)

Chik Na said...

lady: chik na baru je habis buku ketika cinta bertasbih tu hari ahad baru ni.. Dengarnya masa pesta buku kali ni habiburrahman ade novel baru lak..

LiAnA said...

dulu masa keje kat jln lumut selalu ler terjah pesta buku ni sbb dekat je kan.. skang tak berpeluang pulak.. tunggu anak besar skit baru syok heret hihi

Chik Na said...

Liana: sebab tu lah chik na selalu pergi sorang-sorang..malas nak heret depa..lagipun nanti terperangkap ngan salesman buku kanak kanak yg beribu ribu lemon harganya tuh

Nida n' Hanafi said...

salam Chik Na..

Wah asyik jenjalan je ek..hehe.

Kami kat sini asyik ke car boot sale je ler beli buku2 terpakai... nak ke Pesta Buku Kuala Lumpur jauh sangat... :)

Ibuhani said...

Bagus kalau biasakan dr anak2 kecik ke pesta buku ni....disamping tambah ilmu, kita galakkan anak2 membaca n mencintai buku. X pegi pun pesta buku kali ni sbb Nana ada tuition masa cuti sekolah. Tentu sufia ngan abang dia sronok kat pesta buku tu.....:)

eynda said...

Dulu sebelum kawin rajin la pegi pesta buku kecil-kecilan kat kampung.....sekarang tak pernah pegi pun...lebih suka terjah kedai buku biasa anytime :-D

Azirahman said...

memang teringin sangat nak p pest buku...tp tak sempat jugak...byk tugas nak settlekan kat sebelah sini....kena tunggu pesta buka kat utara pulak la..baru2 ni rembat buku kat kedai buku jer...dpt la diskaun ahli....boleh lar....

Lee said...

Hi Chik Na, you have a nice blog. Very creative.
Best regards, Lee.

Nadiah Sidek said...

ala..jelesnya! nadiah mmg suka gi pesta buku. geram rasa bila tgk buku2 byk2 mcm tu

Ya ALiya said...

Salamamik award dr blog saya

Nurul Izza said...

chikna..iza mmg suka g pesta buku tapikan bab org rmi mmg xsuke.huhu

tp teringin nk g PWTC.tp surela rmi org kan?huhu xpe nnt nk ajak hubby g sane.hohp

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM..da bis pun pesta ni..
tak dapat sampai lg tahun nie..
cdey ar bagi ulat buku cam sy nie..huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates