Ads 468x60px

Labels

Friday, May 22, 2009

- Sob sob sob .. sedih nak kena tinggal

Hari ni rasa diri mandom je sebab malam nanti hubby dah nak kena pergi kerja lagi ..kali ni pergi Damascus, Syria plak. Sedih sedih jugak tapi kalau hubby tak pergi kerja, alamak akan miss la "soru" kami sekeluarga. Dengan keadaan ekonomi dunia yang agak slow, susah jugak hubby nak dapat job baru as a freelance engineer ni. Apa pun syukur al hamdulillah sebab Allah masih memberi rezekinya kepada kami sekeluarga. Walaupun menunggu confirmation about sebulan lebih akhirnya dapat jugak job kat Syria ni.

Maka akan bermulalah kembali rutin hidupku, hantar & ambik anak sekolah, hantar & ambik anak pi tuisyen kelas dll lagi. Segala urusan rumah terpaksa la buat sendiri. Kalu hubby ader, semuanya dia yang buat...kalau nak ke mana mana pun, ader orang tolong drivekan...

Hmm...pagi pagi lagi selepas hantar Sufia tadika kami terus pergi ke Syria embassy lagi, hubby nak kena dapatkan authorization dari Duta Syria di Malaysia utk buat work permit kat Damascus nanti. Memandangkan Syria Embassy berdekatan ngan Tabung Haji, singgah jap Tabung haji update buku. Kata hubby memandangkan Q kami utk mengerjakan haji lambat lagi iaitu 2015, so dia plan nak ajak aku pergi buat umrah. Kalau dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi peluang olehNYA, plan nak pergi hujung tahun ni...teruja jugak nak pergi Mekah ni...banyak yang nak kena belajar ni, agar sempurna rukun rukun umrah nanti. Hubby takpe la..dia dah buat umrah kalau tak silap 3 kali masa dia bekerja kat Jeddah tahun lepas. Basically dia dah paham cara and rukun buat Umrah tu..

Berbalik kepada cerita p embassy tadi, rupanya bila nak mintak signature duta depa tu kena bayar setiap document 6 Euro kat CIMB Menara Olympia...tak boleh kat CIMB cawangan lain... hu hu hu ..can ne la plak nak pergi Menara Olympia tu, kurang arif ngan jalan area segitiga KL ni, nasib baik la ader E71, boleh la guna GPS. Rupanya tak jauh dari embassy, dlm 3 km je..

Disebabkan kena patah balik ke embassy utk collect document selepas bayar, kami berkejar masa sebab nak kena balik rumah by 11.30 am. Kalu tak Faiz menangis la tunggu kat rumah bila van sekolah KAFA hantar balik nanti.

Seperti di duga kami terlambat dlm 10 minit, sampai je dekat guard house..dah nampak Faiz tgh menangis dekat pondok guard tu :). Kesian Pak Guard tu kena cool down kan Faiz. Ni yang susahnya bila takde maid nih, nak pergi mana kena berkejar bila time anak balik sekolah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates