Ads 468x60px

Labels

Tuesday, May 26, 2009

- Hari Ini Hari Gaji -

Hari ni selepas ambik Sufia dari sekolah, terus pegi Alamanda ... nak cari sandal untuk Sufia. Sandal lama dah putus lagipun esok dia nak pergi lawatan ke Muzeum TUDM and melawat ke kilang Coklat Berry's dengan kawan kawan Q-deesnya. She is so excited about the trip, al-maklumlah first time nak naik bas. Kat Msia tak pernah bawak dia naik bas or even LRT. Masa dok Istanbul dulu selalu la naik bas or LRT masa family outing sebab kat Istanbul hubby takde kete, so terpaksa la guna public transport.

Berbalik pasal Alamanda... masa mula sampai punyalah rasa hairan, nape la ramai orang. Dalam dok hairan tu teringat Fenda kat MHI pagi tadi cakap hari ni hari gaji... Patut la ramai orang, gaji dah masuk rupanya. Alamanda tu kan berdekatan dengan government opis, so kakak kakak and abang abang pun sibuk la bershopping and makan makan dengan teman-teman. Teringat zaman semasa bekerja dulu, aku pun sama macam depa jugak ..ha ha ha. Tapi hari ni walaupun aku dah tak bekerja tapi aku pun ikut bershopping sama kat Alamanda :). Bak kata Cik Mas ... "i always treat my husband's money as my own money" ... Terasa bertuah nya diri ini dapat husband yang tak kedekut dan baik hati. Thanks a lot Abang.

Daripada nak beli sandal Sufia je, end up beli barang lain lagi ..

1. Cawan Correlle: Dainty Flower , sale at 50%. Actually last Saturday pergi Warehouse Correlle sales kat PJ, tapi cawan utk Dainty Flower ni dah abis, yang ade cuma piringnya aje. Masa tu gamble je beli piringnya 6 biji dengan harapan lain kali sales beli pulak cawannya. Nasib jumpa kat Parkson tapi mahal RM 2.50 sebiji dari masa Warehouse Sales kat PJ tu. Piring dan cawan ni beli sebab nak padankan dengan set pinggan yang dah beli lama dulu .. masa still kerja dulu lagi..rasanya dah 3,4 tahun dulu.

2. Susu anak 3 kotak

3. Botol Air bros untuk Sufia

4.Buku recipe "Just Dessert" kat MPH, buku untuk Faiz & Sufia. Buku recipe tu biasanya buat collection je, trynya idak.. hubby selalu cakap, "bila la agaknya Na nak guna buku resipi yang berlambak tu".

5. Biskut famous Amos ; tengok !!!! still beli jugak cookies ni walaupun dah ade banyak buku recipe untuk Chocolate Chip ni ..hu hu hu

Last last rasanya aku yang tak bergaji ni yang bershopping lebih dari orang yang makan gaji....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates