Ads 468x60px

Labels

Thursday, June 30, 2011

- Pabila Mama tak berapa rajin...

Lately Chik Na tak berapa rajin nak ke dapur..mood "M" telah melanda... Kalau masak pun yang simple dimple je lah...tak pun singgah kedai beli lauk yang dah masak. Ntah mengapa jadi malas lak nak masak nih. Kadang tak tau nak masak apa dah..asyik lauk yang sama je padahal ada macam-macam buku resipi dlm koleksi. Yang bertambah malas nak masak, bila masak takde orang nak makan pun... bagi anak-anak Chik Na, depa dapat makan roti bakar + kaya dah cukup. Tak pun garlic bread + muchroom...

Lunch kami hari ini..Nasi Goreng je...dimakan dengan ayam padprik semalam :D

Breakfast kami...Tuna in Croisant

Malam ni plak... most probably beli je kat pasar malam ... hu hu hu... 

Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

- Macam macam gaya Faiz

Sejak dua tiga minggu ni telinga Chik Na dah penat dengar anakanda Faiz main recorder tak kira siang, malam or pagi-pagi buta. Ada je masa terluang mesti dia praktis main recodernya. Dia sibuk praktis main recorder untuk upacara pembukaan sukan tahunan sekolah SKBK S1 nanti. 

Masa awal tahun hari tu dia telah terpilih untuk masuk Kelab Muzik sekolahnya. Kalau ikutkan untuk ko-kurikulum kelab, Faiz memilih untuk menyertai Kelab Sains tetapi disebabkan terpilih untuk ke Kelab Muzik so terpaksa la Faiz drop untuk Kelab Sains tu. Mulanya Chik Na tak berapa berkenan dia masuk Kelab Muzik sebab takut dia terpengaruh untuk bermain muzik berlebih-lebihan...tapi bila pikir balik, Chik Na allowed je sebab ianya hanya sekadar hiburan saja .... dan mungkin dangan cara tu Faiz dapat release stress belajarnya.

Jom,  layan gambar macam-macam gaya Faiz berlatih meniup recodernya.




Saturday, June 25, 2011

- Teacher and Parent Day

Hari Jumaat ari tu mesti para ibu dan bapa di Selangor sibuk ke sekolah anak-anak untuk mengambil buku rekod anak-anak di sekolah. Chik Na pun tak terkecuali ... after hantar Sufia ke Kafa, Chik Na bergegas ke sekolah kebangsaan tempat Faiz belajar. Chik Na sampai disana pukul 8.40 am....ingat ke awal lagi rupanya bila ambil nombor giliran, Chik Na dapat no.20. Sebenarnya bukan setakat hari ibubapa bertemu cikgu je..tapi hari ibubapa bertemu ibubapa :D. Masa ni la juga para ibubapa akan berkenalan dengan parent kepada kawan anak-anak mereka. Kadang tu memang dah kenal pun dan tinggal satu perumahan tapi tak selalu dapat berbual sebab masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Semasa tiba giliran Chik Na, dalam pukul 10 am, datang seorang bapa jumpa cikgu marah-marah sebab lama sangat dia terpaksa tunggu gilirannya... siap bagi suggestion suruh bagi masa hanya 3-5 min je untuk membincangkan hal anak-anak masing-masing. Biasa la bila berjumpa mestilah ada yang cikgu or parents nak bincangkan. Chik Na rasa, kalau seseorang parents tu nak cepat, dia sepatutnya datang la awal-awal pagi supaya dia dapat no. giliran yang agak awal. After that, cikgu kelas Faiz pun macam serba-salah dengan Chik Na sebab baru nak mula berbincang dah kena sergah.. Chik Na pun jadi malas nak bertanya panjang pasal hal Faiz lagipun keputusan Faiz agak membanggakan Chik Na... cuma cikgu minta Chik Na beri perhatian untuk subjek B. Melayu penulisan. Tahniah buat Faiz, mama doakan agar Faiz dapat mengekalkan kelas teratas pada tahun hadapan.

Sebelah petang pula, Chik Na ambil result untuk Sufia. Alhamdulillah Sufia pun cemerlang juga.. Tahniah buat Sufia. Mulanya suspen jugak dengan prestasi Sufia rupanya cikgu cakap Sufia dapat terbaik untuk subjek Sains dan Bahasa Arab dlm kelasnya. 

Petang tadi Chik Na ambil result sekolah agama mereka pula. Juga bersyukur sangat-sangat sebab dua-duanya dapat keputusan yang amat baik. Dua-dua dapat kedudukan nombor yang sama. Mama doakan agar  anak-anak mama mengekalkan kecermelangan untuk peperiksaan seterus. 


Tahniah anakku, Mama doakan agar Faiz dapat mengekalkan kelas teratas pada tahun hadapan.

Thursday, June 23, 2011

- Cerita Cuti Sekolah # 3: Makan Maggi Ketam

Sambung cerita cuti sekolah lagi... On the way balik ke rumah dari berpicnic di Pantai Bisikan Bayu, kami singgah makan maggi ketam dekat Cherang Ruku, Pasir Puteh. 1st time datang n dengar nama Cherang Ruku ni walaupun Chik Na orang Kelantan :). Dah lama nak try makan maggi ketam yang agak puopular nih... kebetulan dah berada area maggi ketam maka we all pun singgahlah makan dinner kat sini sekejap. Kedainya tak besar mana pun tapi agak terkenal juga menurut kata adik Chik Na.

Lupa nak ambil gambar kedai keseluruhan..ambil gambar bannernya je..

Sebelum order maggi ketam ni, kita boleh pilih dulu ketam-ketam yang masih hidup untuk dimasak bersama maggi kari. Harga semangkuk maggi kari yang dimasak bersama sebiji telur  dan 4, 5 ekor  udang yang agak besar saiznya,  kalau tak silap Chik Na ialah RM 7 semangkuk tidak termasuk ketam. Harga ketam pula bergantung berat ketam mengikut harga semasa. Boleh tahan jugak kan harganya..tapi memang sedap la maggi ketam disini.

Kedainya betul-betul dekat dengan sign-board SMK Cherang Ruku. 
Maggi ketam yang dimasak didalam claypot

Ketam yang ada dalam mangkuk claypot Chik Na.. 1 1/2 ekor..

Alat ni diberi untuk mengeluarkan isi ketam

Faiz yang bersemangat mengopek ketam-ketam dalam claypoynya :)

Maggi yang ketamnya telah Chik Na keluarkan dari mangkuk claypot sbb susah nak makan... banyak sgt lauk dlm claypot tersebut :).

Kepada yang suka makan ketam bolehlah try maggi ketam di sini .. 

Terima kasih buat adinda Apih kerana belanja makan maggi ketam :D.... Fyi, untuk 7 org makan bersama air harganya RM 74...

Tuesday, June 21, 2011

- Cerita Cuti Sekolah # 2: Pantai Semarak

Jumaat, 10 June,  kami berkesempatan pergi picnic dengan Mama-tok n adik-adik Chik Na di Pantai Bisikan Bayu. Pantai Bisikan Bayu ni terletak di Semarak,Pasir Puteh, around 30-40 min from Kota Bharu. Macam dah jadi kebiasaan pulak, bila balik KB, anak-anak mesti nak pergi picnic kat mana-mana pantai di Kelantan. Kalau nak balik kampung samada di KB or Kota Kuala Muda, Kedah, anak-anak akan ingatkan Chik Na agar bawa baju swimming... almaklumlah kedua-dua kampung kami memang tak jauh nak pergi main pantai.

Suasana di Pantai Bisikan Bayu 
Tiap kali pergi pantai Faiz suka ditanam dlm pasir pantai
Faiz n Sufia bersama aunty n uncle
Faiz .. Si ikan duyung

Setelah penat berada dalam pasir... tibalah masa untuk mengeluarkan
 diri :D
Dari Pantai Bisikan Bayu ni boleh nampak Pulau Perhentian
Suka langit yang membiru
Dah penat mandi pantai..buat istana pasir pula
Masa kami mula sampai orang tak berapa ramai lagi...


Sufia n Cik Lah

Main bowling kelapa :D
Tukang buat pin bowling
Masa dah nak balik..Faiz boleh sekali lagi terjun di pantai
Masa hari kami pergi pantai tu, nasib baik cuaca tak berapa panas. Angin yang bertiup sepoi-sepoi tu buat Chik Na terlena kejap kat tepi pantai tu. Maunya tak lena ... baring beralaskan toto n bantal empuk :D. Terbangun sebab Sufia panggil nak suruh buatkan tuna sandwich feberetnya...

Yang pasti Faiz n Sufia la yang paling gembira...Chik Na pun gembira jugak sebab dapat bersama bonda dan adik-adik tersayang..cuma rasa tak lengkap bila En. Zaidi tiada bersama.

Monday, June 20, 2011

- Cerita Cuti Sekolah

Wahhhh...betul-betul lama dah tak updated blog... buzy tahap gaban rasanya. Ari ni semangat sikit nak update setelah ditegur oleh adinda, Ari pasal lama tak de cerita kat blog :D

Hmmm..nak update cerita pasal cuti sekolah pertengahan ari tu.... masa last cuti sekolah Chik Na n anak-anak mengambil kesempatan balik KB selama seminggu. Kebetulan anak-anak takde kelas mental arithmetic n tuisyen. Kami balik KB dari 8 - 15 June dengan menaiki naik bas ekspress je memandangkan En. Zaidi dah mula bertugas di Indonesia masa May hari tu. Dan balik KB kali ni tidak dirancang dari awal. Nak naik flight tiketnya agak mahal sebab nak beli last minute ... untuk one way sorang pun dalam 300 hinggit.... 3 org dah dekat MYR 1k. Tiket bas pun dapat beli disebabkan adinda Ashu minta tolong member dia yang kebetulan kerja akauntan kat syarikat bas tu. Jimat banyak... 3 org baru MYR 108.

Faiz n Sufia amat teruja bila nak naik bas ekspress balik kampung sebab dorang tak pernah naik bas balik kampung... 1st time la katakan. Bukan setakat tak pernah naik bas ekspress, bas biasa pun tak pernah kat Malaysia ni. Selalunya kami naik kereta sendiri atau flight je bila balik KB. Bertambah teruja bila depa dapat naik bas 2 tingkat. Kami naik bas Ekspress Perdana, kami dok tingkat bawah. Chik Na pun dah lama tak naik bas, sejak ada kereta sendiri 13 tahun lalu. Bila naik bas tu Chik Na pun teruja jugak... bas sekarang dah mewah, seatnnya besar macam business kelas kapal terbang dan sangat selesa berbanding masa Chik Na berulang-alik dari KB-KL semasa jadi student dulu.
rupa bas yg kami naiki...cuma warnanya kuning (gambar dr google)
Ruangan bas yang agak selesa.... gambar dr blog hijaz2402..thanks to the blog owner for sharing to pic :D
Cuma yang tak syoknya, aircond sejuk sangat, nasib baik Chik Na bawakan anak-anak sweater, stoking n selimut (lagipun Sufia mana boleh tinggal selimut besar dia tuh). Bas yang sepatutnya bertolak dari Hentian Putra pukul 10pm, bertolak dalam pukul 11pm. Anak-anak Chik Na tido dengan lenanya selepas setengah jam bas bertolak, Punyalah nyenyak depa tido, tau-tau dah sampai KB. Alhamdulillah kami selamat sampai di KB dalm pukul 6 am.

Gambar budak yang dah nak lena dalam bas :D

Alamak dah 2.15pm, need to go now, nak siapkan Faiz ke sek Kafa dulu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates