Ads 468x60px

Labels

Monday, May 31, 2010

Awesome Blogger Award


Terima kasih banyak-banyak kepada Izza yg sudi bagi award kat Chik Na. Cantik betul gambar bunga ros pink nih. Chik Na pun suka bunga ros jugak Izza. 

Award ni diberi sempena  ulang tahun perkahwinan yg ke-3 Izza dan Hafiz. Menurut Izza gambar ni dia snap sendiri ketika bermalam di Quantity Inn di Grand Canyon, US. 

ps: Bila la plak Chik Na na buat dan bagi award kat rakan blogger Chik Na yer ;-)

Saturday, May 29, 2010

- Layan besday boy

Semalam sempena birthday Faiz, Chik Na bawa anak-anak keluar jalan-jalan dengan Cik Wah kat IOI Mall. Itu pun atas permintaan Faiz nak tgk Shrek Forever After...kebetulan pulak jatuh cuti Hari Wesak. Sampai IOI Mall dlm pukul 12 tengahari. Terus naik tingkat 3 menuju ke GSC cari tiket Shrek dulu. Alhamdulillah ada lagi tiket untuk movie pukul 2 pm.


Memandangkan nak tunggu movie pukul 2 pm tu lama lagi, kami ke kedai buku POPULAR dulu...sejam lebih jugak la dok lepak dlm kedai buku tu.. hasilnya.. Sufia dapat 2 buku, Faiz dapat 1 buku, Cik Wah dapat 1 buku and empunya blog dapat 1 buku :-)

Kami tengok movie SHREK Forever After yg 3D.. mulanya nak pergi tgk movie kat OU tapi bila  visit website GSC..nampak kat IOI Mall pun ade 3D cinema..terus tak jadi ke OU. Bukan main seronok lagi putera & puteri Chik Na tengok Shrek..ni dah hint nak tengok Toy Story la plak..

Atas permintaan besday boy, after movie kami makan-makan kat Mc D...   sedap plak Chik Na makan bubur Mc D..dah lama tak makan :-).. Faiz & Sufia biasa la..makan happy meal..bukan nak makan sangat, nak mainan je yg lebih..

After IOI Mall, kami ke rumah Pak Njang Faiz & Sufia.. visit MIL yg baru datang dari Kedah. Kebetulan hari ni anak buah Chik Na nak kawin kat Temerloh. Chik Na tak ikut ke Temerloh sebab En. Zaidi tak ade kat Msia. Malas nak tumpang SIL or BIL ..leceh jalan ngan budak budak without hubby. After rumah BIL, berkejar balik rumah sebab Faiz ade kelas Taekwando plak sebelah malamnya.

So, xtvt semalam memang penuh la seharian.. apa pun seronok sebab dapat hiburkan hati anak-anak. Bagi Faiz release tension dulu...sebab minggu depan dia start exam pertengahan tahun. Ni pun dia tengah buat latihan ngan chik Wah kat atas.. :-)

- N3 Terlambat... Hepi Besday buat anakanda Faiz Najmi

Semalam we all celebrate ulang tahun kelahiran Faiz yg ke-9. Just a  simple celebration besday kat rumah. Celebrate masa breakfast together with Arri & cik Wah... buat kek besday dan goreng mee je. Sebenarnya kek besday tu Chik Na buat 2 day earlier dan bangun pagi semalam baru la Chik Na deco sedikit kek tu ngan buttercream dan gambar BEN 10 yg dibeli.

Kek birthday yg Cik Na buat..1st time buat sendiri..


Birthday boy...Happy birthday sayangku Faiz



Mama doakan semoga Faiz sentiasa gembira, jadi anak yg baik dan mendengar kata dan juga berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. I LOVE U SO MUCH...mmmmuahhhhh ;-)

Wednesday, May 26, 2010

- Alamak tak cukup la plak

Aikkk..baca tajuk mesti u all tertanya apa yg tak cukup tuh... sebenarnya Chik Na tengah jahit manik kat baju kurung pahang Chik Na...kononnya nak pakai masa anak buah kawin nanti. Jahit punya jahit..tak cukup manik pearl la plak.. yg geramnya tak cukup sikit je lagi ..nak dalam 12 ke 14 biji je. Yg buat Chik Na pening..takut bila cari kat kedai nanti dah takde lak manik can gitu dah...sebab yg Chik Na jahit kat baju tu lebihan dari project yang lepas lepas.

Tengok!!!! sikit je lagi kan...
Manik pearl ni la yg buat Chik Na susah hati nih.. harapnya ade la kat kedai yg selalu Chik Na beli tu..kalau tak jenuh nak kena redah KL plak...
Close-up jahitan manik kat hujung lengan baju Chik Na..sebenarnya baju raya tahun lepas..tambah manik je ;-)
hu hu hu ...baru sebelah tangan je siap.. silap-silap kena pilih baju lain untuk kenduri nanti..

Tuesday, May 25, 2010

- Gorgeous Blogger Award

Dah lama tak update blog ... Chik Na kesibukkan sedikit kerana ada tetamu di rumah. Biasa la bz layan tetamu yg bertandang :-)...dan memandangkan Chik Na masih tak sempat nak buat N3 sendiri maka Chik Na nak tempek award yang Chik Na dapat dari Nadiah .... Bicara Hati. Terima kasih banyak banyak buat Nadiah.


Chik Na nak pas award ni kepada :
  • Zarin :sweet sour and juicy that's me
  • Lady : little parlour
  • eynda L: eynda's diary
  • k.mas : masam manis
  • kakcik seroja
  • Azi : Journey of Life
  • Ibuhani : me and my 3 girls
  • Alya : Mrs Simplicity
  • Lia : Always stay the same
  • Liana : Inilah dunia kita
  • Shida: Gorgeous Mama Diaries
  • Siti Murni: Sisiter's little Dairy
  • Nida: Dibumi Albany
Harapnya u all sumer belum dapat lagi award ni :-) dan kepada yg Chik Na tak tulis nama pun bolek ambik jugak.. bukannya tak ingat tapi dah malas nak taip sebab dah lambnat nak p ambil Sufia kat rumah baby sitter.

Friday, May 14, 2010

Tag lesen memandu dari Eynda's Diary

Pagi semalam Chik Na dapat tag baru pasal lesen memandu dari Eynda. Terima kasih banyak-banyak Chik Na ucapkan pada Eynda yang sudi bagi tag ni. 

Sebenarnya Chik terus draf pasal tag ni semalam tapi lupa lak nak publish... FYI, ade a few lagi tag yg Chik Na belum selesaikan tapi semuanya dah di draf separuh jalan .... buat Zarin, Shida, Ibuhani, Alya, Mummy Chubby dan lain-lain lagi Chik Na mintak maaf sebab belum siapkan lagi tag-tag tersebut.. insyaallah akan ku langsaikan secepat mungkin... jangan serik plak bagi tag kat Chik na yea...

Ok, now jawapan kepada tag dari Eynda..

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
yup....

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Masa mula start kerja kat Airod Alenia...sebenarnya Chik Na ni penakut sebab tu bila habis SPM parent suruh ambik lesen buat tak tau je.. tapi bila start kerja, company suruh ambik lesen sebab sebagai jurutera Chik Na perlu memandu ke sana ke mari

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Tak lama ..baru dalam 12 or 13 tahun kut 


Pengalaman pahit ketika memandu?
Accident after a few month beli kete baru kat highway belakang Kampung Melayu Subang. Tak sempat brek, langgar bontot kete satria engineer MAS. Yang naya kete Satria tu lah sebab kete dia depan belakang kena langgar..dia langgar lori yg nak mengelak bangla terbalik basikal tengah jalan..Larii lintang-pukang Bangla tuh.. teruk jugak la kete Chik Na sampai sebulan lebih masuk workshop. Alhamdulillah Chik Na tak apa-apa..tapi keesokkannya satu badan tak boleh nak gerak..doktor kata muscle shocked..

Pengalaman manis?
Dapat kete auto, Kenari warna biru gelap dari hubby ... tengah tersenyum simpul mengenangkan masa tu..

3 tabiat ketika memandu?
  1. sama macam eynda.. make sure minyak kete sentiasa penuh.. sebab kadang Chik Na ni blur sikit pasal selok belok jalan yg jarang dilalui..
  2. opposite eynda plak.. mesti berselipar atau berkasut.. kalau tak pakai kasut macam tak reti drive rasanya
  3. Suka on GPS kat E71 Chik Na walaupun tempat yg dituju tu dah tau can ne nak pergi...sebab normally GPS bagi jalan yg tak jam dan shortcut yg tak disangka..
3 pantang time i memandu bila?
  1. pemandu lain yg tak suka bagi signal... jenis yg tiba-tiba je masuk kanan or kiri
  2. anak-anak yg kadang suka tukar-tukar channel or cd bila depa dok belakang
  3. sama macam eynda lagi...pemandu yg bawak kete macam makan angin kat tepi pantai...chik na rasa kalu balik KB ramai orang yg jenis macam nih...
Nak bagi tag ini pada :

kak mas ..Masam-masam manis
Ibuhani .. Me & My 3 girls
zarin ... sweet, sour & juicy..that's me
Mummy Chubby
Lia... Always Stay The Same
Azi...Journey of Life
Siti Murni...Sister's little Diary
Nida..Di bumi Albany
Ira..Truely deeply love

Rasa-rasanya u all semua ni memang driver yg hebat

Wednesday, May 12, 2010

- Do-it-myself

Balik dari hantar Sufia dari kindie pagi nih, Chik Na dengan senang hatinya menyiram pokok-pokok yg dah nak layu kat laman sekangkang kera rumah Chik Na tu....tapi bila ditutup pili air tu air nya tak berenti mengalir... cuak betul rasa hati Chik Na..nak kata loose tak pulak, dah tutup sampai ketat....ishhhhh. Berlari Chik Na menutup paip kat main tapi air still jugak mengalir... aikkk rupanya pili kat laman Chik Na ni bukan direct dari main paip kat meter tuh. Ayo..macamana plak nak stopkan pili air yg tengah membuak-buak nih.. Chik Na pun berlari bukak pintu dapur, tutup paip stopper yg kat belakang rumah, air kat laman tak jugak berenti, tutup plak paip stopper yg kat tangga, jugak tak berenti, kemudian tutup plak paip stopper kat dlm bathroom bilik Chik Na, jugak tak berenti air yg mengalir dari pili laman tuh...

Dah habis idea, call Ari, adik Chik Na yg dok sama Chik Na tu tanya dia mana paip stopper untuk pili depan tuh... dia kata yg kat tangga tuh..hmmm... bukan le jawabnya ..sebab Chik Na dah tutup tapi pilinya tak berenti jugak.. 

Nak tak nak terpaksa la Chik Na call En Zaidi yg tengah nyenyak tido kat Damascus tuh..mesti dia terkejut dapat call dari isteri tersayang pagi-pagi buta pukul 3.30 pagi. Bila dah tanya, Chik Na terus tutup paip stopper tuh, air pun stop mengalir dari pili laman...rupanya paip stopper tu ade lagi satu kat dalam bathroom bilik bawah.

Bila air dah berenti, Chik Na pun buka la tool box En. Zaidi ambil tools untuk buka kepala paip tu dan terus start kete pergi kedai hardware. Beli kepala paip baru dan cellotape putih untuk paip. Kosnya, RM 12.50.

Tool yg digunakan untuk tukar kepala paip...

Dengan jayanya Chik Na tukar kepala pili baru

So bila balik rumah terus pasang dengan jayanya Chik Na memasang paip baru... ha ha ha .. pandai pun buat sendiri...bukan susah pun..senang je..cuma selama ini tak pernah ambil tau pasal nak pasang paip ni.. semuanya tunggu En. Zaidi balik or adik tersayang buatkan... tapi kebetulan pagi ni semua orang takde rumah, nak tak nak terpaksa la Chik Na buat sendiri..kalau nak tunggu Arri balik kerja, jenuh lah Chik Na bayar bil kat Syabas nanti  :-)
Ni pulak kepala pili yg telah membuat hatiku susah pagi ini.....


Agaknya kalau call plumber berapa la dia charge???

Tuesday, May 11, 2010

Eynda Nak Bagi Hadiah !!

Dah 2 hari Chik Na tak sempat nak on lappy Chik Na nih... so bila blokwalking pagi ni Chik Na tertarik nak join contest by Eynda... tertarik ngan muzik box yg berlaci-laci warna pink kegemaran Chik Na tu. Nanti kalau menang boleh la Chik Na simpan accesories or jewellary Chik Na. Sebab yang paling utama, Chik Na nak bagi sokongan buat Eynda sebagai rakan maya Chik Na.

hadiah yg dipertaruhkan

Chik Na suka blog Eynda sebab Eynda ni suka update blog dia. Kadang  dalam1 hari, 3, 4 kali Eynda akan buat N3 kat blog Eynda's Diary. ... bagi inspirasi buat Chik Na supaya lebih rajin update blog :-). Macam-macam citer yg Eynda share sebagai seorang surirumah especially pasal keletah Hannah. Boleh dikatakan setiap kali Chik Na on lappy Chik Na ni Chik akan ke blog Eynda, cuma kadang tak sempat nak bagi komen sebab tunggu nak loading kadang mengambil masa sedikit.

Jom join contest dari Eynda...

Saturday, May 8, 2010

- Happy Mother's Day

Chik Na ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu  untuk semua para blogger yg berstatus ibu/mama/emak/mak/mommy/ umi  yang mengunjungi blog Chik Na hari ni.. Sesungguhnya anda seorang ibu yang amat hebat...

Seorang ibu yang mengayun buai mampu mengoncangkan dunia...

Hasil kreativiti Sufia ... buat kat kinde semalam sempena Hari Ibu...

You are my sunshine
My only sunshine
You make me happy
When skies are grey
You'll never know dear
How much I LOVE YOU
Please don't take
My sunshine away


...wording yg Sufia tulis kat belakang kipas...

Friday, May 7, 2010

- The Accidental Husband

Baru habis tengok movie yang dilakonkan oleh Uma Truman & Colin Firth. Pagi-pagi can gini je Chik Na sempat nak layan movie, ketika putera & puteri Chik Na pergi sekolah..so tak yah nak berebut TV dengan depa. Chik Na ni memang suka tengok citer-citer ringan dan comedy romantic... saja hiburkan diri :-)




Synopsis


New York firefighter Patrick Sullivan (Jeffrey Dean Morgan) had no idea his seemingly idyllic life was about to go up in smoke especially as the unwitting, second-hand recipient of advice from famed love expert and radio host Dr. Emma Lloyd (Uma Thurman). One day he is a happy-go-lucky guy looking forward to a life with his soon-to-be-bride. The next thing you know, his fiancée Sophia (Justina Machado) is seeking couples counseling on the radio from Dr. Lloyd. The no-nonsense, ever practical Dr. Lloyd questions Sophias concept of romantic love and advises her to break their engagement, which she swiftly does. But when Patrick and his computer-savvy neighbor decide to give Dr. Lloyd a taste of her own medicine and accidentally join them in holy matrimony something that doesn't go over too well with her fiancé (Colin Firth) -- it isnt long before they learn that sometimes even an expert in love needs a second opinion


Seronok gak layan cerita nih....

Tuesday, May 4, 2010

- San Francisco Pizza

Hari Ahad petang Chik Na ajak Ashu drivekan Chik Na dan anak-anak ke Bangi... tujuannya nak pergi Ariani beli tudung Tiara kosong...sebab ade sales buy one free one...kat Ariani mabuk dan pening kejap.. tak tahu nak pilih yg mana.. perempuan tetap perempuan.. rambang mata bila dah tengok tudung cantik cantik nih..sampai Ashu sempat p minum dengan kawannya sementara Chik Na pilih tudung ;-)

After Ariani, Chik Na decide nak belanja Ashu dan anak-anak makan kat San Francisco Pizza sempena besday Chik Na semalam..kiranya makan-makan in advanced lah sebab bila hari sekolah tak sempat nak kluar makan plak..


Beef Straganoff ni sedap jugak...

Faiz & Sufia makan seafood pizza..

Suka gambar Sufia peluk Faiz nih... tapi jenuh pujuk sebab Sufia tak mau peluk Faiz depan orang :-)

Sharing is caring... 

After Bangi kami ke IOI Mall plak sebab nak cari jeans untuk Faiz yang kebetulan ade sales brand Poney & renew...Chik Na notice kebanyakkan jeans Faiz da singkat..cepat betul tinggi padahal last shopping jeans dia masa raya haji yg lepas... Beli 4 helai jeans dengan harga RM 82 je. Kebanyakkan baju baju dan seluar kanak-kanak ni dijual dengan harga potongan sehingga 80%

Mentang-mentang awal bulan.. sopping sakan plak  Chik Na ni :-).... 

Monday, May 3, 2010

- Hari Ulang Tahun kelahiranku

Pejam celik pejam celik...dah bertambah setahun lagi umur Chik Na hari ni. Kata seorang rakan, bila bertambahnya umur kita maka bertambahlah hampir kita kepadaNYA.

Bangun pagi tadi hati Chik Na agak ceria sebab berbelas message ucapan selamat Hari Lahir dari orang-orang yg amat disayangi dan sahabat handai. Dan yang seronoknya mendapat ucapan kucupan hari lahir di pipi dari Faiz. A bit sedih sebab tak tahun ni tak dapat kucupan dari abah Faiz walaupun semalam hubby dah wish awal-awal besday Chik Na..takut termiss katanya. Dan bila buka FB pagi ni pun berbaris ucapan hari lahir dari kaum keluarga dan sahabat handai... betul-betul buat mood Chik Na ceria...cuma tercalar sedikit sebab mood Sufia pula yang tidak ok pagi nih..

Fyi..Chik Na dilahir pada hari Rabu pukul 10.50 pm di rumah tok ayah dan nenek di Jalan Che Su, Kota Bharu bersamaan 19 Rabiul'awal... disambut dengan penuh kegembiraan kerana Chik Na adalah cucu pertama sebelah arwah my father, di tambah pula arwah baba adik beradiknya hanya ada seorang je perempuan...

Hari ni juga Chik Na berkongsi tarikh lahir dengan seorang kawan yg agak rapat semasa di ITM dulu. Kalau dia tak de agenda tengahari ni, boleh la ajak keluar lunch sebab kawan Chik Na ni pun tinggal tak jauh dari sini.

Chik Na amat bersyukur diatas segala limpahan dan kurniaNYA yg membolehkan Chik Na terus bernafas untuk menunaikan tanggongjawab sebagai hambaNYA dan amanah yang diberi oleh Allah swt.

Saturday, May 1, 2010

- Homedec 2010 KLCC Convention Center

2, 3 hari ni streamyx rumah Chik Na tersangat la slow ... nak update blog or nak ziarah blog kawan-kawan pun tak dapat.. memandangkan ari ni streamyx macam ok sikit..so Chik Na nak share gambar-gambar masa Chik Na p Homedex 2010 kat KLCC Convention Center hari Khamis lepas. Saje je p hari bekerja sebab Chik Na tau kalau pergi weekend alamak nak parking pun susah ...

Suka pergi pameran Homedec nih sebab boleh la dapat idea nak makeover rumah...

Lampu punya section... seronok dok bahagian nih...macam macam lampu yg menarik hati...
Lampu untuk luar rumah or pagar... salah satu lampu kat situ sama macam rumah Chik Na  .. tapi harganya jauh lebih murah kat sini.. padahal baru last month kami beli lampu tu kat Puchong. Masa survey lampu tuh..rasa macam kedai yg kami beli tu dah paling murah compare too kedai kedai lain..;-(

Paip-paip punya section..cantik cantik..harga pun cantik cantik gak :-)

Berangan kalau boleh tukar sliding door macam pintu nih... cantik..dan pintu tu semua boleh move nak buka tengah or tepi or macam macam lagi lah

 
Suka  technology panel suis ni ..boleh move ke sana-ke mari suka suka hati... yg bestnya kalau anak-anak cucuk ngan jari punya selamat... sesuai pasang kat dapur rasanya.

Sebenarnya ade banyak lagi section...bahagian blind dan curtain, landscape, bed & bath dan yg paling Chik Na suka bahagian Interior design.. Tak sempat nak snap gambar sebab running out of time..  dok sana dari kul 1.30 - 5.30 pm pun tak cukup masa.

Masa balik Chik Na stuck kat Jalan Tun Razak...sebab hujan tersangat la lebat. masa tu berdoa agar sempat la sampai rumah by 7pm...nanti Faiz sampai rumah sure melalak kalau mama tak ade kat umah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates