Ads 468x60px

Labels

Monday, March 22, 2010

- Pesta Belon Udara Antarabangsa Putrajaya, 18 -21 Mac 2010

Dah lama Chik Na tak bersiaran yea. Biasalah bila anak-anak cuti sekolah, Chik Na agak bz melayan putera dan puteri Chik Na yang dua orang tuh. Lagipun Netbook dan PC kat rumah Chik Na tak available untuk digunakan bila Faiz & Sufia ade kat rumah.. depa je yang ngadap pc main games. 

Banyak gak aktiviti yang Chik Na buat dengan anak-anak masa cuti sekolah nih...antaranya pergi ke Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya pada berlangsung pada 18 -21 Mac. 2 kali kami pergi ke situ..he he he mentang mentang la tak berapa jauh dari rumah ... 

Kali pertama pergi hari Jumaat, 19 Mac .. sampai sana dalam kul 9.30am. Sebelum pergi tuh singgah Serdang ambik anak buah. Plan asal nak tengok belon dan picnic ramai-ramai kat Tasik Putrajaya ngan sister-sister in law tapi tak jadi..

Memandangkan Chik Na dah sampai kat tapak pesta so Chik Na continue je la layan anak dan anak buah tengok belon dan jalan jalan kat gerai yg terdapat kat sekitar fiesta tu. Ikutkan hati nak bagi depa naik belon tapi semasa Chik Na sampai kat situ tiket dah habis terjual... bengang je budak-budak...


Jalan kat situ kejap je sebab bahang matahari yg teramat panas membuatkan kami tak tahan nak berlama-lama kat situ. Masa Chik Na nak meninggalkan tapak carnival tu, orang dah makin ramai yg mengunjungi pesta tersebut.

After tengok belon baru la ke rumah anak buah yg dok kat Putrajaya untuk sessi makan tengahari beramai-ramai. Chik Na suka apartment staff government ni... besar dan cantik susun aturnya.

Keesokkan harinya Chik Na dan anak-anak  dan adik adik sekali lagi ke Pesta Belon Udara sebab Faiz & Sufia beria-ia nak naik cruise ronda Putrajaya...kebetulan ade promosi 50% diskaun untuk tiket cruise tuh.. normal tiket RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak.


Sementara menunggu turn untuk cruise kami pada pukul 5pm  tu Faiz dan Ashu main Water Ball kat tepi Tasik Putrajaya. Bila keluar dari bola tu berpeluh peluh Faiz dan Ashu...depa kata penat gak nak roll bola tuh.

Ok gak Cruise Tasek Putrajaya ni. Boatnya ade aircond dan ade pemandu pelancong yg bercerita mengenai Putrajaya dan pembangunannya... teringat masa naik cruise kat Istanbul, London dan Paris dulu-dulu. Sebenarnya ada 2 jenis cruise untuk ronda-ronda Putrajaya... boat yg berhawa dingin dan boleh memuatkan 80 org dan perahu yang lebih kecil untuk lebih kurang 10 org je. Mula tu nak naik perahu tapi memandangkan keadaan cuaca yang macam nak hujan so kami pilih naik boat besar je. 

That all cerita pasal pesta belon..nanti kalau rajin Chik Na tulis aktiviti lain lagi yang kami buat masa cuti sekolah.


24 comments:

LiAnA said...

wahh bestnya berjalan.. kaum family Chik Na ramai kat sini so tak terasa sgt hubby takderkan..

zarin said...

we all tk pegi pun tengok hot air baloon tu..tk sempat hihi..
best jugak nampak ek:-)

Chik Na said...

liana: tu lah.. nasib baik hubungan ngan sister sister in law boleh dikatakan rapat dan adik adik chik na pun sedia menemani chik na kat rumah :-)

Chik Na said...

zarin: tak pe zarin, tahun depan boleh pergi lagi..

masa pergi hari sabtu petang tu..belon tak kembang pun sebab hari hujan rintik-rintik..

Anonymous said...

ramai yg komplen tiket abes cepat kesian ek semangat datang nk naik tp xdpt

Chik Na said...

nana: depa kata kalau nak naik yg kul 7.30 am kena q dari kul 6 lebih lagi..

Lady of Leisure said...

lady tak sempat pergi tengok pun hot air baloon tu chik na... huhuh..

Mummy Chubby said...

mummy tgk kat paper jek! sedey kan...? :(

Nadiah Sidek said...

wah..chik na gi jgk ye pesta belon udara tu? bestnya! kalau dpt naik mesti lg best, kan?

Mrs. Simplicity said...

penuh aktiviti cuti sufia dgn faiz kan? sampai 2 kali pegi ye. ye la, dah dekat kan?

waterball tu panas tak dalam tu kak? tak pening ke masa pusing2 tuh? tp mcm menarik kan?

Nurul Izza said...

CHIKNA..byk rupanya aktiviti kt putrajaya ni ye..

alhamdulillah ade jugak rmi ipar duai chik na leh temankan kan..bestla chik na..jalan2..

Ibuhani said...

wah! teringin jugak nak naik belon tu.....tp x pernah pun gi pesta belon ni :(

Chik Na said...

Lady : tahun depan sure ade lagi..nanti bole la lady lak dtg putrajaya

Chik Na said...

mummy chubby: apa kata tahun depan mummy ambik cuti datang KL lak.. tak pun mummy suggest la suruh depa buat kat Danga Bay plak :-)

Chik Na said...

Nadiah: tu lah..tak dapat naik belon, anak anak pun frust jugak

Chik Na said...

alya: kata Ashu a bit panas gak.. tu bila kuar dari bola sampai berpeluh-peluh. Faiz kata tak pening..seronok sangat.. dia nak naik lagi kalu berpeluang ;-)

Chik Na said...

Izza: kebetulan je Izza, tahun ni kami berpeluang pergi fiesta tu..sebabnya En. Zaidi delay balik cuti.. ikut plan asal nak balik bercuti kat kampung

Chik Na said...

Ibuhani: cuti sekolah Mac tahun depan K.Ani plak ajak anak-anak p bersantai kat sana

Emy Amir said...

wahhh!!!bestnyer tengok yang rolling ball tuh!...hmmm, ada udara tak dalam tuh?sebab emy macam nak try jugak, tapi ala2 fobia dengan tempat sempit...huhuhuhuh

Ummu Ammar said...

Salam chik Na..

Cuti sek adalah waktu berkualiti utk bersama anak2 kan?

Anonymous said...

sampai awal pun tiket dah tak ada. pergh!

eh.. mcm best je masuk bola main kat tasik tu. teringin ler plak. haha

Nida n' Hanafi said...

seronoknya jenjalan...nida tak berkesempatan lg nk tengok belon panas

Murni Alfathunnisa said...

seronok chik na jalan2 dgn family. cemburu tauuu...skrg tk boleh nak enjoy jln2 sangat, kena kurang kan sikit..byk desakan hidup.

pe2 pun..ok la tu..teruskan chik na..spend masa dgn family..

eynda said...

Tahun ni tak sempat pegi tengok belon....sabtu ahad sekarang habiskan masa utk rumah baru je...jalan mana2 pun mesti ada kena mengena dgn rumah hihi..tunggu settle semua baru boleh bergumbira skit kot..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates