Ads 468x60px

Labels

Friday, September 30, 2011

- Kek Coklat Moist, An Easy Peasy Recipe

Assalamualaikum..wth,

Seperti yang dijanjikan, Chik Na kongsikan di sini resipi kek coklat moist yang Chik Na pelajari dari sister in law Chik Na :-). Resipinya sangat mudah sekali..

Faiz n sufia suka kek ni... ianya akan bertambah moist bila disimpan sehari..

Resipi :-)

Bahan A
  • 2 biji telur saiz A
  • 340g gula


Bahan B
  • 200g tepung superfine*
  • 50g  serbuk koko*
  • 1 1/2 teaspoon baking powder*
  • 2 teaspoon soda bikarbonat*

* diayak

Bahan C
  • 1 cawan susu cair
  • 1 Tablespoon sunquick
  • 1 teaspoon gliserin


Bahan D
  • 1 cawan minyak masak ( Chik Na guna minyak biji matahari)


Bahan E
  • 3/4 cawan air panas


Cara-caranya :-)
  1. Sebatikan bahan A
  2. Masukkan bahan B sehingga sebati
  3. Kemudian masukkan bahan C dan kacau rata
  4. Masukkan bahan D, kacau sebati
  5. Akhir sekali masukkan bahan E dan kacau sehingga sebati
  6. Masukkan ke dalam tin pembakar berukuran 9 x 9 inci yang telah disapu dengan mentega
  7. Bakar pada suhu 180'C selama 50 - 60 min.



Thursday, September 29, 2011

- Receive a Complaint

Assalamualaikum..wth

Dah banyak hari Chik Na tak meng"update" N3 kat blog ni... sebenarnya start dari Ahad malam Chik Na kena serangan diarrhoea sampai lembik jugaklah pada hari isnin tu. Pagi ni pun perut Chik Na masih tak stable. Maybe disebabkan terkena food poisoning masa Jamuan Raya kat LP ni last Sunday . Nak kata makan macam-macam tak jugak sbb Chik Na cuma makan sate a few cucuk n seketul lemang je.

Berbalik kepada tajuk entry :)... tengahari semalam, semasa drive balik dari ambik Faiz di sekolah kami selalu berbual pasal hal sekolah Faiz. Antara dialognya:

Faiz: mama, kawan Faiz complaint laa..
Chik Na: complaint pasal apa?
Faiz: Pasal bekal Faiz..
Chik Na:  Nape lak?
Faiz: Yea la ...depa kata Faiz asyik bawak kek je minggu ni... bawa la benjo ke, roti telur ke or  tuna or chicken wrap pulak..
Chik Na: Laa.

Fyi, setiap hari Chik Na akan bekalkan makanan untuk anak-anak ke sekolah tak kiralah yang Chik Na buat or beli tapi mostly yg Chik Na buatlah kan :). Untuk Faiz selalunya Chik Na kena bekalkan lebih sebab ada a few kawan-kawan dia yang akan tumpang makan bekalan dia tu... Kebetulan minggu ni plak kat rumah ada kek-kek yang dibawa balik oleh Arri n Ashu semasa mereka ke majlis perkahwinan or jamuan raya..so Chik Na bekalkan kat anak-anak ke sekolah dari dibiarkan tanpa dimakan. 

Pagi ni pun Faiz bawa kek lagi sebabnya Chik Na bake a chocalate cake, resipi SIL, pagi semalam. Bila Chik Na bagitau Faiz dia terpaksa bawa kek lagi pagi ni... 

Faiz cakap," it's ok mama, sbb kek ni yang mama buat sendiri...kawan-kawan Faiz suka yang mama buat :)"

He he he... pagi-pagi lagi Faiz dah buat hati Chik Na gembira ...

Moist Chocolate Cake
ps: nanti chik na share resipi yer

Friday, September 23, 2011

Waffle keluaran Gardenia

Assalamualaikum..wth.


Ini adalah makanan kegemaran anak-anak Chik Na lately... tak kira masa...sampai nak botak kepala mama sbb asyik kena beli waffle yang harga RM 1.40 nih. Waffle ni ada perisa vanilla, blueberry, maple syrup n cinnamon. Semuanya Faiz n Sufia suka kecuali perisa cinnamon. Normally Chik Na panaskan dalam toaster then makan dengan kaya, peanut butter, aiskrim or sapu butter je.

Ni tengah terpikir nak cari and beli waffle maker and buat waffle tu sendiri kat rumah. Lagipun menjimatkan kalu buat sendiri....agak-agaknya u all tahu tak brand apa yg ada di pasaran yang tak mahal sgt dan boleh tahan?

Wednesday, September 21, 2011

Roasted Chicken

Homemade Roasted Chicken

Malam ni Chik Na masak ayam ala Kenny Rogers Roasted for dinner atas permintaan Faiz n Sufia. Mulanya Chik Na ingat depa nak ajak p makan kat KRR tapi tersilap paham... sebenarnya nak makan ayam KRR yang mama masak...Aduh anak-anakku... nasib baik la mama ni dah tak kerja..boleh la layan kehendak anakanda :)

Yang happynya, malam ni Chik Na try masak nasi goreng dgn menggunakan presure cooker. Mudah sekali n cepat :). Cuma tumiskan bahan nasi goreng termasuk sayuran n lauk pauk seperti biasa, kemudian masukkan ke dalam presure cooker bersama beras dan air secukupnya. Tak sampai sepuluh minit nasi goreng dah siap untuk dimakan :)... senangkan cara buatnya.... sapa-sapa yang ada presure cooker boleh la try cara yang Chik Na belajar dari Demo Amway ni..

Kemeriahan Aidil Fitri

Assalamualaikum..wth

Apa khabar sahabat maya Chik Na hari ni? Harapnya semuanya riang gembira disamping keluarga dan rakan-rakan tersayang. Baru hari ini Chik Na berkesempatan menulis blog since my last entry on 30 August. Walaupun dah lama tak update blog tapi Chik Na still visit blog kegemaran Chik Na silently. Nampaknya semua rakan blogger menyambut Aidil Fitri dengan penuh kemeriahan. begitu juga Chik Na dan keluarga.

Tahun ini  Chik Na menyambut Aidil Fitri di kampung En. Zaidi. Tidak seperti kebiasaan, menyambut Aidil Fitri di kedua-dua kampung kerana Mama Chik Na menyambut Aidil Fitri di Mekah pada tahun ini. Kami balik ke sana pada petang Sabtu, 27 August. Alhamdulillah traffic bergerak lancar dan selamat sampai di Kota Kuala Muda lebih kurang pukul 11 mlm. Kami selalunya mengambil masa 6 jam perjalanan, En. Zaidi lebih suka memandu santai setiap kali balik kampung.. 

Cuaca agak mendung sepanjang jalan
Tahun ni boleh dikata semua anak cucu cicit MIL balik beraya dikampung. Riuh rendah rumah dengan gelak ketawa cucu cicit MIL. Mak Chik Na ni ada 9 org anak, 40 lebih cucu dan 11 orang cicit. Bayangkanlah betapa riuhnya suasana di rumah :)

Faiz n Sufia bersama sebahagian sepupu.

Hari raya pertama dan ke-2 kami banyak menghabiskan masa menziarahi ahli keluarga En. Zaidi. Walaupun agak kepenatan tapi kami semuanya gembira.

Raya ke-3 sebelum balik ke KL, Chik Na  sekeluarga bermalam di Batu Feringgi, Penang sempena menyambut ulangtahun ke-11 perkahwinan kami. Hari Jumaat pagi kami bertolak balik ke KL dengan kenderaan yang agak banyak.

Sabtu, 4 Sep, Chik Na menjemput Mama Chik Na yang balik menunaikan umrah bermalam di rumah sebelum Mama balik ke KB keesokkannya.

Dan minggu lepas, hari Ahad, 11 Sep, semasa cuti UPSR, kami balik ke KB untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga Chik Na pula.
Ketika menziarahi rumah aunty Chik Na di KB...suka jendela rumah aunty ni..
selalu  bayangkan dapat buat rumah yang ada tingkap macam ni
Ikut plan nak balik KL pada Khamis, 15 Sep sbb plan nak buat open house pada Sabtu, 17 Sep tapi kami terpaksa balik ke Kedah lagi sekali direct dr KB sebab dapat panggilan dari SIL that MIL demam sampai dah tak mau makan. Alhamdulillah setelah kami n abg sulong balik ke kampung mak beransur pulihdan sihat. Pada pendapat Chik Na mak maybe demam sebab rindukan anak cucu cicitnya....bayangkanlah dari riuh rendah menyambut kemeriahan hari raya bersama anak cucu cicit, tiba-tiba rumah jadi senyap sunyi ...

Kami selamat balik ke KL pada tengah malam Sabtu, 17 Sep dan En. Zaidi pun dah kembali mencari rezeki di Surabaya pada 19 Sep setelah bercuti hampir sebulan.

Insyaalalh kalau ada masa Chik Na akan berblog lagi :)...need to go... banyak kerja nak kena settle after holiday panjang..hu hu hu... kain tak berlipat dah berbukit n baju yg nak bergosok dan melambak.. rumah lum mop lagi...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates