Assalamualaikum..wth
Apa khabar sahabat maya Chik Na hari ni? Harapnya semuanya riang gembira disamping keluarga dan rakan-rakan tersayang. Baru hari ini Chik Na berkesempatan menulis blog since my last entry on 30 August. Walaupun dah lama tak update blog tapi Chik Na still visit blog kegemaran Chik Na silently. Nampaknya semua rakan blogger menyambut Aidil Fitri dengan penuh kemeriahan. begitu juga Chik Na dan keluarga.
Tahun ini Chik Na menyambut Aidil Fitri di kampung En. Zaidi. Tidak seperti kebiasaan, menyambut Aidil Fitri di kedua-dua kampung kerana Mama Chik Na menyambut Aidil Fitri di Mekah pada tahun ini. Kami balik ke sana pada petang Sabtu, 27 August. Alhamdulillah traffic bergerak lancar dan selamat sampai di Kota Kuala Muda lebih kurang pukul 11 mlm. Kami selalunya mengambil masa 6 jam perjalanan, En. Zaidi lebih suka memandu santai setiap kali balik kampung..
Cuaca agak mendung sepanjang jalan |
Faiz n Sufia bersama sebahagian sepupu. |
Hari raya pertama dan ke-2 kami banyak menghabiskan masa menziarahi ahli keluarga En. Zaidi. Walaupun agak kepenatan tapi kami semuanya gembira.
Raya ke-3 sebelum balik ke KL, Chik Na sekeluarga bermalam di Batu Feringgi, Penang sempena menyambut ulangtahun ke-11 perkahwinan kami. Hari Jumaat pagi kami bertolak balik ke KL dengan kenderaan yang agak banyak.
Sabtu, 4 Sep, Chik Na menjemput Mama Chik Na yang balik menunaikan umrah bermalam di rumah sebelum Mama balik ke KB keesokkannya.
Dan minggu lepas, hari Ahad, 11 Sep, semasa cuti UPSR, kami balik ke KB untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga Chik Na pula.
Ketika menziarahi rumah aunty Chik Na di KB...suka jendela rumah aunty ni.. selalu bayangkan dapat buat rumah yang ada tingkap macam ni |
Ikut plan nak balik KL pada Khamis, 15 Sep sbb plan nak buat open house pada Sabtu, 17 Sep tapi kami terpaksa balik ke Kedah lagi sekali direct dr KB sebab dapat panggilan dari SIL that MIL demam sampai dah tak mau makan. Alhamdulillah setelah kami n abg sulong balik ke kampung mak beransur pulihdan sihat. Pada pendapat Chik Na mak maybe demam sebab rindukan anak cucu cicitnya....bayangkanlah dari riuh rendah menyambut kemeriahan hari raya bersama anak cucu cicit, tiba-tiba rumah jadi senyap sunyi ...
Kami selamat balik ke KL pada tengah malam Sabtu, 17 Sep dan En. Zaidi pun dah kembali mencari rezeki di Surabaya pada 19 Sep setelah bercuti hampir sebulan.
Insyaalalh kalau ada masa Chik Na akan berblog lagi :)...need to go... banyak kerja nak kena settle after holiday panjang..hu hu hu... kain tak berlipat dah berbukit n baju yg nak bergosok dan melambak.. rumah lum mop lagi...
9 comments:
Welcome back Chik Na... Beraya sakan pusing dari utara ke pantai timur balik rumah pusing lagi. Wah... memang patut pun penat....
Kakzakie: tu la pasal..masa balik KB tu kami ikut kuantan-KT..round separuh masia jadinya..
ChikNa, memang lama bercuti yek!!! Ghindu rasanya sampai saya buat Apam Show White sebab teringat kat ChikNa :p ... Dah dah, gie lipat baju, mop rumah etc .. nanti sambung blog semula.
aik, sama la kita..kali ni beraya kat 2 negeri.
raya umah hubby dulu pastu balik kelate plak sbb bonda balik dari Mekah. :-)
welcome back chikna hehe.. meriahnya raya.. suka tengok pic faiz n sufiya dengan sepupu2.. :)
Teratak Hami: belum sempat mop lagi ari ni..
Lady: tu baru a few... lupa nak snap gambar ramai-ramai tahun ni
mama anis: kelate kat mana? Silap-silap mak kita pergi 1 kapal terbang tempohari :)
cantik baju sufia kak :)
Post a Comment