Ads 468x60px

Labels

Wednesday, September 21, 2011

Roasted Chicken

Homemade Roasted Chicken

Malam ni Chik Na masak ayam ala Kenny Rogers Roasted for dinner atas permintaan Faiz n Sufia. Mulanya Chik Na ingat depa nak ajak p makan kat KRR tapi tersilap paham... sebenarnya nak makan ayam KRR yang mama masak...Aduh anak-anakku... nasib baik la mama ni dah tak kerja..boleh la layan kehendak anakanda :)

Yang happynya, malam ni Chik Na try masak nasi goreng dgn menggunakan presure cooker. Mudah sekali n cepat :). Cuma tumiskan bahan nasi goreng termasuk sayuran n lauk pauk seperti biasa, kemudian masukkan ke dalam presure cooker bersama beras dan air secukupnya. Tak sampai sepuluh minit nasi goreng dah siap untuk dimakan :)... senangkan cara buatnya.... sapa-sapa yang ada presure cooker boleh la try cara yang Chik Na belajar dari Demo Amway ni..

11 comments:

kasihredha said...

chikna kena bagi resepi dan cara-cara macamna nak guna presure cooker tu :)

sedappp

kakcik said...

Senangnya masak nasi goreng macam tu, tak payah masak nasi tu dulu, ya? :)

alyyani said...

best nye faiz dgn sufia bole rasa masakan mama yg macam2. takde pulak pressure cooker kak. mana rupa dia eh? :)

Nadiah Sidek said...

faiz dan sufia tahu masakan mama lagi sedap ;)

Teratak Hami said...

ChikNa,
Share resepi cepat !!! Tapi takde presure cooker la :(

Hamizah said...

dah lama xjenguk chikna..pekabar?nk rcp ayam tu,please...

Ibuhani said...

Salam chik Na....TQ kasi recipe gravy tu ye.....hehehe...mesti sedap tu kan!

Chik Na said...

Kak Kasihredha: kalau akak guna yang presure cooker yang auto... tumis sambal nasi goreng+lauk+sayur hingga masal, kemudian masukkan beras, then air ikut sukatan masak nasi..lepas tu choose button masak nasi..bila da masak nasi tu..buka presure cooker then gaul rata.. biarkan sekejap sebelum dimakan :)

Chik Na said...

kakcik: tak payah masak nasi..masuk kan beras je..

allyani: macam nak nak explain ye.. kalau yg auto, macam rice cooker gak

Chik Na said...

hamizah: Resipinya senang je..ayam tu chik na gosok ngan olive oil kemudian tabur garam n black pepper, then bakar pada suhu 250'C selama 50-60 min

Chik Na said...

Ibuhani: insyaallah sedap..adik-adik Chik Na suka :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates