Ads 468x60px

Labels

Monday, June 28, 2010

- Kitakan VVIP

Perbualan ketika memandu masuk ke perkarangan kompleks Sukan Negara..

Chik Na:  alamak ade event lagi la minggu ni...
Faiz:        apa yg mama susah hati.....kitakan VVIP..
Chik Na : cepat ambik kad dlm purse mama

Memandu melalui pak guard sambil menunjukkan sekeping kad sambil mengangkat tangan tanda terima kasih kepada guard-guard yg bertugas menjaga laluan ke Pusat Aquatic...


Kad power swim ni lah yg buat kita orang macam VVIP setiap kali ke Komplek Sukan Negara bila ada sesuatu event di komplek sukan tersebut. Normally orang yg tidak mempunyai kad keahlian Power Swim tak boleh memandu masuk ke perkarangan Pusat Aquatic Negara. Lagi satu apabila ade event jugak, setiap kete yg masuk ke kawasan Komplek Sukan Bukit Jalil terpaksa membayar parking untuk kereta. Fyi, pada hari tiada event tiada bayaran parking dikenakan. Tapi disebabkan kami ade kad power swim nih, kami tak perlu bayar parking dan boleh masuk sehingga ke perkarangan Pusat Aquatik Negara tanpa masalah. 

Disebabkan kad power swim tu jugak, Chik Na pernah gak mengambil kesempatan pergi ke jualan gudang Metro Jaya dan Amway tanpa dikenakan bayaran parking dan tanpa susah susah cari parking sebab kebanyakkan jualan gudang akan di adakan di Stadium Tertutup Putra yang bersebelahan Pusat Aquatic nih.

For info, setiap hari Ahad, pukul 2.30pm - 4.00pm kami akan berada di Pusat Aquatic Negara. Dah 4 bulan Faiz belajar berenang kat Pusat Aquatic nih. Alhamdulillah setakat ni Faiz dah belajar  free style and breast stroke. Petang semalam dia dah start belajar back stroke plak.
adik yg sedang tunggu abangnya belajar berenang
Faiz tengah belajar macamana nak buat back stroke style..salute ngan intructor yang sabar melayan anak-anak yg belajar berenang
Faiz tgh swim back-stroke style

8 comments:

Farah Y said...

Untungnya dapat belajar berenang. Saya kalau swim, selalunya tenggelam tak timbul balik. Huhu.

Murni Alfathunnisa said...

Malu nyer...saya yang dah tua2 ni pun tak tau berenang lg chik na..huhu

Azirahman said...

hehe..memang power betui kad tuh....

Hamizah said...

kenaapa sufiyyah xblaja sama?bagus kalau dia pon blaja..

Lady of Leisure said...

lama sudah tak berenang... tsk patut la badan makin naik.. lady nak kene mula berenang balik lah nampak gayanya

Chik Na said...

farah y: uishh jangan tak timbul balik..

siti: chik na pun dah dekat 40an baru tau berenang sikit sikit je.. tu pun x berapa pas sgt lagi

azi: yg tak power time jom heboh .. sebab gerai jualan melimpah ruah ;-)

Chik Na said...

Hamizah :

sufia pernah pergi class berenang 2x after that dia dah x mo belajar lagi sebab masa 2nd class dia kena buat terjun kat tempat air yg dlm.. ingat tahun depan nak pujuk balik supaya dia join class berenang nih..

Lady:

betul tu lady..chik na masa belajar berenang hari tu.. badan turun sket ;-)

Mrs. Simplicity said...

eh ye ke kak? means kalau kita register tuk join class tuh automatik dpt pass tuh, then any event yg buat kt situ tunjuk tu je ek? menarik ni. banyak gak la privilege nye kan? sufia tak join ke kak? sy ni mmg dah tak bole dilentur kot so bole la anta nia dgn adel nanti. heheh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates