Ads 468x60px

Labels

Tuesday, June 1, 2010

- Marble Kek Resipi

Hari ni Chik Na nak share resipi Kek Marble yang pada Chik Na amat sedap rasanya. Resipi ni Chik Na ambik dari SIL Chik Na sebab anak-anak dan suami Chik Na memang sukakan kek marble buatan SIL ni ;-)



Bahan-bahan:

  • 10 biji telur - asingkan telur kuning dan putih dan ambil 10 biji merah telur dan hanya 5 biji putih telur
  • 450 gm marjerin Planta ( mesti planta tak bole yg lain yea..)
  • 340 gm gula aising
  • 340gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 3-4 cubit baking powder


Cara-caranya:

Adunan 1

  • Pukul marjerin hingga kembang dahulu 
  • kemudian masukkan sebiji demi sebiji merah telur yg telah diasingkan, dan pukul hingga kembang
  • notes: (mangkuk adunan 1 mesti kena lebih besar dr mangkuk adunan 2)
Adunan 2
  • Di dalam bekas lain, pukul putih telur (5 biji) dan baking powder dan gula ising hingga kembang ( gula ising dimasuk sedikit demi sedikit)
  • Pukul sehingga adunannya nampak seperti creamy dan berbuih sedikit
a. Masukkan adunan 2 ke dalam adunan 1 dan gaul sehingga sebati
b. kemudian masuk kan gandum sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu pekat manis dan esen vanilla
c. bila sudah sebati bahagikan adunan kepada 2, 1/3 untuk diwarnakan dengan warna pilihan dan 2/3 tidak diwarnakan
d. leserkan tin pembakar bersaiz 12 inci dengan sedikit marjerin
e. sendukkan  2 senduk adunan tidak dicampur warna di tengah tengah tin pembakar, kemudian sendukkan 1 adunan berwarna di atas adunan tidah berwarna. Ulang sehingga adunan habis
f. bakar pada suhu 160'C selama 45 min - 1 jam.

Ni la rupanya kek marble yg da dimasak.. Masa buat ari tu Chik Na jadikan 2 biji sebab oven Chik Na yg cinonet tu tak muat nak boh tin pembakar size 12 inch ;-)

Kek besday Faiz ari tu dalamnya Chik Na buat kek marble ;-)

p/s: bila tanya sufia "sama tak kek yg mama buat ngan Tam buat"... dia jawab "sume sama kecuali atasnya"...ha ha ha sebab bahagian atasnya masa Chik Na buat tu a bit hangit sedikit.. sufia sufia..

10 comments:

azi said...

bila la agaknya nak rajin macam hang..hehhee

Chik Na said...

azi: supermom macam hang tu memang susah sikit nak cari kelapangan nak buat itu dan ini...

aku bukannya rajin sgt..tapi selalu kena paksa ngan anak-anak aku..

NURUL IZZA said...

chik na..nak cite iza mmg suka kek marble.tp nk buatnya...terpk 10 kali sbb byk telur guna..huhu bykla kolestrol tumbuh kt badan.huhu

Ibuhani said...

yelah....chik na sgt rajin. K.ani dah lama x buat kek.....tp nmpk resepi cam mudah buat kan :)

alyyani said...

oh faiz nye kek tu kek marble ye? nmpk sedap sgt kak mas. terasa mcm lembut je. wah, tgk gmbr pun bole rasa. nanti bole la sy try lak. bila la gak nye tu. :)

Lady of Leisure said...

gebu cantik cake chikna buat... lady pernah jugak buat kek marble tapi dalam setahun sekali gitu masa nak raya jer pun hehe

Nida said...

waahhh.. ni boleh buat satu lagi koleksi utk kuih raya..hehe

Chik Na said...

izza: guna la telur kurang kolestrol ;-)

ibuhani: memang mudah je resipi ni..try la kak ani..mesti nana suka

Chik Na said...

alya: insyaallah nanti suatu hari nanti akak muncul di rumah bersama kek marble ;-)

Chik Na said...

lady: chik na pun jarang buat kek nih.. 1st time buat kek menjadi elok ;-)

Nida: raya tahun ni try buat kek marble ni..insyaallah ramai akan suka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates