Wahhh.. dah lama betul Chik Na tak bersiaran yea.. dah berdebu-debu blog nih ;-). Actually, start dari hari Selasa cuti sekolah hari tu kami anak beranak semua tak sihat..demam, selsema & batuk yg berpanjangan. Bukan demam suam-suam kuku..demam yg suhunya agak tinggi sampai dekat 40'C... sampai berulang kali ke specialist.. al-maklumlah takut terkena H1N1 or denggi. Demam yang nak bangun pun tak larat dan sakit sendi-sendi kat badan. Start dengan Faiz, diikuti dengan Sufia, Chik Na sendiri, Chik Wah, adik chik Na yg dtg dr KB, Arri dan MIL yg dtg menjenguk we all pun terkena tempiasnya jugak. Yg suspennya MIL sampai 2 hari dia baring je..bangun hanya untuk sholat je, makan pun tak mau..
Nasib baik la En. Zaidi balik bercuti so ade la orang yang boleh tengokkan kami anak beranak... tapi yg tak bestnya plan nak bercuti-cuti Msia terpaksalah di batalkan. Tapi best jugak dok rumah .. spend very quality time together, ditambah pulak bila demam..dilayan bagaikan puteri ;-)..he heh heh
Hari yg Faiz mula nak demam tu kami sempat jugak ke Aquaria. Faiz yang beria-ia nak pergi .. sebab dah banyak kali dia ajak Chik Na pergi Aquaria tuh...tapi alasan yg selalu Chik Na bagi..tunggu abah balik ;-).. so bila abah da balik, Faiz tuntut la janjinya.. sampai Aquaria dalam pukul 11 pagi. Orang agak ramai sebab cuti sekolah. Harga tiketnya boleh tahan gaks..
Bergambar kat depan AQUARIA sementara tunggu abah 'Q' untuk beli tiket
Masih sempat posing walaupun masa ni dah demam dedar-dedar
Tuan blog pun sibuk nak bergambar ;-)
Sufia ngan patung turtle besau kat kedai cenderamata... beria nak beli patung nih..
Last sekali dia beli white panther..tapi sufia anggapnya macam kucing.. kalau main toy tu bunyinya mengiau bukannya mengaum ;-)
Faiz & Sufia enjoy sangat tengok ikan-ikan berenang walaupun Faiz komplen Aquaria ni kecik je..Faiz cakap macam tak puas jalan dalam tuh...tak sebesar yang kami pernah lawati di Bangkok dan Shanghai.
13 comments:
Selamat kembali berblog Chik Na.. semoga telah sihat sepenuhnya. :)
kakcik: masih bersisa ..batuk lom hilang sepenuhnya
moga segera sembuh...lama aku tunggu hang update blog..hehe
semoga cepat sembuh, boleh jadi blogger tegar :)
azi: takde citer nak update pun.. sepanjang 2 minggu ni dok rehat kat rumah je..
patut la lama chik Na rehat...
tinie: tak mampu lagi nak jadi blogger tegar macam tinie ;-)
patut sunyi sepi.. sakit rupanya... moga sumer cepat sihat sepenuhnya...
aquaria mmg kecikkan.. kdg rasa cam tak berbaloi bayar mahal kekeke..
blog dah berdebu ye?? sila lap2 sket k hehe..tgk patung kucheng tu chumel la pulak..wa wa waaa..
yelah.....lama betul tak ada N3 baru. Harap semuanya dah sihat betul ye Chik Na.....:)
patutla...
ghupanya tuan rumah xsihat.iza tertya2 mana chik na pegi..
skg musim demam ye chik na..
p.s: smg semuanya sihat seperti sdia kala
patut la lama tak nampak chikna... hope chikna sekeluarga makin sihat...
sihat dah ke semuanya chik na? demam biasa je ye? sampai 1 keluarga jangkit..mana tak risau, ye dak?
p/s: chik na nmpk makin kurus la :)
Post a Comment