Ads 468x60px

Labels

Thursday, June 4, 2009

- Aktiviti Cuti Sekolah: Main Swimming Pool

Pagi smlm bawa anakanda and their cousin p Sunway Piramid. Kebetulan anak buah datang duduk rumah during cuti sekolah ni... saje je bagi anak anak rapat sket ngan cousin depa. Niat dihati nak cari baju pengawas warna biru utk Faiz tapi promosi "back to school"kat Jusco or Parkson hanya jual baju putih je. Mana mau cari nih... Cikgu dah bagi surat start next semester Faiz dah dilantik menjadi pengawas tetap. Ingat ke bila standard 3 nanti, baru la dia akan dilantik sebagai pengawas tetap, rupanya dah confirm this year. Nak tak nak kena la beli baju & kasut baru lagi, padahal baju putih yang ade tu elok lagi. Kadang dalam hati terpikir, biar betul cikgu ni lantik Faiz jadi pengawas, kat rumah ni dialah anak yg paling manja compare to his younger sister. Takut nanti kena buli lak. Bak kata my fren, maybe kat sekolah daya kepimpinan Faiz ni tinggi sebab tu la dilantik jadi pengawas. Betul agaknya, kat sekolah, dia control macho. Kat sekolah KAFA pun dia jadi ketua darjah.

After Sunway piramid, aku ader "dating" dengan sahabat baik masa TM dulu. Saje je nak lunch & sembang-sembang. Selepas lunch kat Kelana Jaya, aku terus bawak anakanda & cousin p apartment kami di Mantin. Seronok la budak budak ni sbb dapat main swimming pool. On the way pi Mantin, dah janji jumpa kakak ipar & anak anak kat R&R Baranang. Sista in law nak bawak lagi 2 org anak main swimming kat sana. Sampai Mantin dah 3.30pm. Sementara aku berurusan berkenaan org nak sewa rumah, budak budak tu dilayan sista in law main swimming pool. Selesai urusan, aku pun join sista in law layan budak budak. Diam tak diam, tgk jam dah 5.30 ptg. Bila ajak balik tak mau berenti main, sampai dah kecut kulit kaki and tangan. Nak tak nak paksa jugak budak budak tu balik sebab dah nearer pukul 6 ptg. Around 6.15 pm bertolak balik rumah. Sampai rumah dlm 7 pm.

Disebabkan dah kepenatan, utk dinner masak nasik je. Lauknya dibeli kat kedai..maka berakhir lagi sehari yg memenatkan bersama-sama anak-anak and their cousin. Penat pun tak pe.. asalkan anak anak enjoy di bawa berjalan jalan. Org kata gembirakan hati anak anak kita dapat pahala jugak...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates