Ads 468x60px

Labels

Saturday, June 6, 2009

- Bijak Wang

Pukul 7 ptg tadi tgk rancangan Bijak Wang di TV 3. Rancangan berunsur kewangan ni memang menarik hatiku. Antara tips yg diberi dlm rancangan tersebut;

Setiap individu mesti menanam sikap perlunya menabung dalam diri and mesti make sure untuk menabung setiap bulan. Jumlah yg disarankan untuk tabungan setiap bulan adalah at least 10% of pendapatan bulanan seseorang.

Jumlah pendapatan - tabungan 10% = perbelanjaan; ini sepatutnya dilakukan oleh setiap individu yg sudah bekerja, bukannya; Jumlah pendapatan - perbelanjaan = tabungan

Sekiranya anda dapat menabung lebih dari 10%, adalah lebih baik.

Lagi satu statement yg menarik hati ialah dari Azizi Ali berkenaan pembelian kereta.

Beliau menyatakan jika seseorang itu tidak mampu membayar loan kereta dalam masa setahun shj maka orang tersebut sepatutnya tidak mampu untuk memiliki kereta tersebut. Ahli panel rancangan ini juga menasihatkan supaya orang yg hendak membeli kereta membayar downpayment kereta seboleh bolehnya at least 50% of harga kereta dan membuat pinjaman sependek mungkin. Hmmm... pernah juga membaca artikel lain berkenaan kewangan, mereka menyarankan supaya membuat pinjaman pembelian kereta paling lama 3 tahun shj.

Menurut ahli panel juga, setiap individu pelu menabung utk hari tua kerana menurut kajian, simpanan KWSP hanya cukup untuk 3 tahun perbelanjaan selepas bersara shj. Setiap individu perlu wujudkan simpanan hari tua supaya bila kita bersara kita masih ade "pasive income".

Contoh pasive income:
Jika seseorang pesara mempunyai simpanan sebanyak RM500k semasa bersara, disimpan dalam any pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, maka pesara tersebut akan mempunyai pendapatan sebanyak 50k setahun bermakna sebln pasara tersebut akan mendapat sebanyak RM 4,500 tanpa mengusik duit simpanan asas 500k tadi. Hmm..agak lumayan juga kan.

Tu lah antara perbincangan yang diutarakan dalam Bijak Wang hari ini.

Pokoknya kita memang perlu menabung samada untuk hari tua, education anak-anak, pembelian rumah dan sebagainya.

Kepada surirrumah seperti saya , mereka juga perlu menabung supaya jika berlaku kecelakaan kepada suami tersayang, u have some money in hand tanpa perlu meminta belas ihsan adik beradik dan saudara mara keran amereka juga mempunyai komitmen utk keluarga mereka. Bijak lah berbelanja duit yg diberi oleh suami tersayang and make a habit to save at least rm 0 or 100 per month into your acct. Lebih banyak lebih baik ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates