Ads 468x60px

Labels

Tuesday, June 9, 2009

- Manjakan Diri

Lepas sembahyang asar semalam pergi mengurut badan kat rumah tukang urut favaurite, Kak Long. Everytime balik KB, mengurut adalah diantara agenda yg akan dilakukan. K.Long ni muda lagi orangnya, awal 30an. Aku suka mengurut ngan K.Long sbb kat rumah dia ni agak privacy sket. K.Long memang ader satu pondok kecil disebelah rumah dia untuk tujuan mengurut. Dalam rumah urut ni siap ade TV, radio and kipas... ala ala mini SPA gitu. Semlm semasa mengurut siap boleh tgk citer Zati & Si Mawas dan citer drama Matahari lagi.

Kat KB ni bila pergi urut badan, harga yg dikenakan amatlah murah. Untuk urutan badan selama 2 jam setengah, upah yg Kak Long ambil baru RM 30... amatlah berbaloi. Selepas urutan pula, K.Long akan memberi sebiji pil untuk melegakan sakit selepas diurut dan supaya bila bangun pagi keesokkannya badan akan jadi amat selesa.

Kalau kat KL, Kak Mun tmt yg selalu pergi tu ambil RM 50 sejam. Kalau kat SPA seperti Thai Odessey harga yg dikenakan dlm RM 90 utk 45 min. Urutan K.Mun ngan K.Long memang berbeza. K.Long ni pandai mengurut sebab kebolehan semulajadi, K.Mun pulak belajar mengurut untuk menjana pendapatan selepas bersara. Urutan K.Long ni kalau orang yg tak tahan sakit, pasti tak tertahan kesakitan tetapi after sehari selepas urutan, badan terasa amat selesa. Bagiku, yang mengalami kesakitan tumit kaki dan buku lali ni, kalau mengurut dengan K.Long, pasti dapat menghilangkan kesakitan tersebut untuk beberapa bulan.

Itulah diantara agendaku yg pasti dilakukan bila balik Kota Bharu....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates