Ads 468x60px

Labels

Saturday, April 21, 2012

- Sabtu : Sekolah Ganti

Assalamualaikum...wth

Hari ini hari Sabtu minggu persekolahan....sekolah ganti untuk Hari Raya Aidil Adha nanti. Semua murid SK SS 1 Bandar Kinrara bersekolah sesi pagi. Sufia yang bersekolah sesi petang kena pergi sekolah sesi pagi. Hari ini sekolah SK Bandar Kinrara mengada Kem Bestari Solat 2012 untuk murid tahun 2 seperti Sufia. Pagi ni Sufia pagi-pagi lagi dah bangun sebab dia teruja nak pergi Kem Bestari Solat tu. Faiz pula tak dapat ke sekolah kebangsaan sebab terlibat dengan acara untuk sekolah KAFA. Alhamdulillah Sufia tak banyak kerenah pagi ini walaupun agak kelam kabut sikit al-maklumlah nak kena hantar Faiz kat sekolah agama di cawangan Equine Park dan Sufia kat sekolah kebangsaan di Kinrara sebelum pukul 7.15am.

Faiz now ni berada di Masjid Subang Jaya mewakili Sekolah KAFA Ibnu Sina dalam acara pidato umum bagi Zon Petaling sekolah-sekolah agama negeri selangor. Tajuk pidatonya Akhlak Cemerlang Negara Terbilang. Faiz adalah pidato ke 10 untuk acara tersebut. Mama doakan agar Faiz ingat semua teks ucapan dan tidak gugup semasa berada di pentas nanti. Mama tahu Faiz memang dari tadika memang ada talent dan boleh berucap di hadapan umum ... :-) Insyaallah mama akan menyusul kejap lagi. Semoga bejaya anakku !!.

Oklah, Chik Na nak ke Subang Jaya sekejap untuk melihat Faiz berpidato :-) 

3 comments:

Ibuhani said...

gd luck faiz....Nana pun ada sekolah ganti jugak minggu ni.

Akak Kembang said...

Sekolah kat Sungai Buloh pun ada sekolah ganti...tp ramai yg ponteng

Nida said...

Suka tengok orang berpidato.... good luck Faiz.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates