Dah seminggu lebih rupanya Chik Na tak update blog... minta maaf lah yea. Rabu n Khamis lepas Chik Na kurang sihat..demam, selsema n batuk, sampai tak boleh nak bangun. Nsib baik Ashu ada kat rumah so boleh la dia tolong jadi drebar hantar anak sekolah. Kemudian Faiz plak demam. Bila dah baik demam, Faiz sakit mulut plak now ni...dah 3 hari terpaksa masak bubur nasi untuk dia...Kesian dia nak bercakap pun tak boleh, pakai bonjela tak ok ok jugak... Ingat jap lagi nak p kedai ubat cina plak..kut-kut depa ada ubat mujarab. Ataupun, u all ada tak petua-petua untuk hilangkan ulcer kat dalam mulut...
Dah lari dari tajuk plak. Last Sunday, kami ikut Ari p library kat section 23, 13 (nasib baik one simple mother tanya ;-)), Shah Alam. Ari selalu p library buat ulangkaji untuk peperiksaan paper part-time study dia. Library ni baru launch 22 Julai ari tu... Library baru yang sangatlah cantik... rasa macam malas nak balik bila dok situ. Jom layan gambar yang Chik Na snap kat library baru tu
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Dari depan..berhadapan dengan Kelab Golf Abdul Aziz
Ada pokok buatan kat bahagian children tingkat G
Sususn atur yang penuh warna keceriaan di bahagian kanak-kanak
Berkonsepkan santai..banyak bean-bag yang besar-besar untuk anak-anak baca buku
Faiz syok baca buku pasal dinosour
Ada section untuk main nintendo wii... kalau tak silap RM 1 sejam
Baca buku kat bawah pokok :-)
Ada disediakan komputer untuk internet access..brand Mac n Hp... RM 1 untuk sejam
Di ruangan yang agak santai level G .. di sini disediakan pelbagai jenis suray khabar
PPAS ni ada 4 level..level G: kanak-kanak n zon santai-mantai, 1 : remaja, 2 n 3 : dewasa
Di setiap aras disedia computer untuk internet access
Ruangan membaca dan menelaah yang cozy... tepi tingkap tu mengadap tasik..sungguh mendamaikan
Terasa macam dirumah bila dapat lepak kat sofa yang cantik macam ni
Tuan blog sempat berposing kat kerusi bulan yang empuk ni..maunya terlena kalau dok sorang-sorang dalam ni
Kat PPAS ni juga ada disediakan surau di setiap aras. Ada kedai buku dan gymnasium n kafeteria juga akan disediakan selepas bulan puasa nanti.
So sesiapa yang berada disekitar Shah Alam boleh la melepak di PPAS yang cantik ni :-).
21 comments:
Sungguh bersih dan teratur. Semoga memberi manfaat yang bukan sedikit untuk para pengunjung. :)
chik na..cantik nya library kat shah alam..sek 23 kan..nnt cuti ujung thn nk bawak anak g sana..mgkn kita blh dating2 ? hehe..akak suka lepak kat kedai buku..so klau di library samalah janji ada buku..syoknya..
Kalau cantik macam ni bukan anak2 je suka, kita pun suka ni chik na hehehe
Nampak sungguh selesa. Kalau kakak pun macam Chik Na kata macam tak nak blaik. Tempat makan, surau, computer semua ada apa lagi bestnya...:)
chik na: sek 23 ke 13? kat fb kata 13 konfius jap.. hehehe.. memang bagus kan diorg buat interior gini. boleh menggalakkan minat kita dtg library. secara x langsung menyemai minat suka membaca.. :)
syokkkknya
macam nak gi lah jugak
tapi jauh le chik na
cantikkkkkk sgt :)
Cantik & selesa. Kalau still tinggal di Selangor, pasti setiap minggu melepak di sini.
ish harus i bawak hasya ke sini...mesti dia suka nih..
cantiknya library. bahagian budak2 pun maenarik, colorful! duduk situ seharian pun takpe. ehe..
cantiknya!!!!!!!
Canggih dan bangga menjadi rakyat Malaysia..
bestnye library tu kak! teruja saya tgk...
heheh comelnya sofia pakai klip hehehe ;)
cantik. nampak modern kan.
Cantiknye. especially tempat children tu. well arranged. Menarik :)
Selamat berpuasa!
kakciks: insyaallah kakcik..bila library cantik mcm ni mesti ramai yg akan rajin dtg sinin :)
saniah: silap seksyen 13
Lady: cantikkan!!!
Kakzakie: yg chik na suka sbb nanti ada gym...seperate plak tu antara women n men
OneSimple mother: tersilap la..seksyen 13..dekat je ngan rumah Lyn
Saniah: boleh aja kalu nak dating-dating...
kak kasihredha: kalau ke shah alam, maybe boleh singgah :)
TeratakHami: i wish library kat area rumah ni pun macam tu..
zarin: mesti hasya suka nanti...lagipun kat children section tu depa tak marah pun kalu buat bising
Nadiah: haah boleh lepak seharian...tambah-tambah bulan ramadhan ni..
Nida: sungguh membanggakan... library dah canggih manggih
marinahunny: tiap-tiap hari dia pakai hairclip tu walaupun tido malam :)
K.Yan: harapnya keadaan cam gitu kekal sampai bila-bila
Ijan: selamat berpuasa
Alhamdulillah..ramai suka.. berkat usaha suami dan staff kat sana.. lahirnya PPAS yang baru...
Kalau rasa nak layan XD theater... boleh la layan teknologi 6D pertama di Malaysia.. dinasihatkan tidak untuk org sakit jantung... kanak2 dan pregnant mom... saya dah layan haritu... :)
Assalamualaikum. Nice blog entry. I've been there once. The interior design were awesome. Far way better than the National Library in K.L. Since it's a copyrighted photos. Is it ok if I save some of these photos for my collection? Thank you :)
Post a Comment