Sambungan dari N3 hari Jumaat...
Dah penat tour kat Petra Archaeology Park kami berehat sebentar di Petra Visitor Center untuk makan tengahari. Masa tu kami share makan nasi goreng yang Chik Na bawa :). Dah sudah lunch... kami ke Lembah Wadi Musa, bandar yang terdekat dengan Petra.
Di Lembah Wadi Musa ni terdapat banyak hotel dari 2 star hinggalah ke 5 star dan juga restoren-restoren untuk para pelawat yang datang melawat Petra. Fyi, harga makanan di Jordan agak mahal juga kerana 1 JD bersamaan RM 5.
Bandar ini dikenali sebagai Wadi Musa kerana Nabi Musa a.s pernah melalui kawasan ini dan dikatakan Nabi Musa a.s telah mengetuk tongkatnya untuk mendapatkan air dari celah batu bagi diberi minum kepada para pengikutnya.(Kalau salah fakta ..minta ampun yea :)
Di dalan bangunan berkubah tersebut masih lagi terdapat mata air yang diketuk oleh Nabi Musa a.s
Sungguh tak sangka, kami terserempak dengan Dato' Jalaluddin Hassan dan keluarganya yang terdiri dari iserinya, Tan Sri Hassan Azahari dan isterinya dan beberapa adik beradik dan anak saudara Dato' Jalaluddin di mata air yang diketuk Nabi Musa a.s. Kat Malaysia pun Chik Na tak pernah terserempak dengan Dato' Jalaluddin ni, datang Jordan plak terserempak di Petra :)
Kami sempat berposing dengan Dato' Jalaluddin Hassan
Faiz di mata air di Lembah Wadi Musa.
Air di mata air Wadi Musa ni dikatakan air yang terbaik selepas air zam-zam. Kami berpeluang meminum air disini dan mambawa balik beberapa botol ke rumah sewa di Damascus :)
Pemandangan semasa perjalanan ke Amman, Jordan, merentasi padang pasir. Nasib baik musim sejuk..kalau tak mesti kami kepanasan :)
Dah ngantuk ni..insyaallah dikuatkan semangat untuk Chik Na sambung cerita melawat Ashabul Kahfi dan laut mati pula..
6 comments:
cantik je langit tu
dato' jalaluddin tu bercuti kat sana ek?
wah.. bestnya dpt melawat tempat sejarah... tak sabar nak tunggu next entry akak...
Nadiah: ha ah Dato' Jalaluddin bercuti bersama keluarga. Dengar cerita keesokkannya Dato' n keluarga ke Damascus, para wanita sopping bagai nak rak di Souk Al-Hamidiyeh :)
Lia: insyaalah ..kalu rajin Chik Na sambung petang nanti..sbb pagi ni keluar sopping kat jln TAR n Sogo jap..
ChikNa, cepat sambung cerita dengan gambar cantik2....
wahhh ada datuk JH le..
suka tengok [pics cantik2
Post a Comment