Ads 468x60px

Labels

Monday, July 18, 2011

- Jalan-Jalan Jordan : Gua Ashabul Kahfi dan Laut Mati


sambungan dari entry ni dan ni.


Tempat yang seterusnya kami tuju adalah Gua Ashabul Kahfi di Ar-Raqim. Ia terletak lebih kurang 7km dari bandar Amman. Kami mengambil masa around 3 jam untuk sampai ke Gua Ashabul-Kahfi dari Petra

Sedikit kisah Ashabul Kahfi. Kahfi bermaksud gua dan Ashabul pula bermaksud Ahli. Kisah. Ashabul Kahfi merupakan suatu kisah benar yang disebut di dalam Al-Quran. Ia mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:
1.     Gua di EfesusAnatoliaTurki sekarang. Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.
2.     Gua di DamsyikSyria.
3.     Gua di AmmanJordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.


Gua Ashabul Kahfi di Jordan

Semasa kami sampai di perkarangan masjid yang bersebelah Gua Ashabul Kahfi, kami diberi jubah labuh berwarna coklat bagi menghormati kawasan masjid kerana pada masa tu kami hanya memakai jeans dan blouse sahaja :). Dan oleh kerana dah hampir waktu asar, kami disuruh segera ke Gua Ashabul Kahfi kerana penjaga tempat tersebut akan menutup kawasan gua semasa waktu sembahyang.

Perkarangan masjid yang bersebelahan Gua Ashabul-Kahfi di Ar-Raqim

Tuan blog pun nak bergambar

Kami sekeluarga didepan pintu gua bersama-sama pelawat kanak-kanak dari Jordan

Bersama keluarga abang Zaidi n K. Aisyah di tugu Ashabul-Kahfi

Kereta yang kami sewa sepanjang di Jordan

Sempat berposing setelah menunaikan solat jamak zohor dan asar sementara yang lain selesai sholat

Selepas melawat Gua Ashabul-Kahfi di Amman kami bergegas ke Laut Mati pula. Perjalanan ke Laut Mati mengambil masa lebih kurang 1 lebih kerana kami tersesat jalan. Sepatutnya perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 40 min ke Laut Mati dari Bandar Amman. Sebenarnya bukan tersesat jugak cuma kami melalui jalan jauh..mungkin melalui Gunung Nebo tanpa disedari kerana kami dapat melihat pemandangan Laut Mati dari tempat tinggi. Pemandangannya sungguh menakjubkan dan dapat melihat sebahagian negara Israel.

Semasa kami sampai di di kawasan Laut Mati matahari sudah hampir terbenam walaupun masa baru jam 4.30 pm, Chik Na jadi kagum melihat betapa indahnya dunia ciptaan Allah swt.



Pemandangan Laut Mati dari aras tanah tinggi

Merentasi gunung ganang menuju ke Laut Mati


Amman Beach di Laut Mati..minta maaf gambar kurang quality sebab tak cukup pengcahayaan di waktu malam.

Kami memilih Amman Beach untuk menikmati keindahan di Laut mati sambil berpicnic. Pantai di Laut Mati ni kebanyakkannya pantai persendirian, so untuk berpicnic pelawat dikenakan yuran masuk. Disebabkan dah lama sgt , Chik Na terlupa yuran masuk di Amman Beach ni. (Kalau tak silap 4JD seorang). Di kawasan ini disediakan pelbagai kemudah seperti toilet, tempat mandi, playground, cafe-cafe dll.

Chik Na tidak sempat nak mengapung diri di Laut Mati kerana Faiz menangis kepedihan ketika cuba berendam di laut tersebut. Faiz kepedihan disebabkan kulitnya yg gatal-gatal kekeringan akibat cuaca sejuk, Suasana kelam kabut tersebut menyebabkan mood untuk mengapungkan diri di Laut Mati pun mati :). Dalam kelam kabut mencari air mineral untuk Faiz mandi, kami sampai terlupa nak berpossing sakan di Laut Mati. Lagipun kami kesuntukkan masa sebab perlu sampai ke Al-Mafraq sebelum pukul 9 mlm kerana kami telah berjanji dengan driver teksi pukul 10 mlm untuk membawa kami pulang ke Damascus. Insyaallah kalau diberi peluang allah swt, kami ingin kembali menjelajah negara Jordan... tak puas rasanya menjelajah Jordan dlm masa hanya 24 jam.

Kami selamat sampai di Damascus lebih kurang pukul 12.30 tengah malam.

16 comments:

Mummy Chubby said...

best kan chik na g sana...mana lokasi lak pasni? Mummy xpenah smpi sana lag..

Irfa said...

chik na..
seronoknya baca jalan2 ke Jordan
:-)

Murni Alfathunnisa said...

mahalnya pengalaman chik na nih...mesti best kalau dapat pi nih...:)

Lia said...

bestnya.. bilalah lia akan dpt pengalama melawat tempat2 sejarah islam dulu2...

kasihredha said...

gua ashabul kahfi & laut mati akak pernah sampai.Rasa terkilan sb tak sempat nak ke Petra :)

Nida n' Hanafi said...

salam..

Teringin sangat nak lihat Laut Mati depan mata sendiri... bestnya nampak cuti-cuti di sana..:)

Chik Na said...

MummyChubby: pasni tak tau lagi...tengok budget tahun ni, maybe cuti-cuti Indonesia plak sbb now ni hubby bertugas di Indonesia

Chik Na said...

happyIrfa: :) :) :)

Chik Na said...

Siti : akak rasa seronok plak jalan-jalan di bumi para ambiya' sambil mengikuti sirah para nabi ..

Chik Na said...

Lia: jalan-jalan tempat begini buat chik na terkenang arwah nenek yang suka bercerita pasal para nabi

Chik Na said...

kasihredha: Chik Na pun belum puas jalan di JOrdan, kalau ada peluang nak pergi Dead Sea lagi sekali dan Aqaba

Chik Na said...

Nida: Chik Na plak teringin nak gi NZ bila tengok gambar-gambar Nida disana :)

Azian Elias said...

Seronoknya akak bila tgk yr N3.. Nanti ingat nak buat revision. Mana tau leh ke sana nanti..INSYALLAH

Teratak Hami said...

ChikNa,
Masa buat Umrah ada jugak pergi Laut Mati tapi camne nak "terapung-apung" kan?

Nampaknya pengembaraan ke negara2 Timur Tengah mengamit hati & jiwa saya ketika ini. Bila agaknya dapat peluang ini??

Kakzakie Purvit said...

Kakak tumpang seronok baca N3 ini. Yg best tu mandi dilaut mati. Bagus agaknya utk bersihkan kulit yg sensetif. Chik Na tak sempat pun nak cuci muka ke?

temirvalleymalaysia said...

Cik Na, nanti mari jalan-jalan kat sini juga ya... http://temirvalleymalaysia.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates