Ads 468x60px

Labels

Sunday, May 27, 2012

- Bersiaran dari Taipei, Taiwan

Assalamualaikum..wth,

Dah sebulan tak update blog.... Hari ni ada sedikit masa nak update blog sebab cuti sekolah dah pun bermula. Lagipun Chik Na berada jauh dari kesibukan menguruskan rumahtangga sebab sekarang ni Chik Na berada di Taipei, tempat bertugas En Zaidi yang baru sejak lepas balik dari mengerjakan umrah pada Mac yang lalu.

Alhamdulillah Chik Na dan anak-anak selamat sampai di bumi Taiwan ni awal pagi tadi, lebih kurang 1:30 am dengan penerbangan Cathay Pacific. Pertama kali menggunakan penerbangan Cathay Pacific buat kami teruja :-D. Penerbangan CX724 ke Taipei via Hongkong yang sepatutnya berlepas dari KLIA pada pukul 17:40, delay selama 20 minit.

Sufia tak sabar nak naik Cathay Pacific :D
Faiz yg kebosanan menunggu penerbangan ke Hong Kong

Faiz sibuk main PSP dan Sufia leka tengok kartun
Nasi goreng n sate ayam , makan mlm yang disediakan dalam penerbangan dr KL ke Hong Kong
Kami selamat mendarat di airport Hong Kong lebih kurang 21:40. Agak kelam kabut jugak sebab penerbangan connecting CX408 ke Taipei dijangka berlepas pada pukul 22:40. Semasa check in di transfer desk kami cuma ada masa 40 minit untuk ke gate seterusnya yang boleh dikatakan agak jauh dari gate yg kami turun. Sampai aje di gate 514, kami terus diarah masuk ke dlm kapalterbang. Tak sampai 15 min kami dah pun berada di udara.

Setiap seat ada palam untuk mengecas barang elektronic...

Snack moslem meal ... roti beinti ayam yg disediakan dalam penerbangan dari Hong Kong ke Taipei
Kami selamat mendarat di Taipei dalam pukul 12:20 pagi dan selamat sampai di studio apartment En. Zaidi dalam pukul 1: 30 pagi. Perjalanan dari Toayuan International Airport ke apartment En. Zaidi mengambil masa dlm setangah jam.. Sesampai dirumah kami terus tido sbb nak kena bangun solat subuh dlm pukul 3.40am...


7 comments:

kasihredha said...

selamat bercuti chik na..

Ibuhani said...

Enjoy ur holiday chik na!

Unknown said...

salam kenal chik na, waa....seronoknya bercuti ke Taipei...
Nanti update lg ye, nak tau jg keadaan disana, menarik ke tidak.

Chik Na said...

kak kasehredha n ibuhani: Tq... especially masih sudi melawat blog Chik Na yg selalu tenggelam timbul nih :D

Chik Na said...

kak zana@pb: salam perkenalan juga.. chik na dah follow ..

Murni Alfathunnisa said...

in-flight meal pun nampak sedap..boleh tahan yer..:)

selamat bercuti chik na & family..have fun...nanti update lagi kisah di taipei yer...

Teratak Hami said...

seronoknya jalan2 Taipei. Saya nak kena khatam semua cerita ni. Seronok baca pengalaman org jalan2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates