Assalamualaikum..wth,
Lately masa betul-betul mencemburui Chik Na...setiap hari sekejap je masa berlalu sehinggakan Chik Na tak sempat nak berblog dan melawat blog rakan blogger... kadang tu Chik Na curi-curi gak masa melawat rakan blogger tapi selalunya tak tinggal any comment, sekadar membaca catatan mereka. Maybe after bulan Mac nanti kesibukkan Chik Na akan reda :-)
Semalam Chik Na hantar anakanda Faiz ke kursus Motivasi Alihan Pelajar yang dikendalikan oleh Dr. Hj. Tg Asmadi. Kursus tu berlangsung selama 2 hari, di Wisma Belia (MAYC), Jalan Syed Putra. Yuran yang dikenakan adalah RM 300. Kursus bermula dari pukul 8 pagi hingga 7 petang.
Dah banyak kali terpikir nak hantar Faiz pergi kursus tu bila dengar iklan kat radio IKIM tapi baru semalam berkesempatan hantar Faiz ke kursus tersebut. Plan asal nak hantar Faiz pergi hujung Januari tetapi disebakan kami ada family trip ke Langkawi, Chik Na tunda ke semalam. Chik Na hantar Faiz ke MAP sebab Chik Na perhatikan Faiz macam kurang fokus pada pelajaran... asyik nak main game n berinternet je. Keputusan akhir tahun lepas pun agak merosot berbanding ujian-ujian sebelumnya. Dah la Faiz ni agak aktif di sekolah. Selain dari tugas sebagai pengawas, dia jugak aktif Kelab Muzik dan Badminton.... minggu lepas pula terpilih untuk kelab Nasyid mewakili sekolah. Risau dibuatnya, tambahan pula tahun ini Faiz akan menduduki peperiksaan sekolah agama, Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Tahun depan pula akan menduduki peperiksaan UPSR. Hmmm...nak kena pantau and motivate him dari sekarang.
Semoga Faiz dapat manafaat ilmu yang berguna dan dapat diamalkan segala yang ditunjuk-ajar di sepanjang berkursus MAP.
5 comments:
Dengar testimoni dari parents lain, MAP ni bagus utk anak diaorang. Moga faiz mendapat manfaat dari kursus ni.
Anak2 kalau mula hilang fokus ke pelajaran kena diberi perhatian tu! Eluklah hantar dr skrg supaya boleh fokus semula ke pelajaran sebelum terlambat. Good luck chik na n Faiz...... :))))
Anak saya pernah pergi kursus ini. Memang bagus. Tetiba tengok anak bersemangat nak buat homework bila balik ke rumah. Alhamdulillah kekal sampai ke hari ini.
Ibubapa sentiasa memberikan yg terbaik buat anak-anaknya.. moga Faiz menajdi pelajar cemerlang..Insya Allah
Salam Chik na.. sy Ahmad perunding pendidikan.. syarikat sy mendapat kerjasama dr Dr. Asmadi utk mengkomersialkan e-learning serta memantau perkembangan pendidikan para pelajar.. berminat utk dgr lebih lanjut? kontek sy di 012-230 6435
Post a Comment