Atas permintaan a few blogger, Chik Na sertakan resipi tart yang Chik Na dapat dari Shida. Harapnya Shida tak marah la Chik Na share resipi tart yg sedap ni dengan rakan blogger yg lain :-)
Bahan-bahan:
250gm butter
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji kuning telur sahaja
tepung gandum ikut lembut (Chik Na mulakan dengan 250gm kemudian ditambah sedikit demi sedikit sehingga x melekat pada tangan dan boleh diterap)
jem nenas (yang ni Chik Na beli readymade brand nona)
Cara-cara:
1) Pukul butter dan kuning telur
2) Masukkan susu pekat
3) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
4) Terap adunan ikut bentuk yang disukai dan letak jem nenas diatas.
(nak letak jem strawberry pun bole)
5) Bakar pada suhu 160'C selama 20 min
Sila abaikan hasil buatan yg kurang memuaskan ..almaklumlah 1st time buat tart
Selamat Mencuba ;-)
7 comments:
suka tat nenas...tapi tak pernah cuba buat sendiri...maybe bleh guna resipi dari entry chik na nnt...tq...
Na butter & telur tu pukul sampai kembang ke?...hehhe..aku tak pernah buat pun nih tp rasa macam nak cuba jugak sbb anak2 suka...
cantik sangat tart chik na.. perfect ni.. nampak gebu lak tu..
cantiknyer tat nenas chik na nih... hajar tgk pun cam leh agak gerenti sedap... nyam2...
senang aje rupanya nak buat tart nenas ye. ingatkan susah :p
teringat tart nenas dulu2.....cam nilah bentuk dia kan....lepas tu mak letak cam emping bentuk bunga kat jem dia...:)
Sangat cantik...mesti sedap :-)
Post a Comment