Ads 468x60px

Labels

Thursday, March 26, 2015

Buah tangan dari Jepun

Cantik tak Tote Bag baru Chik Na? haa..jangan jeles. Suka sangat bag ni.. kaler pun senang nak match... 



Beg ni hadiah dari jiran sebelah kanan tersayang Chik Na yang dibeli dr Yokohama, Jepun... Untungkan Chik Na, dapat jiran yg baik hati ni :D

Chik Amy n anak anak ke Jepun semasa cuti sekolah hari tu.. melawat suaminya yg bertugas di bidang O&G disana.

Ni yang buat Chik Na berat hati nak pindah ke rumah di BP2 yang telah 10 tahun di'handover' oleh pihak pemaju. Sayang dengan jiran-jiran  LP8 yg dah macam adik beradik. Kalau Chik Na pindah hilanglah sorang ahli grup muslimah surau kami... kih kih kih..macam depa kisah kalau Chik Na tak ada.

Sepatutnya Dec lepas kami plan nak pindah sana tapi tenant yg menyewa minta tangguh sampai Feb 2015 ni.. tapi lagi sekali dia minta tangguh sampai Mei pula. Kami ok je, lagipun dia penyewa yg bertanggongjawab. Kebetulan lak dapat tawaran Haji tahun ni, so malas nak pikir pasal bab pindah rumah yg dah lama tu..

Dah melalut pasal citer lain..asalnya nak tayang hadiah yg Chik Na dpt dr jiran ni.. ha ha ha

3 comments:

Kakcik Seroja said...

SubhanAllah...seronoknya Chik Na dapat menunaikan haji pada tahun ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya...

Nieda Ramly said...

murah rezeki cik na...
bertuah cikna , nama dah diseru menjadi tetamu Allah
semoga segalanya dipermudahkan.

marinahunny said...

semoga dpt haji yg mabrur dan dipermudahkan segala urusan cikna. Ntw sy seorang peminat tote bag hehe. Mmg comel sgt tuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates