Ads 468x60px

Labels

Thursday, March 26, 2015

Buah tangan dari Jepun

Cantik tak Tote Bag baru Chik Na? haa..jangan jeles. Suka sangat bag ni.. kaler pun senang nak match... 



Beg ni hadiah dari jiran sebelah kanan tersayang Chik Na yang dibeli dr Yokohama, Jepun... Untungkan Chik Na, dapat jiran yg baik hati ni :D

Chik Amy n anak anak ke Jepun semasa cuti sekolah hari tu.. melawat suaminya yg bertugas di bidang O&G disana.

Ni yang buat Chik Na berat hati nak pindah ke rumah di BP2 yang telah 10 tahun di'handover' oleh pihak pemaju. Sayang dengan jiran-jiran  LP8 yg dah macam adik beradik. Kalau Chik Na pindah hilanglah sorang ahli grup muslimah surau kami... kih kih kih..macam depa kisah kalau Chik Na tak ada.

Sepatutnya Dec lepas kami plan nak pindah sana tapi tenant yg menyewa minta tangguh sampai Feb 2015 ni.. tapi lagi sekali dia minta tangguh sampai Mei pula. Kami ok je, lagipun dia penyewa yg bertanggongjawab. Kebetulan lak dapat tawaran Haji tahun ni, so malas nak pikir pasal bab pindah rumah yg dah lama tu..

Dah melalut pasal citer lain..asalnya nak tayang hadiah yg Chik Na dpt dr jiran ni.. ha ha ha

Wednesday, March 25, 2015

Traveloh Haji Mengusik Hati

Assalamualaikum,

Asyik menyepi je Chik Na ni kan... been bz with my business n class-class ilmiah mahupun rohani.

Alhamdulillah !! walaupun bz dengan macam-macam Chik Na masih sempat membeli dan mengumpul buku buku yg nak dibaca tapi tak baca-baca .. hik hik hik

Dah selamat sampai dihantar adik poslaju jap tadi

Dah lama Chik Na nak beli buku ni tapi tak beli beli juga... kebetulan dua hari lepas Chik Na nampak ada kawan share di FB ada sale buku up to 50% di BOOKCAFE. Bila pi kat website tu ada lak buku yg lama dok dlm list nak beli.Dan yang lagi menarik hati, buku tersebut ada diskaun 50%....Apalagi dgn pantasnya Chik Na order buku tersebut. Bookcafe ni kedai buku online kepunyaan publisher PTS.

suka beli dengan PTS....buku pasti sampai dgn selamat dan tidak rosak... dibungkus dengan baik sekali...berlapis-lapis
Niat nak beli buku ni dah lama, sekitar Disember 2014 semasa menerima surat panggilan untuk menunaikan haji pada tahun ni. Alhamdulillah syukur kerana dah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2015. Doakan Chik Na semoga segala urusan haji dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik sepanjang persediaan dan semasa menunaikan haji kelak.


Walaupun pernah ke Mekah dan Madinah utk menunaikan umrah beberapa tahun lalu, niat utk menambahkan ilmu dengan membaca pengalaman haji Prof Muhd Ibrahim Kamil dan Roza Roslan dah lama disemat dihati. Kata orang pengalaman menunaikan umrah tak sama dengan pengalaman menunai rukun ke 5 ini... 

Semoga buku yang ni Chik Na akan habis khatam sebelum menunaikan haji nanti... insyaAllah :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates