Ads 468x60px

Labels

Thursday, June 28, 2012

- Chiang Kai-Shek Memorial Hall

Assalamualaikum...wth

Continue cerita jalan-jalan Taipei...Selepas ke Taipei 101, kami ke Chiang Kai-Shek Memorial Hall, salah satu tempat kunjungan para pelancung ke Taipei. Dibuka setiap hari dari pukul 9 am - 6 ptg. Chiang Kai-Shek ialah salah seorang presiden yang amat di sanjung dan dihormati oleh rakyat Taiwan.






Main entrance ke Memorial Building

 National Concert Hall

Natianal Theather


 Taman yang dijaga dengan baik
 Perkarangan CKS Memorial Hall yang dihiasa landscape yang indah

 Main gate ke Chiang Kai Shek Memorial Hall

Tembok sekeliling komplek Bangunan Peringatan CKS 

 Tong Sampah...
Public phone... tak tau lah samada penduduknya masik menggunakan perkhidmatan dr pondok telefon ni..

Wednesday, June 27, 2012

Taipei 101 Observatory, Taipei

Assalamualaikum wth,

Hari ni Chik Na nak sambung cerita jalan jalan Taipei. Sebelum kami pulang ke Msia tempohari, kami berkesempatan ke Ruang Tinjau Taipei 101. Kami keluar rumah sebaik saja solat zohor dengan menaiki teksi. Kalau tak silap Chik Na tambang dari rumah ke Taipei 101 Mall lebih kurang NTD 155. Taipei 101 Mall ni macam KLCC la... deretan kedai didalamnya semuanya dari butik butik berjenama. Sebaik saja sampai di Taipei 101 Mall, kami terus ke tingkat 5 dimana disitu terdapat booth tiket untuk ke ruang tinjau Taipei 101.

Taipei 101.. 

Depan pintu masuk Taipei 101 

Butik-butik di Taipei 101

Tiket booth at 5th Floor : Cik Sufia n abah tengah beli tiket :D

Harga tiket untuk ke ruang tinjau Taipei 101 ialah NTD 450 bagi dewasa (lebih kurang RM 45) dan NTD 400 bagi kanak-kanak. Alhamdulillah, kami tak perlu beratur panjang untuk menaiki ke dek tinjau Taipei 101.


Lift hanya mengambil masa 37 saat untuk sampai ke tingkat 89 dari tingkat 5. Berdengung jugaklah telinga Chik Na sekejap. Lif  Taipei 101 ni pernah diiktiraf sebagai lif yang terlaju di dunia dgn kelajuan 1010/ min oleh Guinness Record pada 2004. Taipei 101 juga pernah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia di antara tahun 2004 - 2010 dengan ketinggian 508m. Direka supaya tahan gempa bumi dan ancaman typhoon




Disediakan binocular, masukkan syiling NTD 20 untuk meneroka bandaraya Taipei :D

Bandaraya Taipei yang padat..dilihat dari Taipei 101 Indoor Observatory

Actually ada 2 bahagian ruang tinjau di Taipei 101, Indoor Observatory di tingkat 89 dan Outdoor Observatory di tingkat 91.  Pada hari kunjungan kami, ruang tinjau outdoor di tutup kerana cuaca yang tidak begitu baik :(.




Di Taipei 101 juga terdapat "wind damper" atau peredam angin terbesar di dunia yang terdapat di tingkat  88. Kami tak lama di ruang tinjau Taipei 101 disebabkan kami mengejar masa untuk ke tempat lain pula...

Wednesday, June 20, 2012

- Chicken Pizza, the recipe

Assalamu3alaikum..wth,

Chik Na ambil resipi pizza kat blog Resipi Nanie. TQ to Resipi Nannie for resipi yang sedap dan doh yang gebu :D, Resipi Nannie buat Hawaian Chicken Pizza...tapi sebab anak-anak tak suka nenas, Chik Na buat versi Chik Na pula... Chicken Pizza :)



Bahan Doh Pizza:

200 gm tepung gandum (Chik Na guna tepung roti)
125 gm air suam (Chik Na guna air masak je sbb Chik Na guna breadmaker)
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun (Chik Na guna minyak zaitun)
1 sudu besar gula halus
1-2 sudu besar shortening
1 sudu kecil garam

Bahan untuk topping; 

1 ulas bawan putih, dicincang halus
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 dada isi ayam
1 sudu besar serbuk cajun
3 sudu besar sos prego traditional
2 sudu besar sos tomato cili benggala merah dan hijau keju
mozarella yg diparut
keju ceddar yg diparut

Cara buat doh: 

Masukkan dahulu semua bahan basah dalam breadmaker, kemudian bahan kering, pilih setting pizza doh. Cara manual buat doh sila refer Resipi Nannie :D. Setelah siap diuli,  bulatkan dan biar doh selama 40 minit atau naik sekali ganda. Bila doh dah naik, tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan udara. Uli sedikit doh tersebut dan canai setebal 0.5 cm. Kemudian letakkan di atas pizza tray bersaiz 9 inch. Tekan dgn jari sampai doh menutupi tray pizza. Cucuk doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180C (Chik Na set suhu pada 160C je sebab itulah suhu yg direkomenkan) selama 10-15 minit. Setelah doh masak biarkan seketika.  

Cara untuk buat topping;

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ayam, biarkan sehingga masak kemudian masukkan serbuk cajun. Tutup api dan sejukkan. Sapu sos tomato dan sos prego di atas doh yg telah dimasak tadi. Tabur ayam yg telah dimasak, diikuti lada benggala yg dihiris nipis dan last sekali tabur kedua-dua jenis keju. Bakar pada suhu 180C atau sehingga topping kekuningan. Jika suka boleh ditabur nenas, cendawan, buah zaitun dan apa saja yg anda suka sebagai topping.

Anak-anak Chik Na suka sangat pizza ni sampai depa cakap lepas ni tak payah order or pi Pizza hut lagi... he he he ..maknanya raa pizza ni setaraf Pizza Hut lah..

- Wordless Wednesday # 5, 2012

Assalamu3alaikum..wth





Tuesday, June 19, 2012

- Karnival Haiyaa A'Alaa Falah 2012

Assalamualaikum..wth 

Setelah bercuti selama 3 minggu dari menghantar anak sekolah, minggu ni Chik Na memulakan kembali rutin harian :D... Minggu lepas ada En.Zaidi yang memandu anak-anak sekolah. En.Zaidi dah pun kembali ke Taipei setelah bercuti selama seminggu pada hari Ahad . Bila kembali ke rutin harian, nampak gayanya rumah Chik Na ni akan jarang di-update...

Ada a few draft yang tengah Chik Na edit gambarnya ... tapi tak tahulah samada sempat nak di"edit" gambo-gambo tu ke tak, citer pasal jalan-jalan Taipei tempohari :D. 

Sebenarnya banyak citer yang Chik Na dah draft tapi tak ter"update" entrynya.  Banyak cerita dah basi... contohnya cerita pasal Jalan-jalan Lebanon dan Jalan -jalan Dubai Dec 2010, cuti-cuti Langkawi besama mama n adik beradik Chik Na pada Feb 2012, Umrah Mac 2012 dan macam-macam citer lagi..

Tapi hari ni Chik Na nak bercerita pasal Faiz menyertai pertandingan hafazan  anjuran Surau Al-Falah, sempena Karnival Haiya A'Alaa Falah 2012. Karnival ni berlangsung 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas.

Surau Al-Falah ni terletak bersebelahan taman perumahan Chik Na. Sekolah KAFA Faiz yang pilih agar Faiz menyertai pertandingan ni. Dalam pertandingan ni ada 6 categori, Kanak- kanak tadika  5 - 6 Tahun (lelaki n perempuan), kanak-kanak 7-9 tahun (lelaki n perempuan) dan kategori 10-12 tahun (lelaki n perempuan)

Hadiah utama 2 buah basikal :D

Memandangkan Faiz dah berumur 11 tahun, maka Faiz masuk pertandingan kategori umur 10-12 tahun lelaki. Untuk kategori ni pelajar dikehendaki menghafaz surah-surah berikut; Surah Asy-Syams, Al-Balad, Al-Fajr, Al-Ghasyiyah, Al A'laa, At-Thaariq, Al-Buruj dan An-Insyiqaq 

 Muka pucat sebab dia peserta pertama kategori lelaki 10-12 tahun..

Semasa undian Faiz dikehendaki baca surah Al'A'Ala dan surah Al'Balad... alhamdulillah dua-dua surah tu Faiz memang dah hafaz... cuma masa diuji dia agak panik dah terlupa satu ayat surah al-Balad.

Faiz tak memenangi hadiah dalam pertandingan ni, mungkin kerana tajwidnya yang masih lemah tapi Chik Na bangga sebab Faiz ni memang suka dan sanggup menyertai mana-mana pertandingan yg disuruh oleh guru-gurunya tak kira la samada di sekolah agama ataupun kebangsaan. Dah macam-macam sijil yang dah terkumpul :D. Walaupun Faiz tak menang acara hafazan ni tapi Chik Na bangga sebab Faiz berjaya hafaz surah-surah yang diberi... cuma Chik Na kena pastikan dia mengamalkan surah-surah tersebut dalam solatnya agar dia tidak mudah lupa nanti... 


Tak menang acara hafazan tapi Faiz dapat hadiah color set ni semasa menjawab soalan "kuiz siapa cepat dia dapat " yang diberi...

Soalan Kuiz tersebut : " Dimanakah terletaknya Masjidil-Aqsa?"... senang je kan soklan nya.. Rakan-rakan semua mesti tahu jawapannya :D


 Ini pula hadiah saguhati yang diberi kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan hafazan ni.

Baju Faiz dan pengerusi masjid sama kaler :D

 Pemenang utama kategori lelaki 

Pemenang kategori perempuan .. 

 Sijil penyertaan...

Faiz, mama very proud of you....  

Thursday, June 14, 2012

- Peristiwa yang tak dapat dilupakan

Assalamualaikum..wth,

Pernahkah anda terpikir menaiki teksi yang ditarik oleh tow-truck? Itulah yang terjadi kepada kami sekeluarga semasa balik dari Taipei ke Msia pada hari sabtu baru-baru ni. Flight kami ari tu pukul 12.15 tengahari. oleh kerana perjalanan ke Taoyuan Internatiaonal Airports agak jauh, kami mengambil keputusan untuk keluar rumah pukul 9 pagi. Sebaik saja kami turun dari apartment kami terus dapat teksi. Anak-anak teruja sebab pertama kali menaiki teksi yang dipandu pemandu teksi perempuan.

Perjalanan agak slow sebab kesesakkan jalanraya...maybe sebab hari cuti so ramai yg nak balik kampung :D. Pukul 10 am kami masih dlm perjalanan ke airport. Di pertangahan perjalanan, teksi yg kami naiki buat hal...teksi tak boleh dibrek, kalau tak, teksi akan mati. Ntah berapa kali teksi asyik mati je. Namum setelah setengah jam kami agak lega sebab teksi dah mula masuk ke "freeway" yang menuju ke airport dan jalanraya pula sudah tiada kesesakkan lagi.

Ketika teksi meluncur laju di freeway iaitu tinggal lagi 1/4 perjalanan ke airport, tiba-tiba Chik Na rasa teksi bergerak bertambah perlahan...lama kelamaan teksi tu berhenti terus di tengah-tengah freeway tu. Dah la terhenti di tengah-tengah freeway tu. Dalam dok pikir macam mana nak dapatkan teksi lain, kami terbau bau hangit macam ada benda terbakar... kami cuak juga lantas suami mengarahkan kami agar keluar dengan berhati-hati dari kerata.... tapi kami ditahan oleh pemandu teksi agar tidak keluar... kami pun mengikut arahan. Tak berapa lama selepas tu, tiba-tiba kami ternampak asap keluar dari bonet depan kereta. Sekali lagi En. Zaidi menyuruh kami keluar dari teksi dengan berhati-hati...bertambah cuak sebab kereta, lori dan treler semuanya laju-laju...cuba bayangkan anda berada di tengah jalan waktu tu... nak lintas ke tepi pun tak boleh..

Alhamdulillah tak sampai 5 minit, tow-truck datang. Bab ni kami puji sebab khidmat tow truck datang dengan pantas. After mekanik check keaadaan teksi, dia menyuruh kami menaiki kembali teksi tersebut. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Taoyuan International Airport dalampukul 11 am.

 Beginilah keaadaannya ... kami menaiki teksi yang ditarik oleh tow-truck hingga ke airport


Pemandu teksi yang kononnya sedang memandu padahal masa tu kami sedang ditarik oleh tow-truck :D

Seingat Chik Na kami tak pernah menghadapi masalah ketika bercuti di luar negara... part of dugaan Kadang rasa kelakar pula bila mengenangkannya... hmmm...itu lah salah satu peristiwa yang kami tak akan lupakan :D

Wednesday, June 13, 2012

Friday, June 8, 2012

- Moakong Gondola (Cable car)

Assalamualaikum..wth,

Entry pasal Zoo Taipei, Chik Na ada sebut pasal Maokong Gondola iaitu salah satu cara access ke Zoo Taipei. Maokong gondola adalah salah satu sistem pengangkutan kereta cable di antara Zoo Taipei dan sebuah pekan bernama Maokong. Jaraknya 4.3 km dari Zoo Taipei ke Maokong. Sistem pengangkutan ini mempunyai  4 stesyen kereta cable: Taipei Zoo (diluar zoo), Taipei Zoo Selatan (dlm zoo), Zhinan Temple dan Maokong ( Sanxuan temple).

Maokong Gondola ni beroperasi setiap hari kecuali Isnin dari pukul 9 am - 9pm. Untuk mengetahui lebih detail, boleh la ke website ni.


Kami menaiki Maokong Gondola dari stesyen Taipei Zoo Selatan ke Taipei Zoo sahaja. Plan asal nak ke Maokong tetapi kami kesuntukkan masa. Insyaallah kalau jodoh En zaidi panjang bekerja di Taiwan, boleh la kami melawat ke Pekan Maokong on the next visit. Maokong ni terkenal dengan keindahan kebun teh. 


Tambang dari Taipei Zoo Selatan ke Taipei Zoo adalah NT$ 30 lebih kurang RM 3 shj.




Crystal Clear Cabin .... penumpang boleh melihat panorama bukan sahaja dari tingkap cable car tetapi dari lantai cable car... sapa-sapa yang gayat rasanya tak boleh naik crystal clear cabin nih. Kalau tak silap Chik Na, ada juga gondola yang lantainya bukan "cystal clear".


Stesyen Maokong Gondola di berhampiran Taipei Zoo entrance... lebih kurang 5 - 7 minit berjalan dari Metro Stesyen Zoo Taipei :D


Thursday, June 7, 2012

- Zoo Taipei

Assalamualaikum..wth,

Tup tap tup tap... dah hampir 2 minggu kami di Taipei..hari Sabtu ni dah nak balik Msia...sekejap je masa berlalu.. Hari ni Chik Na nak bercerita pasal lawatan kami ke Zoo Taipei pula.

As usual, kalau keluar berjalan-jalan kami akan keluar around 12 tghari, after solat zohor...senang sikit, kalau keluar lama pun tak pe sebab masih sempat balik solat asar sblm 6.30 pm...Normally, by 4.30 pm kami dah pun sampai rumah... dah berusia ni x larat nak jalan lama-lama :D

Kami ke Zoo Taipei menaiki Metro dari station Nanjing E. Road berhampiran rumah. Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam. Cuma 10 station singgahan dari Nanjing E Road ke Metro Zoo Taipei.


Keluar je metro stesyen, terus nampak signage ke Zoo Taipei... :D

Dari stesyen Metro Zoo Taipei, pengunjung boleh berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke Zoo Taipei atau menaiki Maokong Gondola (kereta cable) iaitu turun di bahagian selatan zoo. Kami memilih untuk berjalan kaki je sebab merancang untuk menaiki kereta cable semasa perjalanan keluar dari zoo.

 Pintu masuk utama...

Keadaan hujan renyai-renyai semasa kami sampai di Zoo Taipei. Tiket masuk ke Zoo Taipei cuma NT$30 untuk dewasa dan NT$15 untuk kanak-kanak... murah cuma RM 3 untuk dewasa dan RM 1.50 untuk kanak-kanak.
 Food court
 bangau oh bangau

 another food court
 Koala yang malu-malu koala... ha ha ha

Zoo Taipei ni terbahagian kepada beberapa sectiaon. Binatang Asia, Afrika, Gurun, dan Australia ..


 Flora n fauna kat zoo

 Cantik tak spek mata panda nih???




Penat jugak la jalan kat zoo ni.... katanya Zoo Taipei ni yang ke-3 terbesar di Asia. Hampir 3 jam jugak dok sini walaupun kami tak habis cover semua section.. penat tak larat nak jalan dah. Zoo tetap zoo jugak...semuanya binatang yang sama :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates