Ads 468x60px

Labels

Tuesday, May 29, 2012

- Bandaraya Taipei

Assalamualaikum..wth

1st day kat Taipei, kami keluar jalan-jalan sekejap..  just to have a glance thru of Taipei City Center. Bandaraya yang bersih dan rakyat jelata yang sungguh berdisiplin dan mengikut undang-undang. Nak naik METRO (LRT la kalau tempat kita) or bus they all beratur elok je. Pejalan kaki hanya melintas di laluan pejalan kaki dan hanya akan melintas bila lampu pejalan kaki hijau walaupun di jalan-jalan kecil. Mereka tak lintas jalan selagi lampu tak hijau walaupun tiada kenderaan di masa tersebut. They all ni amalkan "green life sytle" sampah sarap kena sort betul-betul before buang, pergi pasaraya kena bawa beg recycle sendiri. Kalau tak bawa beg kena la beli beg plastik or beg recycle...and almost of them memang bawa beg sendiri :D







Pemandu-pemandu di Taipei pun agak berdisiplin....tiada bunyi hon sana-sini seperti di negara China, tiada yang memotong sesuka hati di sana sini. Pengguna kereta diwajibkan memakai tali pinggang keledar tak kira samada pemandu or enumpang di bahagian depan or belakang :D




Bicycle for hire ada merata tempat di Taipei City Center




 Taipei 101 Tower... kami tak naik lagi ke bahagian observation sebab keadaan cuaca yang hujan gerimis dan mendung.


Warga kota yang berdisiplin.. beratur di Metro dan bus station. Nak naik or turun dari platform METRO pun they beratus elok je. Menurut En. Zaidi, public transportation di Taipei ni very efficient. Kalau METRO service masa peak hour in between train dlm 3-7 min n masa off-peak pula 5-10 min. Bas pun lebih kurang macam tu juga.


Tuan blog pun nak interframe jugak ..he he he... berlatarbelakang 101 Tower yg hujungnya dilindungi kabus

- Happy Birthday Faiz

Assalamualaikum..wth

Semalam, 28 Mei 2012 hari lahir anakanda Chik Na, Faiz yang ke-11. Faiz begitu teruja sebab tahun ini dia menyambut hari lahir d Taipei. Kami hanya meraikan hari lahir Faiz dengan makan malam di sebuah restoren halal, Halal Bismilla Restaurant bersama dua keluarga lain yg merupakan kawan-kawan En. Zaidi dari dulu  dan bekerja di company yang sama di Taipei ni.

Restoren Halal Bismilla terletak di Beining Rd berdekatan dengan  stadium Taipei Arena tidak jauh dari apartment En. Zaidi. Makanan Thai yang bercitarasa chinesse yang sedap. Tomyamnya amat Chik Na suka... bestttt... tapi Chik Na tak ambil gambar makanan tu sebab malu malu kucing dengan kawan-kawan En. Zaidi. Next time kalau kami pergi makan lagi kat sana Chik Na snap gamba banyak-banyak yer...For info, most of the restaurant kat sini hanya dibuka pada waktu makan sahaja. For lunch, restoren akan dibuka diantara pukul 11 am - 1.30 pm dan untuk dinner dibuka dari 5 - 9.30 pm

Kek besday Faiz yang dibawa khas dari Malaysia. tak bertopping pun... kat sini mana nak cari kek halal kan...

Besday boy bersama Sufia kat hadapan Discovery Center Taipei

Monday, May 28, 2012

- View dari our balcony

Assalamualaikum...wth,

Gambar-gambar yang diambil dari balcony kami. Suasana nampak tak begitu ceria sebab cuaca kat Taipei now ni mendung dan kadang hujan renyai-renyai sepanjang hari.  Apartment yg En. Zaidi sewa ni kira area city center lah, berhampiran Westin Hotel. Kiranya kalau kat KL tu area Bukit Bintang kot..


Cuaca di Taipei sekarang ni di awal musim panas so waktu solat di sini lebih awal berbanding waktu di Msia. Waktu subuh pada pukul 3.38 pagi, zohor pada pukul 11:52, asar pukul 15:18, maghrib pada 18:38 dan isyak pada pukul 20:00.


Kat area city center Taipei ni banyak taman-taman kecil in between bangunan, boleh la lepak-lepak menikmati kehijauan pokok-pokok
Yang ni taman kat depan lobby apartment kami, pandangan dari balcony kami


Sunday, May 27, 2012

- Bersiaran dari Taipei, Taiwan

Assalamualaikum..wth,

Dah sebulan tak update blog.... Hari ni ada sedikit masa nak update blog sebab cuti sekolah dah pun bermula. Lagipun Chik Na berada jauh dari kesibukan menguruskan rumahtangga sebab sekarang ni Chik Na berada di Taipei, tempat bertugas En Zaidi yang baru sejak lepas balik dari mengerjakan umrah pada Mac yang lalu.

Alhamdulillah Chik Na dan anak-anak selamat sampai di bumi Taiwan ni awal pagi tadi, lebih kurang 1:30 am dengan penerbangan Cathay Pacific. Pertama kali menggunakan penerbangan Cathay Pacific buat kami teruja :-D. Penerbangan CX724 ke Taipei via Hongkong yang sepatutnya berlepas dari KLIA pada pukul 17:40, delay selama 20 minit.

Sufia tak sabar nak naik Cathay Pacific :D
Faiz yg kebosanan menunggu penerbangan ke Hong Kong

Faiz sibuk main PSP dan Sufia leka tengok kartun
Nasi goreng n sate ayam , makan mlm yang disediakan dalam penerbangan dr KL ke Hong Kong
Kami selamat mendarat di airport Hong Kong lebih kurang 21:40. Agak kelam kabut jugak sebab penerbangan connecting CX408 ke Taipei dijangka berlepas pada pukul 22:40. Semasa check in di transfer desk kami cuma ada masa 40 minit untuk ke gate seterusnya yang boleh dikatakan agak jauh dari gate yg kami turun. Sampai aje di gate 514, kami terus diarah masuk ke dlm kapalterbang. Tak sampai 15 min kami dah pun berada di udara.

Setiap seat ada palam untuk mengecas barang elektronic...

Snack moslem meal ... roti beinti ayam yg disediakan dalam penerbangan dari Hong Kong ke Taipei
Kami selamat mendarat di Taipei dalam pukul 12:20 pagi dan selamat sampai di studio apartment En. Zaidi dalam pukul 1: 30 pagi. Perjalanan dari Toayuan International Airport ke apartment En. Zaidi mengambil masa dlm setangah jam.. Sesampai dirumah kami terus tido sbb nak kena bangun solat subuh dlm pukul 3.40am...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates