Ads 468x60px

Labels

Sunday, February 19, 2012

Motivasi Alihan Pelajar, MAP

Assalamualaikum..wth,

Lately masa betul-betul mencemburui Chik Na...setiap hari sekejap je masa berlalu sehinggakan Chik Na tak sempat nak berblog dan melawat blog rakan blogger... kadang tu Chik Na curi-curi gak masa melawat rakan blogger tapi selalunya tak tinggal any comment, sekadar membaca catatan mereka. Maybe after bulan Mac nanti kesibukkan Chik Na akan reda :-)

Semalam Chik Na hantar anakanda Faiz ke kursus Motivasi Alihan Pelajar yang dikendalikan oleh Dr. Hj. Tg Asmadi. Kursus tu berlangsung selama 2 hari, di Wisma Belia (MAYC), Jalan Syed Putra. Yuran yang dikenakan adalah RM 300. Kursus bermula dari pukul 8 pagi hingga 7 petang.


Dah banyak kali terpikir nak hantar Faiz pergi kursus tu bila dengar iklan kat radio IKIM tapi baru semalam berkesempatan hantar Faiz ke kursus tersebut. Plan asal nak hantar Faiz pergi hujung Januari tetapi disebakan kami ada family trip ke Langkawi, Chik Na tunda ke semalam. Chik Na hantar Faiz ke MAP sebab Chik Na perhatikan Faiz macam kurang fokus pada pelajaran... asyik nak main game n berinternet je. Keputusan akhir tahun lepas pun agak merosot berbanding ujian-ujian sebelumnya. Dah la Faiz ni agak aktif di sekolah. Selain dari tugas sebagai pengawas, dia jugak aktif  Kelab Muzik dan Badminton.... minggu lepas pula terpilih untuk kelab Nasyid mewakili sekolah. Risau dibuatnya, tambahan pula tahun ini Faiz akan menduduki peperiksaan sekolah agama, Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Tahun depan pula akan menduduki peperiksaan UPSR. Hmmm...nak kena pantau and motivate him dari sekarang.

Semoga Faiz dapat manafaat ilmu yang berguna dan dapat diamalkan segala yang ditunjuk-ajar di sepanjang berkursus MAP.

Sunday, February 5, 2012

Happy Birthday Sufia


Hari ini hari lahir puteri Chik Na yang ke-8. Semalam we all dah buat pra birthday celebration dirumah (thanks to Arri sebab belanja KFC). Tak dapat nak sambut hari lahir hari ni sebab nak kena attend a few kenduri kawin. Dah janji dengan Sufia untuk sama-sama buat kek birthday pada hari Isnin nanti.

 Mama doakan semoga Adik jadi anak yg berjaya di dunia dan akhirat.

Saturday, February 4, 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum..wth

Tup tap tup tap dah sebulan lebih Chik Na tak aktif berblog. Selepas buka sekolah Chik Na kurang sihat....deman, batuk n selsema yang berpanjangan sampai la seminggu sebelum raya cina. Kebetulan pula mother in law ada kat rumah membuatkan Chik Na segan nak mengadap notebook :-)

Kalau ikutkan banyak gak nak bercerita diblog ni tapi kita start cerita semalam dululah...kalau rajin nanti Chik Na update cerita-cerita yang lain...Semalam anak buah Chik Na yang ambil jurusan farmasi di UIA datang ke rumah dengan kakaknya (Tokey kedai hardware) untuk belajar buat Blueberry Cheese Tart sebab depa suka bila makan cheese tart yang Makchik tersayang buat .... ( perasan lebih plak ye tuan blog ni)

Terima kasih buat Muni n Ana sebab tolong buatkan sekali cheese tart buat ahli rumah Chik Na .
Depa datang around pukul 11 pagi hingga lah pukul 5 petang. Bukan setakat belajar buat cheese tart je tapi belajar buat muffin n buttercream sekali. Semoga ilmu yang tak seberapa yang Chik Na ajar ni menjadi ilmu yg bermanafaat hendaknya.

Cucu Chik Na, Aishah yang ikut mamanya datng belajar buat cheese tart
Comelkan cucu Chik Na ni...pandai berposing n suka berceloteh. Kebetulan pula Tok Chik Zaidi n Mak Ngah Sufia (tak kes ekolah sebab tak sihat) ada kat rumah... boleh melayan Si kenit Aishah ni..
Blueberry Cheese Tart
Rasanya Chik Na tak pernah share resipi cheese tart ni walaupun dah berkali kali Chik Na buat.Resipi ni Chik Na dapat dari Chef June dari Subang Jaya semasa Chik Na pergi belajar buat cheese tart 2 tahun lepas. Minta maaf la recipe dlm BI sebab Chik Na kurang rajin nak translate recipe yang Chef June bagi dlm handout masa kelas tempohari.

SWEET SHORTCRUST PASTRY ( Untuk Tart Shell)

Ingredients:

125 butter
63 gm icing sugar
250gm plain flour
1 egg yolk ( B or C)
½ tsp vanilla essence
1 tbsp water

( To get a crunchy shortcrust, use 1 egg n do not add in the water)

Method:

  1. Shift flour and sugar into mixing bowl
  2. Rub butter into flour mixture until resemble coarse crumbs
  3. Add in egg yolk, vanilla essence and water
  4. Shape dough into ball and refrigerate before using (min ½ hour)
  5. Bake at 170C for 15- 20 min

CHEESE TART

Ingredients:

250gm cream cheese
60gm fine granulated sugar
20 gm butter (salted)
1 egg (size B or C)

Method:

  1. Beat cheese, butter, sugar together till fluffy, add in egg and beat till well mix
  2. Pour mixture onto baked tart shells
  3. Deco with blueberry or strawberry filling
  4. Bake at 180C for 10 min

Sesiapa yg suka blueberry lebih boleh la tuang separuh cheese tart dlm tart shell, sudukan blueberry dan tambah lagi cheese tart hingga penuh, barulah dibakar.

Cheese tart ni memang sedap kalu buat satu adunan memang tak cukup.... Selamat Mencuba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates