Ads 468x60px

Labels

Wednesday, June 20, 2012

- Chicken Pizza, the recipe

Assalamu3alaikum..wth,

Chik Na ambil resipi pizza kat blog Resipi Nanie. TQ to Resipi Nannie for resipi yang sedap dan doh yang gebu :D, Resipi Nannie buat Hawaian Chicken Pizza...tapi sebab anak-anak tak suka nenas, Chik Na buat versi Chik Na pula... Chicken Pizza :)



Bahan Doh Pizza:

200 gm tepung gandum (Chik Na guna tepung roti)
125 gm air suam (Chik Na guna air masak je sbb Chik Na guna breadmaker)
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun (Chik Na guna minyak zaitun)
1 sudu besar gula halus
1-2 sudu besar shortening
1 sudu kecil garam

Bahan untuk topping; 

1 ulas bawan putih, dicincang halus
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 dada isi ayam
1 sudu besar serbuk cajun
3 sudu besar sos prego traditional
2 sudu besar sos tomato cili benggala merah dan hijau keju
mozarella yg diparut
keju ceddar yg diparut

Cara buat doh: 

Masukkan dahulu semua bahan basah dalam breadmaker, kemudian bahan kering, pilih setting pizza doh. Cara manual buat doh sila refer Resipi Nannie :D. Setelah siap diuli,  bulatkan dan biar doh selama 40 minit atau naik sekali ganda. Bila doh dah naik, tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan udara. Uli sedikit doh tersebut dan canai setebal 0.5 cm. Kemudian letakkan di atas pizza tray bersaiz 9 inch. Tekan dgn jari sampai doh menutupi tray pizza. Cucuk doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180C (Chik Na set suhu pada 160C je sebab itulah suhu yg direkomenkan) selama 10-15 minit. Setelah doh masak biarkan seketika.  

Cara untuk buat topping;

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ayam, biarkan sehingga masak kemudian masukkan serbuk cajun. Tutup api dan sejukkan. Sapu sos tomato dan sos prego di atas doh yg telah dimasak tadi. Tabur ayam yg telah dimasak, diikuti lada benggala yg dihiris nipis dan last sekali tabur kedua-dua jenis keju. Bakar pada suhu 180C atau sehingga topping kekuningan. Jika suka boleh ditabur nenas, cendawan, buah zaitun dan apa saja yg anda suka sebagai topping.

Anak-anak Chik Na suka sangat pizza ni sampai depa cakap lepas ni tak payah order or pi Pizza hut lagi... he he he ..maknanya raa pizza ni setaraf Pizza Hut lah..

7 comments:

kasihredha said...

kalau ada breadmaker senangkan chik na...kalau akak..kena le guna tulang 4kerat ni unk menguli.
nampak memang best chik na
chik na...breadmaker chikna brand apa?...akak tengah survey ni :)

Teratak Hami said...

nak beli breadmaker jugak tapi dah lama menunggu. List shopping2 panjang.

Kawan saya pun baru post kat FB, homemeade pizza. Sendiri buat puas hati. Topping selagi ada bahan, semua diletaknya.

Murni Alfathunnisa said...

chik na memang rajin. tengok pic kat fb pagi tadi memang tergoda dibuatnya..perut pulak lapar..aduhai...tak menahan!

Chik Na said...

kasihredha: akak memang rajin uli menguli, chik na ni jenis kurang rajin sikit. Chik Na guna brand cosway, reganya dlm 200+ .. itu je yg mampu :D..so far ok la, banyak membantu bab uli menguli doh pizza or roti

Chik Na said...

kasihredha: akak memang rajin uli menguli, chik na ni jenis kurang rajin sikit. Chik Na guna brand cosway, reganya dlm 200+ .. itu je yg mampu :D..so far ok la, banyak membantu bab uli menguli doh pizza or roti

Chik Na said...

teratak hami: guna breadmaker ni memang menyenangkan kerja uli menguli :D

Chik Na said...

murni: bukannya rajin sangat tapi kena jugak masak tuk putera puteri ni... rasa puashati bila buat sendiri..lagipun bila dah balik rumah tak rajin plak nak keluar makan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates