Ads 468x60px

Labels

Thursday, April 5, 2012

- Overselept

Assalamualaikum wth,

Pagi ni Chik Na terlewat bangun pagi...seriously lambat sampai Faiz tak dapat pergi sekolah pagi. Sedar -sedar je dah 7.25 am. Bila tersedar terus cari handphone, patut la tak sedar, bateri handphone memang dah habis, so alarm tak bunyi. Lagipun Chik Na tertido kat bilik anak semalam, depa ni suka tido on aircond, tu yg buat Chik Na tido lena semacam je. Ditambah pula semalam, seharian Cik Na mengemas satu rumah, menyapu, vakum, mop, lipat kain, lap sana lap sini dan macam macam lagi (nak tunjuk tuan blog rajin la tuh ;-p). Sejak balik dari umrah, rumah terbiar je disebabkan kesihatan yg kurang mengizinkan.

Selalunya kalau Chik Na tak tersedar, adinda Arri akan ketuk pintu kejutkan Chik Na tapi kebetulan plak, Arri outstation ke Kuantan smlm. Kelam kabut jadinya, yealah dah 7.25am baru bangun. Bila kejutkan Sufia untuk mandi ke KAFA, dia pulak mcm nak buat hal. 'Nak mama mandi dulu..'... katanya. Dalam hati berkata 'macam la bilik air ada 1 je dlm rumah ni.' Oleh kerana tak mau bergaduh dengan Sufia pagi-pagi ni n buat mood Chik Na melenting dengan dia, terus Chik Na ambil towel n mandi. Sebelum solat Subuh 'gajah', Chik Na terus kejut Sufia untuk mandi, alhamdulillah dia tak meragam terus bangun mandi :).

Sebelum solat subuh Chik Na sempat mengerling jam dinding yang dah pukul 7.40am. Dalam hati terpikir dah masuk waktu syurok tapi Chik Na solat jugak subuh. Semoga allah swt ampunkan Chik Na disebabkan Chik Na betul-betul tak sedar langsung dari tidur yang lena.

Alhamdulillah dalam kelam kabut sempat jugak hantar Sufia ke KAFA sebelum 8 am. Sufia plak tak banyak meragam bila Chik Na bekalkan kek puding karamel pelangi yg Chik Na buat petang semalam. Dah hantar Sufia, Chik Na n Faiz pergi breakfast roti canai di kedai. Alhamdulillah pagi ni berlalu dengan baik sekali .. mood pun maintain cool. Selalunya bila pagi berlalu dengan cool, hari tersebut akan dilalui dengan tiada masalah dan ceria  .-). Keep positive every day ....

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah. Walaupun terlewat bangun, kehidupan dapat diatur dengan baik. :)

TeacherAzimah said...

chik na best tak the vow tu?

Chik Na said...

Kakcik: Nak kena control anger mgmt minggu ni sebab doktor tgh monitor blood pressure .. x mo start makan ubat darah tinggi ..hu hu hu

Chik Na said...

TeacherAzimah: ceritanya mmg menarik... happy ending

Nadiah Sidek said...

tak tersedar takpe chik na. bukannya sengaja solat subuh lambat macam tu :)

Ibuhani said...

letih sgt tu mengemas sampai lewat bangun ye Chik Na tp x sengaja x per! Jaga kesihatan ye...

Azirahman said...

hehe....yg penting kena control mood. Take care kawan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates