Ads 468x60px

Labels

Tuesday, April 17, 2012

- 10 hari berlalu

Assalamualaikum..wth

Dah 10 hari berlalu since the last entry. Tahun ni macam Chik Na tak cukup masa je untuk berblog, kadang rasa nak tutup je blog ni..dari tak ber"update"....buat malu kaum blogger je. Tapi rasa sayang nak tutup... sebab kat sinin la tempat adik-adik Chik Na baca pasal anak-anak Chik Na dan kadang kalau encik suami rajin dia pun suka gak baca blog isterinya ni untuk benda remeh temeh yg Chik Na tak update dia setiap hari bila dia tak ada di bumi Malaysia.

3 bulan pertama tak berapa update sebab encik suami berada kat rumah sepenuh masa, so banyak masa dihabiskan ke sana-sini dengannya... kadang nak ambik anak sekolah pun encik suami mau Chik Na menemankamnnya :-). Bosan tunggu sorang-sorang sementara anak-anak keluar sekolah katanya.

Dan semenjak encik suami memulakan tugas di Taiwan 26 Mac lalu, maka tugas mengambil anak sekolah kembali menjadi urusan utama buat Chik Na.... baru 3 minggu Chik Na mengambil alih terasa teramat penat dengan rutin yg lama Chik Na tak buat sendiri ;-). Bermula dalam around 5.45 am hinggalah 10 pm.... penuh je jadual Chik Na. Saturday pun sibuk dengan aktivity yg anak-anak hadiri... mental arithmetic, smart reader, taekwando dan kadang anak-anak ada ko-kurikulum di sekolah. Hari Ahad pula hari bersantai-santai samada di rumah or diluar rumah ;-) dan jarang Chik Na on lappy pada hari Ahad melainkan kalau anak-anak nak ber"video" call dengan abahnya.

So, kalau selepas ni jarang dapat update dari blog Moment in My Life ni, korang jangan lah marah yea...harapnya u all still sudi menjengok walau hanya sesekali Chik Na buat entry ;-)

ps: entry pasal umrah hari tu pun masih terhutang

6 comments:

Mummy Chubby said...

patut la chik na sunyi jek.... rindu.heheheee

Azirahman said...

sesekali update pun ok...dpt gak tahu perkembangan kawan2 hehe

Rozita said...

Tak per lah chik na.. biar sesekali update, asalkan jgn sunyi terus..

Teratak Hami said...

ChikNa, hidup surirumah mmg lagi bz dari orang bekerja. Saya pun dah jarang update blog.

Murni Alfathunnisa said...

Chik Na..perasan jugak chik na dah semakin jarang update blog.

takpe la..jarang2 pun..asalkan masih ada entry nya..kalau sempat saya baca dan komen okey...rasanya...rakan blogger lain pun sama.

Nadiah Sidek said...

tak payah la tutup blog chik na. bila-bila free chik na update la :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates