Ads 468x60px

Labels

Friday, November 25, 2011

- Jeita Grotto, Finalist 7 Wonders of Nature

Assalamualaikum ..wth

Kami sampai di Jeita Grotto lebih kurang 9.00 pagi. Pemandu kereta a.k.a pemandu pelancong memberi masa dlm 2 jam setengah untuk menikmati keindahan di Jeita Grotto.

Jeita Grotto terletak di lembah Nahral-Kalb iaitu 18km ke utara Beirut. terbahagi kepada 2 bahagian yang dipanggil  "Upper Grotto (cave)" dan "Lower Grotto(cave)". Jeita Grotto adalah salah satu dari 28 finalist untuk pemilihan 7 Wonders of Nature in the world tahun 2010/2011

Faiz di perkarangan Jeita Grotto

Tiket masuk  untuk dewasa lebih kurang MYR 40 manakala untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun adalah lebih kurang MYR 22

Untuk ke "Upper Grotto" disediakan kereta kabel tetapi para pelancong boleh juga mendaki naik menggunakan jalan yang disediakan :D

Kami dalam kereta kabel untuk ke "upper grotto (cave)"

Stesen kereta kabel di bahagian "upper grotto"

Kami dipintu masuk "upper grotto"

Fain n Sufia wif abang Idham..student di Syria yg teman kami ke Lebanon

Suasana dalam "upper grotto"..gambar ihsan en.google

gambar ihsan dari en. google..kami tak boleh ambik gambar dlm gua batu kapur ini bagi memelihara struktur stalaktidnya

Terpegun dengan keindahan alam semulajadi ciptaan allah swt 

Tram yang digunakan untuk ke "lower grotto"

Tram ini juga membawa pelancong dari "lower grotto" ke pintu masuk

Untuk menikmati keindahan stalagmid di bahagian "lower grotto" kami dibawa menaiki bot mengelilingi gua batu kapur tersebut. setiap bot boleh membawa lebih kurang 10 - 12 penumpang.

gambar ihsan dari en. google

gambar ihsan dari en.google

Kami sekeluarga bergambar sebelum masuk ke bahagian "lower grotto"

Selepas ke Jeita Grotto kami dibawa pula pemandu pelancong ke Muzium Patung yang tidak jauh dari Jeita Grotto

Thursday, November 24, 2011

- Jalan-jalan Lebanon 2010 - Part 1

Assalamualaikum..wth

Hari ini pada tahun lepas, kami berada di Lebanon, jalan-jalan makan angin di sana :D. Kebetulan pula Chik Na teringat tak pernah buat N3 pasal makan angin di Lubnan ni. Semasa berada di Damascus pada cuti sekolah tahun lepas Chik Na dan keluarga berkesempatan ke Lebanon. Kami ke-sana ditemani dua orang student Msia, Idham dan adiknya. Kami bertolak dari Damascus ke Lebanon pada pukul 6am dengan menyewa sebuah MPV Hyundai..sewanya bersama pemandu n co-pilot kalau tak Chik Na adalah sebanyak 9000 SYP lebih kurang RM 630.

Perjalanan dari Damascus ke sempadan Lebanon mengambil masa lebih kurang 2 jam termasuk process pemeriksaan dan kastam di sempadan.

MPV yang kami sewa sepanjang jalan-jalan di Lebanon

Bayaran sebanyak RM 35 dikenakan untuk keluar dari Syria.

Sempadan Syria - Lebanon

Cop passport kat imigeresen semasa nak keluar dari Syria

Faiz di kawasan kompleks imigresen dan kastam Lebanon

Seingat Chik Na tiada bayaran visa yang dikenakan untuk warnagena Malaysia untuk memasuki Lubnan as long as kita tak tinggal kat sana melebihi 48 jam. Sepanjang perjanalan dari Damacus ke sempadan Syria kami melalui padang pasir tetapi bila melepasi sempadan Lebanon kami mula mendaki jalan bukit-bukau yang agak sempit. Bila masuk je negara Lebanon, Chik Na jadi kagum sebab kebanyakannya warga Lebanon memandu kereta-kereta mewah model baru seperti, Merc, BMW, Audi dan lain-lain. Negaranya lebih moden dan orangnya lebih sosial berbanding di negara Syria dan Jordan.

Faiz yg tertido sepanjang perjalanan ke Lebanon, al-maklumlah kami bertolak awal pagi..

capture sepanjang perjalanan ke Jeita Grotto


Cuaca di Lebanon pula pada masa tu tidak berapa sejuk seperti di Damascus. Dari sempadan kami terus ke   Jeita Grotto, sebuah gua batukapur yang memasuki finalist 7 wonders of nature di dunia.

bersambung....

Tuesday, November 22, 2011

- Dinner Pizza Domino

 Assalamualaikum..wth,

Malam ni kami sekeluarga makan Domino Pizza je..sebab kat rumah kekurangan bahan mentah. Nak p market kereta chik na ada problem lain plak masa mengharung banjir kilat hari ahad lepas. Bukan problem besar, cuma small technical problem tapi chik na malas nak keluar ke  global amity dengan cuaca yg asyik hujan hujan ni... macam nak tunggu En.Zaidi balik hujung bulan ni je, biar dia tolong settlekan. Lagipun hari jumaat ni insyaalah ashu dah habis exam, so dia akan balik sini so boleh la guna kereta dia or boleh kluar dengan kereta Arri bila dia balik kerja :)

Hari ni 1st time, Chik Na buat order thru online, selalunya call je 1300-888-333 or singgah je kat kedai domino berhampiran. Bila register online dapat kupon online 1 regular pizza free..Yang seronok, bila order online kita boleh track pizza yg diorder...

Nampak line merah kat bahagian "baking" tu... maknanya pizza yg Chik Na sedang dibakar

 ni sedang dimasukkan ke dlm kotak

packing

 preparing for deliver

 tak sampai 5 min after delivering status..pizza da sampai kat umah Chik Na :D...dekat je kedai domino tu ngan rumah Chik Na

 2 regular pizza, chocolate lava cake, onion ring and roasted chicken drumet :D

Alhamdulillah, kenyang sudah dengan rezeki yg di kurniakan Allah hari ini :D

- Aeon Young Artist Award

Assalamualaikum..wth,

Last Sunday, anak-anak Chik Na take part dlm acara yg dianjurkan oleh Jusco Equine Park. 


Sebenarnya depa bukannya menang any award dlm pertandingan Aeon Young Artist Award tu tapi tolong buat promosi untuk Pusat Tuisyen Bright Kids tempat depa belajar Mental Arithmetic :D


Pertandingan tersebut dimenangi oleh anak-anak yang belajar lukisan di Pusat Tuisyen Bright Kids. Oleh itu mereka diberi peluang untuk buat promosi mengenai pusat tuisyen tersebut. Pusat tuisyen tu ada menyediakan perkihidmatan tuisyen, mental arithmetic, drawing class, transit sekolah n day care buat warga chinesse. Acara bermula pukul 1- 3 pm. Dimulai dengan persembahan dari anak-anak Bright Kids, diikuti dengan uji minda pelajar mental arithmetic dan diakhiri dengan upacara penyerahan trofi dan hadiah buat pelajar kelas lukisan di Bright Kids.

Peserta yg memenangi anugerah Young Artist membuat persembanhan

Sufia sedang diuji kebolehan menggunakan mental arithmetic...cepat dan tangkas menjawab soalan yg diberi :D

Faiz sedang diuji kebolehan menggunakan mental arithmetic..Faiz gabra habis sampai kan belum abis soalan yg pertama, dia dah jawab soalan tuh...

Thursday, November 17, 2011

- Yeah, Chik Na dah dapat

Hari ini Chik Na dah dapat duit bantuan persekolahan dari kerajaan. Jenuh jugak la beratur :D

RM 200

Apapun Chik Na n En Zaidi dah decide, duit ni akan dimasukkan ke akaun Tabung Haji Faiz n Sufia. Berbicara pasal tabung Haji, teringat cerita adik Chik Na, Arri ... sebelum raya Aidil Adha hari tu dia pergi register untuk pergi haji... nak tahu bila turnnya ????? 2042 .. hu hu hu... 31 tahun lagi .. Nasib baik la kami dah register 6 tahun lalu  so masa menunggu tak la sampai 10 tahun. Semoga hajat Chik Na nak menunaikan haji dimakbul Allah swt bila sampai masanya. So kepada sapa-sapa yang ada hajat nak menunaikan haji dan belum register lagi...baik la register dari sekarang... 

Wednesday, November 16, 2011

- Nasi Mandy Ayam

Assalamualaikum...wth

Tengahari ini kami makan nasi arab, Nasi Mandy Ayam :D. Dah banyak hari anak-anak ajak p makan nasi arab kat Cyberjaya tapi disebabkan En. Zaidi takde kat rumah maka mood nak p makan kat SABA tak berapa ada... Kebetulan plak semalam terbaca Yan's Family, Frens, Travel and Food Journal buat N3 pasal masak nasi Mandy, maka hari ini Chik Na pun tergerak hati nak buat sendiri Nasi Mandy. Rupanya bukan susah sangat cuma kena rajinkan diri je....

Nasi Mandy Ayam

Hasilnya amat puas hati. Nasinya sungguh sedap dan lembut...anak-anak n Chik Na makan bertambah-tambah :-). Sufia siap puji nasi arab mama lagi sedap dari yang makan kat luar...( Sufia ni memang pandai ambik hati Chik Na..tiap kali Chik Na masak special sikit, mesti dia puji). Kalaulah Chik Na tahu masak nasi ni tak susah, dah lama Chik Na cuba :D.

Ayam mandy ni pun senang je nak masaknya... dan rasanya sangat la lembut n sedap

Cuma anak-anak tak puas hati sebab Chik Na buat lauknya ayam...depa ni lebih sukakan nasi arab kambing. 
Sambal Cicah ayam mandy

Resipi dan cara nak masak ayam mandy Chik Na ambik kat tempat Yan. Yan siap tunjuk gambar-gambar cara menyediakannya step-by step. Dan oleh kerana Yan belum share lagi cara nak buat Nasi Mandy tu, maka  resipi nasi mandy Chik Na ambik kat blogger Resepi Raidah.

Tips:
Kalau masak nasi beriani or arab or minyak, Chik Na suka guna beras Faiza Basmathi Moghul Parboiled Rice (yang dlm paket warna orange n color berasnya mcm nak perang sikit) sebab nasinya lebih panjang, lembut, gebu dan tak patah-patah bila digaul. Chik Na mula guna beras ni sejak tengok orang Syria gunakannya bila masak nasi arab :-). Cuma berasnya agak mahal, lebih kurang RM 10 sekilo ... bagi Chik Na apa salahnya beli yang mahal sikit untuk hasil yg sedap. Kalau makan nasi arab kat kedai pun depa charge  around RM 15 - 30 sepinggan. Chik Na guna 1/2 kilo beras dah boleh makan untuk 5 org....

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Ikhtifal 2011, Firzana Education

Assalamualaikum...wth

Last Saturday Chik Na menghadiri diri ke Majlis Ikhtifal sekolah KAFA anak-anak Chik Na. Majlis berlangsung di Auditorium Perpustakaan Uniten dari pukul 2.30pm - 5.30pm. Tapi around 1 pm Chik Na dah berada di sana sebab anak-anak yg terlibat dengan persembahan perlu hadir selewat-lewat pukul 1 pm  untuk persiapan. 


Betapa bosannya Chik Na terpaksa menunggu 1 setengah jam sorang diri sebelum persembahan. Sepatutnya En. Zaidi ada bersama tetapi dia terpaksa balik ke Surabaya pada pagi Rabu sblmnya kerana ada tugas yg menanti. Adik-adik Chik Na pula masih bercuti panjang sempena Aidil Adha yg baru lalu. Nasib baik la ada a few parent yg Chik Na kenal so boleh la Chik Na bersembang sementara menunggu majlis bermula :D

Majlis bermula dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu DJ Amran diikuti dengan dengan baccan doa oleh Ustaz Mohd Hanis. Di susuli pula dengan Ucapan aluan oleh Pengerusi Firzana Education. Tema Graduation Concert n Majlis Ikhtifal pada tahun ni ialah "Rhythm of the World"

Pengerusi Firzana, Hajjah Rozana memberi ucapan di dlm bahasa Inggeris diselang seli dengan Bahasa Malaysia

Persembahan 1 : Marhaban oleh Firzana Junior, Kafa Ibnu Sina sesi Pagi

K-Pop Dance oleh Firzana Kids, tadika kelas 4 Pigeon

Waka waka Yeah..yeah oleh Firzana Kids, class 6 Peacock

Kalan Jamaei Firzana (persembahan dlm bahasa Arab) oleh Firzana Junior, Kafa Ibnu Sina sesi petang

Desaku Tercinta oleh Firzana kids, Claa 6 Eagle

Dikir Barat Moden dlm Bahasa Turki oleh Firzana Junior, Kafa Al-firzana sesi petang

Bhangra Dance oleh Firzana Kids, Class 5 Flaminggo

Labamba oleh Firzana Kids, Class 5 swan

Pentomen berjudul Keinsafan oleh Firzana Junior, Kafa Al-Firzana sesi pagi

Nyanyian Last sekali oleh anak-anak Firzana yang bersekolah Kafa dan Tadika dengan medley lagu..Negaraku, Barbie song dan 1 Malaysia

Sebelum lagu-lagu medley, diadakan upacara graduation untuk kanak-kanak tadika dan penyampaian hadiah untuk pelajar terbaik sekolah KAFA bagi katogeri Naqib dan Naqibah harapan, Qari n Qariah harapan, Muazzin harapan, imam Harapan, Pelajar Proaktif muaddib n Muaddin Cemerlang.



Friday, November 11, 2011

Mood Meroti

Assalamualaikum...wth,

Petang tadi mood nak buat roti menjelma... so dengan segera Chik Na ke blog Dapur Tanpa Sempadan tengok basic resipi roti. Mood tu menjelma bukannya apa, esok anak-anak ada concert sekolah agama kat Uniten dari 12.30 tghari ke 5.30 pm. Makan tengahari sure kena sebelum pergi sana, dlm 11 lebih...so mesti nak kena bawa bekal sebab depa akan kelaparan sementara menunggu majlis selesai dlm pukul 6 ptg.

Dah dapat resipi, cepat-cepat Chik Na masukkan bahan-bahan dlm bread maker untuk menghasilkan doh roti. Dan hasilnya seperti dibawah

 Mini Pizza ... 6 biji

 Mini Sosej Bun .. 3 biji (nak lagi sedap makan dengan sos cili n mayonis)

Another version of Mini Sosej Bun ... 8 biji

Resipinya :-)

Bahan-bahannya

250 gm tepung high protein
50 gm gula castor
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung (Chik Na guna everyday)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
6 gm instant yeast
20 gm mentega
30 gm telur (pecahkan 1 biji telur, kacau sedikit dan timbang)
125 gm air suam (kalau guna breahmaker, guna air biasa)

8 batang Sosej; direbus
Sos Pasta atau tomato sos, 
1/2 labu bawang besar ; dimayang
lada bengkali; didadu
keju mozarella /cheedar

Cara Membuatnya: 

Untuk Doh : Larutkan yeast dlm air suam, biar berbuih. satukan semua bahan kecuali mentega, bancuhan yis dan gaul rata sehingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal dan anjal (lebih kurang 20 minit). Bulat-bulatkan doh, letak dlm bekas dan balut dengan plastik bersih. Biarkan 45 min hingga naik.

Kaedah Lain: satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap dalam lebih kurang 1 jam setengah.

Untuk buat Mini Sosej Bun: 
Bila doh dah naik, tekan doh untuk buang angin dan canai doh lebih kurang 2-3 cm dan gulung bersama sosej yang telag dipotong 2 dan biar selama 20-30 min sblm dibakar pada suhu 180'C selama 10 - 15 minit. 
p/s cara gulung ikut kreativiti anda :-)

untuk Mini pizza: 
Bila doh dah naik, tekan doh untuk buang angin dan canai dog lebih kurang 2-3 cm. Sapu sos pasta atau sos tomato, susun sosej yg dipotong bulat-bulat, tabur bawang dan lada benggala,last sekali tahur keju. biarkan selama 20- 30 min sblm dibakar pada suhu 180'C selama 10 - 15 min

Selain dari buat sosej bun dan mini pizza, doh tersebut boleh dibuat apa-apa jenis roti yang digemari seperti roti manis, roti kacang, roti kaya, roti kelapa, cinnamon roll dan macam-macam jenis roti lagi termasuk la mexican bun ( bun macam Roti Boy tuh)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates