Ads 468x60px

Labels

Sunday, October 16, 2011

- Sardine in Pita Bread

Assalamualaikum..wth,

Kami baru je sudah breakfast...

Sardine in Pita Bread

Senang je cara nak buatnya... instead of buat normal sandwich yang dikepit dgn roti, Chik Na masukkan sardine ni dalam roti pita yang dipotong 4 :-)

Apa pula yang rakan blogger breakfast pagi ni?

Thursday, October 13, 2011

- Creamy Tomato Soup Recipe

Assalamualaikum..wth,

Last weekend masa Chik Na singgah kat blog Sister's Little Diary, Chik Na nampak Cik Siti share recipe Tomato Soup... ianya buat Chik Na termimpi-mimpi nak makan soup tu. Teringat masa dok Istanbul n masa ikut En. Zaidi outstation ke Ankara, selalunya bila kami makan kat luar mesti order sup tersebut. Sup Tomato kat sana memang sangat sedap...  most of  restoren mesti ada jual sup tomato :-)

Disebabkan teringin sangat nak makan soup tu, maka last monday Chik Na pun buat la sendiri soup tomato  yang kebetulan pula kat fridge memang dah ada chicken stock yg Chik Na buat dua-tiga hari sebelum tu. Masa tu niat nak buat Creamy Mushroom Soup

Creamy Tomato Soup ...sedap dimakan dengan Garlic Bread :-)

Ingredient :-)
(Serves 4)

25g / 2tbsp butter or margarine
1 onion, chopped
900g tomato, peeled n quartered ( Chik Na rebus sekejap sampai kulitnya pecah supaya senang nak peel)
2 carrots, chopped
2 cups chicken stock
2 tbsp chopped fresh parsley
1/2 tsp fresh thyme leaves, plus extra for garnish ( Chik Na guna dried thyme)
5 tbsp whipping cream
salt n freshly ground black pepper


  1. Melt the butter or margarine in a large pan. Add the onion and cook, stierring occasionally. for 5 min
  2. Stir in tomato, carrot, chicken stock, parsley and thyme. Bring to the boil. Reduce the heat to low, cover the pan, and simmer for 15 -20 min until the vegetable are tender.
  3. Puree the soup in a vegetable mill until it is smooth. Return the pureed soup to the pan. (Kalau ada handblender, boleh terus puree direct dlm pan)
  4. Stir in the cream, and reheat gently without boiling. Season the soup to taste with salt and freshly ground black pepper. Ladle into warmed soup bowls and serve pipinh hot, garnished with fresh thyme leaves.

Source: Warming n welcoming big soup by Debra Mayhew

Monday, October 10, 2011

The Big Bad Wolf Book Sale

Assalamualaikum...wth

Petang tadi Chik Na sempat mencuri masa ke " The Big Bad Wolf Book Sale" yang sedang berlangsung di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang, dari 7 -16 October 2011. Nak ke MAEPS tu tak sampai 10 minit pun dari rumah Chik Na. Sebenarnya Chik Na niat nak ke sana pada hari Ahad, tapi bila memikirkan on weekend orang akan ramai ke sana, maka Chik Na cancel je niat dihati. Lagipun nak guna masa untuk teman anak-anak mengulangkaji pelajaran sebab SKBK start peperiksaan akhir tahun pada hari ini...

Chik Na cuma sempat menghabiskan masa selama 2 jam je kat situ, tu pun belum habis cover keseluruhan tempat tu sebab nak mengejar masa untuk ambil Faiz kat sekolah Kafa plak. Insyaallah akan ke sana lagi dengan putera-puteri Chik Na plak sebab Chik Na belum beli satu pun buku untuk mereka. Chik Na tau kalau bawa Faiz n Sufia dia akan rambang mata lah nanti :-). Lagipun kalau pergi dengan anakanda Chik Na, bila dah dapat buku dorang mesti terus nak balik, maka tak sempat la Chik Na nak cari buku untuk diri sendiri nanti.

Ada macam-macam buku terbitan luar negara, buku kanak-kanak, masakan, novel, biografi, hobbies dan macam-macam lagi

Chik Na pun rambang mata tengok buku-buku untuk kanak-kanak yg murah

Buku masakan pun banyak pilihan...

Chik Na dapat mengawal diri dengan hanya membeli 5 buah buku yang kosnya tak sampai RM 50.

Akhirnya dapat jugak buku "The Last Song" dari Nicholas Sparks nih, dah lama dok dlm list buku yg Chik Na nak beli...harganya RM 8 je

Bila beli buku dapat penanda buku yg garang nih :-)

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal The Big Bad Wolf Book boleh la ke http://www.bigbadwolfbooks.com/

My cousin's birthday party

Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas Chik Na n putera puteri  serta adinda Chik Na ke Marc Residence yang dekat KLCC tu untuk menyambut birthday party cousin Chik Na yang ke-3 :-).. Ni dah jadi macam acara tahunan plak... sambut besday Little Sara n get together kaum keluarga :-) 

 Sementara menunggu Ashu n Arri p parking...Faiz n Sufia sempat lagi main-main air kat lobby Marc Residence tu

Bersantai-santai di lobby Marc Residence sebelum naik ke majlis harijadi

As usual, majlis harijadi diadakan kat area swimming pool. Tahun ni kanak-kanak dimeriahkan dengan kehadiran Mickey n Minnie Mouse  :-)...apa lagi bergambar sakan la Faiz dengan Mickey Mouse tapi Chik Na lupa plak nak copy gambar yang guna camera yg Ashu bawa. Ada pelbagai makanan yang disediakan antaranya kambing golek, keowteow goreng panas-panas, ABC n cebdol, laksam, spagetti, nasi dagang, ketupat palas,nasi lemakn etc...

Rojak yang memang sedap

Feberet Chik Na, kambing golek beserta coleslow n garlic bread... juga amat lembut n sedap rasanya

Mushroom Soup  yang enak

ABC ...

Faiz sedang ditemuramah oleh pengacara majlis

Jelly Kek untuk Little Sara

Sufia sempat bermain slide sementara menunggu abang take part acara dancing chair
Ada tukang lukis muka untuk memeriahkan majlis..Sufia buat gambar butterfly

Faiz plak buat gambar dragon :-)

Setiap tetamu yang hadir bawa balik cawan yang ada gambar Little Sara yang comel ni

Sempat bergambar berlatarbelakangkan KLCC :-)

Majlis tamat around 7.30pm dan kami selamat sampai dirumah aroung 8.30pm.

Friday, October 7, 2011

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah


Hari ni tergerak nak share info yang Chik Na perolehi dari FB....

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah... disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara: 

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Semoga segala ibadah yang kita lakukan diterima Allah swt hendaknya :-)

Wednesday, October 5, 2011

Macaroni Cheese

 Assalamualaikum..wth,


Macaroni Cheese

Tengahari semalam Chik Na baking macaroni cheese for lunch. Resepinya Chik Na google kat internet...tapi lupa lak resipi siapa n darimana Chik na copy. Rasanya sedap... Sufia yang tak berapa suka cheese pun, suka macaroni ni :-)

Ressepi Macaroni Cheese :-)

Bahan-bahan

2 cawan macaroni
4 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1/2 cawan cendawan*
200gm udang 
1 paket mushroom soup segera ( dicampur secawan air)
1 cawan susu
1 1/2 cawan cheeddar cheese yang diparut 
* didadu

Cara-caranya :-)

  • Rebus macaroni hingga lembut , kemudian toskan
  • Tumis bawang putih dan besar sehingga naik bau
  • Masukkan udang, goreng  2-3 minit, kemudian masukkan pula cendawan, goreng 3-4 minit lagi
  • Masukkan muchroom soup segera yang telah dicampur secawan air dansusu.
  • Bila sudah mendidih masukkan 1/2 cawan keju dan macaroni yang sudah di tos.
  • Gaul rata dan masukkan dalam baking dish or mangkuk
  • Tabur lebihan keju dan bakar pada suhu 180'C selama 20 min.
Selamat mencuba...

Tuesday, October 4, 2011

Padini Warehouse Sale

Assalamualaikum...wth,

Hari Jumaat lepas Chik Na di ajak oleh adinda bongsu, Ashu pergi ke Padini Warehouse Sale di Glenmarie, Shah Alam. Mulanya malas gak nak pergi sebab Chik Na tau orang mesti tersangat ramai. Tetapi after dipujuk, Chik Na pun agree dan kami pergi ke sana right after hantar Sufia ke sekolah KAFA pukul 7.45am. Pada waktu tu jalan menghala ke Glenmarie dah mula jammed. Kami sampai di gudang Padini around 9 am. Masa tu nak cari parking pun dah susah..sampai terpaksa selit kat belakang lori. Sampai depan gudang Padini orang dah berpusu-pusu tapi alhamdulillah kami dapat masuk. Kami hanya ada masa sejam untuk bershopping sebab nak berkejar ambil Sufia balik sekolah pukul 10.45 am pulak. 

Kat dalam gudang tu punyanya ramai orang ..nak pilih baju pun susah..menyelit-nyelit je. Kat warehouse sales ni ada pelbagai barang yang dijual seperti kasut, handbag, belt, baju, tshirt, slack, blouse, shirt, tie n pelbagai accesories pakaian dari brand Padini, Seed, Miki Mum dan Miki Junior.

Dalam masa sejam tu Chik Na dapat la beli 2 helai kemeja brand Seed untuk Faiz, 2 helai tshirt dan 1 helai seluar brand Seed untuk Sufia. Sebenarnya banyak yang Chik Na berkenan tapi Chik Na teragak-agak bila tgk harga yang di"tag" pada pakaian tersebut. Rupanya bila dibayar semua barang yang dijual berharga hanya RM 5 je. Bayangkan Chik Na beli 5 pieces tu cuma RM 25 je.. Ashu plak beli 9 barang (kalau tak silap 1 helai slack, 5 helai kemeja, belt..semuanya brand seed work) dengan hanya RM 45. Normally sehelai slack Seed work dah pun dekat RM 70.

Oleh kerana harganya yang murah,  Ashu sekali lagi ajak Chik Na ke sales tersebut pada hari berikutnya. Kami pergi right after hantar Faiz kat SKBK pukul 7 am ( Pagi tu Faiz ada school trip ke Sg. Besar). Sampai sana dah pukul 7.45am...masa tu punyalah dah beratur panjang..ada la dalam 100m dari pintu masuk gudang. Kami dapat masuk dlm pulul 8.30 pagi. Kami dok dalam tu sampai 10.30 pagi... dapat la Chik Na beli another 17 item termasuk untuk En. Zaidi dan diri sendiri :-) .. jumlahnya cuma RM 85. Jeans untuk Faiz dapat 3 helai.. RM 15 je..mana nak dapat jeans yang cuma RM 5 je sehelai walaupun yang takde brand :-). Kami  juga tolong shopping 6 helai kemeja  n 1 helai slack kat Arri sebab temankan Sufia kat rumah. Kalau ikutkan Arri, dia pesan shirt kerja sampai 20 helai tapi susah nak dapat size..

Punyalah terkejut bila kami keluar dari gudang dah jadi macam pesta plak...siap ada gerai jual
minuman n makanan yang tiba-tiba wujud :-)

Orang beratur kat luar sampai berkilometer jugak lak.. beraturnya sampai ke jalan yang
di belakang gudang Padini ..  
Nasib baik la masa Chik Na sampai tu cuma beratur tak sampai 100m...tu pun Chik Na rasa macam tak masuk akal Chik Na buat begitu.

ps: chik na dengar dari cousin, hari jumaat tengahari tu ada yang sampai pengsan beratur nak masuk jualan Gudang tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates