Ads 468x60px

Labels

Wednesday, March 30, 2011

- Belajar Buat Coklat

Dah beberapa hari Chik Na tak update blog ni, kesihatan kurang mengizinkan. Mesti korang jemu dengan blogger yang tenggelam timbul macam Chik Na nih...

Apa pun Chik Na nak share gambar-gambar masa Chik Na pergi belajar buat coklat pada hari sabtu yang lepas. Sifu Chik Na ni adalah Pn. Arah dari Taman Desaminium.. tak jauh pun dari rumah Chik Na, bak kata sifu..sepelaung je rumah Chik Na ke rumah dia. Tujuan belajar saja suka-suka sebab nak buat lillichoc untuk besday Faiz May nanti :)

Lollichoc bunga-bungaan
Coklat with coffee, orange,strawberry and almond filling
Chocolate box n chocolate with filling inside... sifu cakap harga pasaran RM 20
Lollichoc bunga sakura
Lollichoc bunga ros....terkaler bunga ros ni warna hijau...hik hik hik...tapi cantik gak bunga warna hijau kan??
Coklat Oreo..di dalamnya ada sebiji biskut oreo :)...anak-anak sangat suka coklat biskut ni
Seronok juga belajar buat coklat ni... cuma bila time mewarna tu je yang leceh sikit..kena beri lebih perhatian dan hati-hati....macam melukis pulak rasanya.

Kepada sapa-sapa yang nak tempah coklat tu boleh la tempah ngan Chik Na..Chik Na boleh bagi special price ..hik hik hik

Friday, March 25, 2011

- Unigate Delux Structural

Tengahari semalam masa  En . Zaidi nak hantar Sufia pergi sekolah, autogate Chik Na tiba-tiba buat hal. Masa En. Zaidi tekan remote control untuk buka gate dari dlm kereta, bunyi motor autogate Chik Na bukan main bising.....woooouuuuuuu....  dan  bunyinya tak berenti-renti. Lepas En. Zaidi pergi, a few time Chik Na buka tutup gate tuh tapi still sama jugak. Tak pernah gate tu buat hal sejak Chik Na pasang lebih kurang setahun yang lalu.

After buka tutup gate tu a few time, last-last bunyi tu senyap tapi bunyi tik tik tik seolah pintu gate sedang terbuka still bunyi kat panel dalam rumah.Tak kisah lah asalkan bunyi ....woooouuuuuuu... yang kuat kat luar senyap buat sementara. Chik Na pun terus call HQ Delux Structural minta technician they all datang check then call En . Zaidi pesan supaya dia tak buka autogate bila balik dari ambik Faiz dari sekolah. Nantikan bunyi lagi ....woooouuuuuuu... yang kuat tuh :)

Yang Chik Na nak cerita ni pasal customer service Delux Structural tu yang Chik Na kira agak efficient. Chik Na call buat report dalam pukul 1 pm dan dalam pukul 2.05pm, the technician arrived kat rumah Chik Na. Bagi Chik Na kira cepat jugak depa datang untuk buat maintenance tuh. Alhamdulillah by 2.45 pm, autogate Chik Na selamat dibaiki :) dan oleh kerana masih dalam tempoh "warranty".. service tersebut adalah percuma. Alhamdulillah selamat duit Chik Na :)

image dari mr google.... Tolong buat iklan kat Delux Srudtural...he hehe

Wednesday, March 23, 2011

- Haiya, mana pergi buku B. Arab Sufia nih

Dah banyak hari Chik Na mencari buku B.Arab teks, aktiviti dan buku tulis sekolah kebangsaan Sufia..since sehari sblm cuti sekolah hari tu. Last kelihatan masa buat ulangkaji sebelum cuti sekolah. Hairan bin ajaib betul, mana perginya buku buku tuh. Dah semua tempat Chik Na cari tapi tak jugak jumpa buku-buku tu. Sufia ni jenis yang suka bawa buku kemana-mana, tak kira la buku apa, kalau kebetulan dia suka or ade kerja nak buat dia akan bawa samada nak keluar p jalan-jalan or supermarket. Bila ditanya alasannya " Boleh adik baca or buat sementara nak sampai ". Kadang buku sekolah agama dibawa ke sekolah kebangsaan dan kadang buku sekolah kebangsaan dibawa ke sekolah agama... hai...pening dibuatnya.

Semalam Sufia ke sekolah tanpa buku-buku tu dengan harapan Ustazah B. Arab jumpa dan pulangkan buku tu pada dia (manalah tau kut-kut dia tertinggal di kelas). Bila ditanya samada ustazah marah ke tak, tak bawa buku tu, dengan selamba dia jawab " Tak marah pun".  Agaknya murid darjah 1, teacher-teacher tak marah la kot. Hari tu dia pernah tertinggal buku B. Melayu kat sekolah tapi keesokkannya cikgu BM pulangkan balik buku yang missing tu :).

Pagi ni pun Chik Na cari lagi...sampaikan ke closet bilik Chik Na, alamri dapur .. manalah tau kalau dia terlupa dan tertinggal dalam tu. Nampak gayanya kalau sampai esok tak jumpa juga, Chik Na kena la pergi beli ganti buku sekolah tu sebab next kelas B. Arab hari Jumaat ni...hhhmmmmm

hai!!! Buku Oh Buku.. dimanakah dirimu...


- Sardin Puff

Tiap kali Chik Na buka fridge bahagian beku, mesti ternampak puff segera pastry jenama "Kawan". Dah dekat 2 minggu puff segera tu berada kat situ. Plan asal nak buat apple pie atas permintaan Faiz tapi memandangkan stok apple tak de dlm fridge semalam, so Chik Na decide buat Sardin Puff. 1st time guna puff segera ni. Sungguh senang menggunakan puff ready made nih :)


Sedap bila dimakan panas-panas dan yang paling penting anak-anak n suami suka :)

Tuesday, March 22, 2011

- Pesta Belon Udara Antarabangsa Putrajaya

Gedebak gedebuk dah 4 hari Chik Na tak berblog rupanya... Biasa la bila anak-anak ada di rumah susah sikit nak berblog, ada je yang guna PC n netbook nih.

Last Sunday Chik Na n famili berkesempatan ke Pesta Belon Udara di Putrajaya... tapi macam tak seronok sangat sebab orang ramai sangat. Tahun lepas Chik Na pergi masa hari bekerja so orang tak la ramai macam last Sunday. Boleh la ambik gambar dekat ngan belon dekat-dekat. Ikut plan memang nak pergi 1st day tu.... dah sampai Putrajaya pun tapi memandangkan hujan dah mula rintik-rintik kami mengambil keputusan balik je. Then next plan, nak pergi pagi Jumaat, tak jadi jugak sebab pagi-pagi lagi mood Sufia tak berapa ok. 

Kalau ikut plan tahun ni nak naik belon udara tu tapi disebabkan orang teramat ramai dan sampai sana plak dah around 6 pm,for sure la takk dapat tiket. Lagipun bila tengok orang ramai sangat dah takde mood nak berpesta belon udara. Tengok-tengok jap je then we decide balik je. Nasib baik anak-anak pun macam malas nak dok situ lama-lama sebab sebelum tu kami dah jalan-jalan kat Alamanda :)

Masa kami sampai tak banyak sangat belon udaranya..dalam 5, 6 biji je

Yang berada di udara pulak jauh dari presint 2, tempat acara berlangsung
orang ramai sangat, nak jalan-pun susah.... DJ siap berpesan supaya jaga wallet n purse, biasa la tempat orang ramai cam ni, ada yang mengambil kesempatan
Faiz sempat berposing berlatar belakangkan belan udara 'kucing"
Ramai yang sibuk ambil photo :)
suasana di Pesta Belon Udara Antarabangsa
Kami terpaksa parking kereta kat Perbadanan Putrajya...lenguh la jugak kaki Chik Na ..
Ramai jugak tengok kawan komen kat FB yang Pesta Belon Udara tahun ni tak berapa meriah sangat, hanya suam-suam kuku :)

Thursday, March 17, 2011

- Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 : 17 - 20 Mac 2011


Hari ni bermulanya Pesta Belon Udara Antarabangsa Putrajaya yang ke-3. Akan berlangsung sehingga 20 Mac di Menara Alaf Baru Putrajaya.

JOM Kita kesana!!!

ps: Harap kami berkesempatan menaiki belon udara tahun ni :D

Tuesday, March 15, 2011

- Hembusan angin di Pantai Merdeka n Pantai Pulau Sayak

Chik Na masih lagi berada di kampung MIL di Kota Kuala Muda. Part of aktivity yang selalu kami buat bila balik kampung adalah bersiar-siar di Pantai Merdeka yang cuma mengambil masa 20 min dengan memandu santai sambil menikmati keindahan pemandangan sawah padi. Kali ni anak-anak tak bermain air di pantai cuma beriadah di playground yang disediakan. 


Pantai yang bersih
Keindahan Pantai Merdeka

Pertama kali Chik Na datang ke Pantai Merdeka ni lebih kurang 10 tahun yang lalu semasa majlis bertandang ke rumah keluarga En. Zaidi dan merupakan pertama kali Chik Na ke kampung suami :) Masa tu Chik Na dan  keluarga berpeluang  menginap di Pantai Merdeka Resort. 10 tahun yang lalu resortnya tak la secantik sekarang tetapi amat selesa dengan setiap chalet yang kami duduki mengandungi 2 bilik tidur. 

Pantai Merdeka resort
Antara kemudahan yang disediakan adalah gerai makanan dan minuman, playground untuk kanak-kanak bermain, bilik mandi dan bilik air. Ada juga "life guard" yang memantau keselamatan pengunjung pantai.
Gerai makanan yang bersih
Afa 2, 3 buah playground
Dah puas anak-anak bermain playground kami sempat meninjau expo yang berlangsung di Pantai Merdeka.

Dan seperti biasa, on the way balik, kami singgah pula di Kampung Pulau Sayak untuk membeli mee udang untuk makan malam. Kadang-kadang jika MIL mengikut kami ke Pantai Merdeka, kami akan terus makan mee udang di sini. Kampung Pulau sayak ni memang terkenal dengan mee udang besar. Terdapat dua tiga kedai menjual mee udang yang lazat nih. Saiz udangnya agak besar, lebih kurang separuh tapak tangan Chik Na ni. Normally terdapat 2 -3 ekor udang dalam setiap bungkus mee. Mee udang disini berharga RM 8 sebungkus. Mee udang ni akan disediakan/dimasak satu persatu bukannya sekaligus, so boleh dikatakan agak lambat sedikit menunggu hidangan yang disediakan tambahan lagi ketika musim cuti sekolah, hari minggu or public holiday.

Sementara menunggu mee udang siap dimasak kami mengambil kesempatan menikmati hembusan angin dari Pantai Pantai Pulau Sayak sambil minum teh ais :)
Pemandangan dari gerai mee udang
Faiz, Sufia n cousins
Anak-anak sempat mengutip cengkeram siput
Pemandangan waktu senja

Sunday, March 13, 2011

- Cuti- cuti Damascus, Syria :Part 5, Umayyad Mosque

Sambungan cerita bercuti di Damascus.... After ke Muzium National Damascus kami ke Souk Al-Hamideye. Tapi disebabkan hari minggu most of the souk tutup, ada la satu dua kedai yang buka. Sebenarnya kami bukan nak ke souk tapi nak ke "The Great Mosque of Damascus" atau lebih dikenali dengan Masjid Umayyad, nak singgah solat. For info, kebanyakkan jamek atau masjid atau surau di Syria ni akan ditutup setengah jam after waktu solat cuma Masjid Umayyad di Damascus dan di Aleppo yang dibuka sepanjang masa sehingga habis waktu sembahyang isyak. So, sesiapa yang nak ke Damascus atau Syria perlu ingat sebaik kedengaran azan, cepat-cepat lah menunaikan solat walaupun nak solat jamak. 

Masjid Umayyad adalah salah satu masjid yang tertua dan terbesar di dunia. Masjid ini telah mula diubahsuai pada zaman pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malek dan siap sepenuhnya pada zaman pemerintahan khalifah Sulaiman bin Abd Al-Malek.
Masjid Umayyad di Damascus .. cantikkan gambar di waktu senja


Pada hari minggu Masjid Umayyad di Damascus dipenuhi orang ramai yang akan datang melepak bersama ahli keluarga di datarannya.


The dome of treasury


Keindahan architechure dinding mozak
Terdapat makam kepala Nabi Yahya a.s yang dipancung oleh yahudi di dalam dewan sembahyang Masjid Umayyad
coridor sepanjang tempat wuduk

Dewan sembahyang, dalam masjid
For info dewan sembahyang untuk perempuan tiada ruang tertutup, disediakan di bahagian belakang dewan sembahyang secara terbuka. Tiap kali Chik Na solat di jamek or masjid di Damascus semua orang akan melihat Chik Na dengan pelik sebab Chik Na menggunakan telekung sembahyang sedangkan mereka hanya menggunakan tudung dan jubah harian mereka serta berstoking sahaja. Try gak nak solat pakai jubah di khalayak ramai cam tu tapi rasa tak selesa  sbb tak biasa :). Tu yang Chik Na seronok bila travel di negara orang, dapat mengenali budaya dan cara hidup bangsa lain.

Masjid Umayyad  di waktu malam ... menenangkan....
p/s: Tengah siap-siap nak balik kampung Kedah, so doakan kami selamat di perjalanan yer !!! Happy holiday kepada sesiapa yang berholiday sempena cuti sekolah ni.

Saturday, March 12, 2011

- Sharp Warehouse

Pagi tadi Chik Na berjaya pujuk en.suami pergi ke Sharp Warehouse Sale di Shah Alam. Thanks to Shidah sebab war-warkan kat blogger lain pasal warehouse nih. Barang kat warehouse ni harganya memang berbaloi-baloi. Fridge 2 pintu side by-side around 700liter harga nya RM 4.5k compare tu harga kat kedai yg around RM 6k.

Masa Chik Na tiba kat sana baru pukul 11am tapi banyak jugak barang yang dah habis. Plan nak beli oven tapi oven yang Chik Na nak tu tak dijual masa warehouse sale hari ni. 

Blender yang sangat comel ni Chik Na beli untuk anak buah yang baru kawin. Features: Glass Jar 1500ml, Stainless steel Body, Stainless Steel Blade, Ice Crushing Ability, Safety Lock. Harganya RM 110. Kalau ikutkan nak aje beli satu untuk diri sendiri tapi memandangkan kat rumah ni dah ada  blender, hand blender dan mini blender, so cepat-cepat padamkan hasrat hati :)
Blender EM 1172-G
Periuk nasi ni Chik Na beli buat mama Chik Na. Periuk besar ni bercapacity 7 liter dan boleh masak 5kg  atau 38 cawan beras at one time. Sangat sesuai untuk my mum yang suka buat kenduri tahlil or makan-makan di rumah. Lagipun mama selalu dapat tempahan nasi kerabu dari jiran-jiran. Worth buying, harganya cuma RM 220.
Periuk Nasi KSH 77-T

Friday, March 11, 2011

- Breakfast

After hantar Sufia p KAFA, Chik Na n hubby singgah breaakfast  kat Restoren Hamid Nasi Kandar.

Teh O Panas for me
Nescafe Tarik for him
Tosei for me
Roti Telur for him
All these cost us MYR 5.90 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates