Ads 468x60px

Labels

Monday, February 28, 2011

- Bagan Lalang

Weekend ari tu kami sekeluarga ke Bagan Lalang, Sepang atas ajakan BIL. Kami menginap di  Komplek Agrotourism. Sebenarnya not really plan nak ke sana, tapi bila BIL ajak kami, on je lah... lagipun dapat mengeratkan silaturrahim sesema keluarga.... hubby ada 5 adik beradik yang dok area Klang Valley tetapi disebabkan kesibukkan masing-masing, kami jarang berjumpa  dan melawat each other melainkan kalau ada makan-makan or kenduri kendara :). Anak-anak bila dengar je nak ke Bagan Lalang terus buat homework cepat-cepat.

Kami bertolak ke Sepang lebih kurang pukul 4 ptg. sampai di Bagan Lalang lebih kurang sejam berikutnya. Memandangkan kami sampai dulu di Sepang kami check-in dahulu chalet yang di book oleh BIL. Kami ambik 2 chalet yang berkembar.

Masa kami sampai di Komplek Agrotourism tu, ruang parking dah penuh dan bersusun... ingat ke tak ramai orang tapi bila dipikirkan balik memang patut ramai pun sebab hujung minggu yang kebetulan gaji da masuk :). Kat depan pintu masuk kompleks ni, tertulis " Semua chalet dah penuh". Sewa chalet ni di hujung minggu adalah MYR 110. Chalet yang selesa, di dalamnya ada ruang menonton, 1 bilik berhawa dingin yg mengandungi almari, 1 single bed dan 1 queen bed serta bilik air yang siap dengan "heater".

Anak-anak tak sabar-sabar je pergi bermain di pantai walaupun air sedang surut petang tuh
View dari pantai... barisan chalet yang kelihatan adalah Golden Palm Tree Resort... bila la Chik Na dapat menginap di sana pula :)
Another view di tepi pandai... Chik Na suka jalan di atas pasir pantai disini sebab pasirnya sangat halus dan lembut bila di pijak.
Walaupun dah nak maghrib..putera-puteri Chik Na serta cousin still tak mo balik chalet :-)
sunset
Malamnya kami keluar makan seafood kat restoren berhampiran chalet. Niat di hati nak makan di Senandung Malam tetapi disebabkan hujung bulan, orang sesak disana. Kat restoran yang kami makan pun ramai jugak, orang beratur panjang juga la nak memilih lauk-lauk... dan yang mengecewakan kami beratur untuk timbang lauk yang dipilih dan nak order makanan pun mengambil masa lebih setangah jam. Tunggu makanan lagilah lama... more than 1 hour. Bayangkan lah kami sampai kat situ aroung 8 lebih pm..makanan yang diorder sampai pukul 10 lebih... hu hu hu...itulah kali pertama dan terakhir Chik Na akan makan di situ gamaknya.
Beratur nak pilih seafood yang digemari
Suasana di restoren
Anak-anak main game macam-macam menunggu makanan yang tak kunjung tiba
Kailan ikan masin
Kerapu sweet n sour
Sotong masak pedas
Siakap stim
Kami jugak makan ikan cencaru bakar, otak-otak.... Yang buat lagi keciwa, masa nak bayar kat counter pun kena beratur panjang... 

Esoknya pagi-pagi lagi anak-anak yang belum sempat mandi dah keluar main di pantai, balik untuk makan breakfast kejap, sambungmain di pantai lagi sampai pukul 11.30 am
anak-anak sibuk buat istana pasir
Golden Palm Tree resort
Suasana di kuala....


Selepas check-out, kami singgah di pasar berhampiran membeli belak lauk-pauk :)
Another view of Golden Palm Tree
Sebelum balik ke Seri Kembangan kami singgah di medan selera untuk minum-minum dulu sambil tu posing dulu kat depan medan selera
On the way balik singgah di kedai kraftangan shopping sket :)
Kami selamat sampai dirumah pukul 4 pm. Sebelum tu singgah beli lunch kat restoren Beriani Gam Johor...da penat tak sanggup dah nak masak ..he he he



Sunday, February 27, 2011

- Tak boleh Blogwalking

Chik Na kat PNK Sepang Resort, Bagan Lalang... 
geram betul sebab tak boleh nak blogwalking sebabnya broadband Chik Na ni slow tahap gaban... 
terkedek-kedek macam itik gembo-gembo :-)
Tima kasih kepada rakan blogger yang singgah...
Insyaallah nanti Chik Na buat kunjung balas ..





Saturday, February 26, 2011

- Nasi Goreng Cina

Nasi goreng je untuk lunch...  :)


Resipinya:

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih diketuk n dicincang halus
isi ayam secukupnya
1 cawan frozen mix vegetable
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
3 cawan nasi putih
2 -3 biji telur

Caranya:
  1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan ayam dan goreng hingga masak
  3. Masukkan mix vegetable, goreng  selama 3 - 4 minit
  4. Masuk minyak bijan, sos tiram n sos ikan dan gaul rata
  5. Kemudian masukkan nasi putih dan gaul rata
  6. Ketepikan nasi ke sini kuali dan pecahkan telur, bila telur hampir masak, timbus dengan nasi goreng tadi kemudian digaul rata
  7. Setelag di gaul rata boleh lah dihidang :)

Senang je nasi goreng cina ekspress Chik Na nih



Friday, February 25, 2011

- Tengah berangan

Tengah berangan nak beli breadmaker kat bawah ni...


tapi dah a few kedai Cosway kat kawasan kediaman kami tak ada stok... hu hu hu. Mengikut kata tuan kedai, breadmaker ni memang antara yang terlaris lately..

Antara yang jadi idaman sebelum ini: 

Cuisinart: boleh buat macam-macam roti..more than 30 readymade program

Breadman :  besar sangat


Kenwood: cantik n comel tapi reganya dekat RM 1k

Tapi ketiga-tiganya direject sebab harganya boleh tahan dan bila dipikirkan secara rasionalnya.. most of the time Chik Na hanya nak guna breadmaker tu untuk menguli doh je... so hanya jenama Empress dari Cosway je yang berpatutan dengan penggunaannya nanti :-). Harganya jauh lebih murah dari ketiga-tiga breadmaker di atas. kalau jadi ahli lagilah murah...lagipun tak besar sangat..sesuai dengan dapur Chik Na yg kecik molek tu :-)


Thursday, February 24, 2011

- Cuti-cuti Damascus, Part 2 : Rumah Sewa di Damascus

Ni la  rumah sewa kami sepanjang 5 minggu di Damascus, Syria. Kami dok kat level 7.

Ruang Dalaman Rumah ... apartment ni kecik je..tapi cukuplah untuk kami 4 beranak

Dapur yang cukup lengkap... termasuk periuk belanga dan pingan mangkuk
Bila tengok dapur ni teringat satu peristiwa di ruang ni.... DAPUR DI JILAT API... memang cuak habis..tambah-tambah lagi rumah orang dan tak pernah hadapi sepanjang hidup Chik Na. Peristiwa tu berlalu di satu pagi Isnin semasa kami sedang breakfast cekodok pisang di ruang tamu. Tiba-tiba Faiz bagitau "abah nape ade api kat dapur"... kami terus berpaling ke arah tingkap kecik between dining table dan dapur. Punyalah panik api sedang menjulang dari kuali kat atas dapur gas. Berlari En. Zaidi tutup main distribution box. Mulanya Chik Na ingat Chik Na lupa tutup dapur gas selepas goreng cekodok pagi tu, rupanya air dari hood dapur yang menitik dalam kuali menyebabkan api naik tingi. Masa dalam panik tu En Zaidi tuang kuali panas tu kat sink, api lagilah menjulang naik nak menyambar kabinet dapur atas sink. Disebabkan bertambah panik En Zaidi bawak pulak kuali tu ke toilet bowl bilik air dan tutup toilet bowl tu... nasib baik api berjaya dipadamkan dan tak merebak. Habis berjelaga kabinet dapur dan toilet bowl rumah tu. 1 hari kami mengelap cabinet daput warna off white tu.  Alhamdulillah cabinet dapat dibersihkan sepenuhnya dan tak de apa yang rosak. Sejak hari tu setiap kali lepas memasak menggunakan kuali, Chik Na akan make sure kuali yg masih mempunyai minyak panas ditutup dengan tutup kuali. Memang menakutkan bila mengenangkan peristiwa tu.. tambah-tambah berlaku kat rumah sewa dan ketika berada di luar negara.... huh... Mungkin Allah nak mengingatkan kami supaya lebih berhati-hati di masa akan datang tak kiralah di masa jua kami berada..

Living hall ... kerusi panjang yang biru tu sebenarnya sofabed dan tempat anak-anak tido waktu malam :).

Dining Area kongsi with Living Hall
Bilik Air yang  selesa

Bedroom
Kalau u all perasan rumah sewa kami ni banyak cermin..cermin yang macam cermin muka tu.. Belakang pintu masuk ade cermin sebesar pintu, depan pintu masuk ade set meja n cermin besar, pintu bilik air pun boleh buat menilik keseluruhan badan ditambah pulak cermin besar di atas sinki dan kesemua 10 pintu wordrobe kat bedroom pun bercermin tilik juga... agaknya tuan rumah yg merupakan doktor gigi ni suka bercermin :).. 

Faiz kat pintu masuk nak ke lobby apartment kami
Di depan pintu ni pulak Chik Na dan anak-anak pernah dihalang oleh seorang pakcik tua warga Syria dari memasukinya.....beria-ia dia menghalang kami... mungkin dia menyangka kami nak menceroboh kawasan apartment tersebut... Chik Na cuba nak explain tapi tak berapa pandai nak berbahasa arab.. tapi akhirnya dia bagi kami melalui pintu tu setelah Chik Na menunjukkan kunci rumah kami ....

Macam-macam la kan kisah Chik Na di Syria ni..

Wednesday, February 23, 2011

- Cuti- cuti Damascus, Syria :Part 1

Dah lama nak buat N3 pasal percutian kami ke Syria pada cuti sekolah Dec lalu..tapi tak terbuat jugak. Masa berlalu pantas..rupanya dah dekat 3 bulan berlalu. Hari ni Chik Na gagahkan  jugak diri buat sedikit N3 pasal Syria ni. Chik Na akan buat berdekit-dekit..selang seli dengan N3 aktiviti harian Chik Na :)

Chik Na dah pun buat sedikit N3 pasal sorotan perjalanan ke syria tempohari. Kalau  nak baca N3nya disini. Di Syria kami tinggal di sebuah apartment di Mahzeh, Nadi Jalak, Damascus. Apartment ni terletak berhampiran dengan kedutaan M'sia, malah berhampiran kebanyakkan kedutaan lain...kiranya kalau kat KL ni macam area Jalan Ampang la..area kedutaan.

Apartment yang kami sewa.
Sebenarnya En. Zaidi sewa apartment ni bila Chik Na dan anak-anak datang bercuti ke sini November lalu, kalau tak dia hanya share rumah dengan kawannya yang juga bertugas di Syria dan a few student lelaki Msia. Apartment ni amat selesa compare to apartment yang yang pernah Chik Na duduk semasa melawat En. Zaidi pada Jan 2010 dulu. Maunya tak selesa, sewanya bagi fully furnish apartment satu bilik di kawasan Nadi Jalak adalah lebih kurang RM 2500 sebulan bersamaan 38,000 (SYP) pound Syria termasuk furniture, air dan elektrik. 

Fyi, Syria dikenali dengan Bumi Para Ambia sebab terdapat banyak sejarah mengenai para nabi dan rasul, pahlawan islam yg terkenal dan tokoh-tokoh ilmuan islam yang terkenal. Orang di sini kebanyakkan memanggil Syria dengan panggilan SURIA dan Damascus pula dipanggil Dimashq. Damascus atau Damsyik adalah diantara bandar paling tertua yang pernah diduduki oleh manusia. Syria bersempadan dengan negara Turki, Jordan, Lebanon dan Iraq. Jumlah penduduk Syria adalah 21 juta org dan 1.7 juta darinya adalah penduduk Damascus. Matawangnya adalah Syrian Pound (SYP). 100SYP = lebih kurang MYR 7. Perbezaan waktu dengan Msia adalah 5 jam dimusim panas dan 6 jam di musim sejuk.

view dari apartment kami
view dari kanan tingkap apartment kami
view dari living hall apartment juga ..tengok betapa padatnya kediaman di area Mahzeh ni

view dari kiri tingkap apartment kami
 Chik Na suka dok kat tingkap rumah samada malam ataupun siang... view yang menarik disamping dapat sedut udara sejuk dan nyaman :-)


Monday, February 21, 2011

- Cinnamon Roll

Tengahari tadi semasa mengedit gambar bercuti di Dubai tempohari, Chik Na teringat pasal Cinnamon Roll.. Dulu masa kami menetap di Dubai, almost every week Chik Na akan beli cinnamon roll yang macam gini di pasaraya Spinney. Cinnamon Roll kat Spinney memang sedap malah masa singgah di Dubai baru-baru ini, Chik Na mengambil kesempatan ke Spinney beli Cinnamon roll kegemaran Chik Na :) Disebabkan teringin nak makan cinamon roll, maka Chik Na pun google la resipi dan cara nak buat sendiri roti ni. Alhamdulillah, cari punya cari Chik Na terjumpa resipi di blog feberet Chik Na, blog Che Mat Gebu.

So petang  tadi Chik Na merajinkan diri buat sendiri cinnamon roll ni...

Ni la rupa cinnamon roll yang Chik Na buat... sedap rasa macam ala-ala  Spinney punya

Resipinya disini:

Bahan-bahannya:
200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung whole meal (C
hik Na guna tepung Hong Kong sebab takde tepung whole meal dlm stok dirumah)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
 (Chik Na guna 1 sudu besar susu manis sebab takde susu tepung di rumah)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g lemak sayur (shortening) (Chik Na guna mentega)
125 ml air suam 
5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan (Chik Na tak letak pun ceri ni)

Bahan Tabur :
1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang (brown sugar)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
1/2 cawan kismis (ha ha ha Chik Na guna kismis Tok Guru yg anak-anak makan setiap hari)



Cara Membuatnya:
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  2. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar. Cara gulung cinnamon roll ni boleh la tengok kat sini.
  3. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba. Chik Na buat saiz mini je.. so Chik Na guna paper cup buat muffin je :-)
Dapat 24 biji ... Che Mat Gebu buat saiz "king" tapi Chik Na buat saiz mini je :-)

Part of doh roti tu Chik Na curi sket buat Sausage Bun untuk Faiz n Sufia :-). Bila balik dari sekolah anak-anak suka sangat sebab ada sausage bun... Sufia dah berangan nak bawa bekal bun ni pagi esok :-)

Chik Na buat 12 mini sausage bun..
Sebenarnya buat roti ni tak susah, cuma tak larat bab nak menguli je... Tengah berangan nak beli breadmaker sebab kalau ada breadmaker kerja uli menguli ni boleh la suruh mesin yang buatnya...bila la agaknya angan-anagan nak jadi kenyataan....

Wednesday, February 16, 2011

I-City

Minggu lepas, selepas balik bercuti dari KB sempena Chinesse New Year kami ke I-City di Shah Alam. Dah lama plan nak ke sana tapi tak kesampaian je hasrat hati sebabnya malas nak drive malam-malam. Begitu teruja setiap kali  tengok gambar-gambar rakan blogger dan kawan-kawan ke I-City. Kali ni kebetulan adik Chik Na yang dok KB datang bercuti di rumah  dan sementara En. Zaidi masih di Msia kami mengambil kesempatan ke I-City.


 I-City ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam...dekat dengan gedung Jakel yg terbaru di Shah Alam or belakang UiTM. Kalau dari Federal Highway arah ke Kelang, ikut kanan di traffic light nak ke Kg. Jawa.


Nak masuk ke kawasan I-City ni setiap kereta dikenakan bayaran RM 10, tak kira berapa orang yang ada di dlm kereta .. dan tiket masuk tersebut boleh ditebus untuk ke Rumah Salji dan lain-lain ruangan berbayar.

Sufia bergambar bawah pokok limau sementara menunggu Chik Na sholat
cantikkan kerlipan lampu-lampu ni....

Nak bergambar dengan zirafah ni, kami kena bayar RM 2 seorang... tapi boleh di"redeem" dengan tiket parking  kereta.

Di I-City ni ada disediakan tempat untuk bersholat tetapi di nasihatkan membawa telekung sendiri dan tempat untuk lepak-lepak sambil makan-makan. Ada beberapa buah restoran. Juga ada kedai menjual mainan berlampu dan bercahaya

Depan rumah Salji..kami tak masuk pun bahagian snow ni.. sebab masa cuti sekolah hari tu dah main real salji kat Damascus. Kalu korang nak masuk , entrance feenya RM 20 seorang .
Ayah Ri, Sufia, Faiz n Ayah Pih depan kaktus besar
Suka gambar nih.... 

Kedai yang menjual pelbagai mainan berlampu.. Faiz n Sufia shopping sakan kat sini
Malam kami ke sana juga terdapat pertunjukkan seni akrobatik dari China. Lama juga la kami lepak kat I-City, dari maghrib hinggalah sampai rumah dah dekat pukul 11 malam. Sungguh kepenatan sebab hari tu kami keluar rumah dari pukul 2 ptg untuk lunch, kemudian main bowling di Alamanda dan barulah ke I-City.

Sungguh seronok ke I-City


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates