Ads 468x60px

Labels

Wednesday, November 16, 2011

- Nasi Mandy Ayam

Assalamualaikum...wth

Tengahari ini kami makan nasi arab, Nasi Mandy Ayam :D. Dah banyak hari anak-anak ajak p makan nasi arab kat Cyberjaya tapi disebabkan En. Zaidi takde kat rumah maka mood nak p makan kat SABA tak berapa ada... Kebetulan plak semalam terbaca Yan's Family, Frens, Travel and Food Journal buat N3 pasal masak nasi Mandy, maka hari ini Chik Na pun tergerak hati nak buat sendiri Nasi Mandy. Rupanya bukan susah sangat cuma kena rajinkan diri je....

Nasi Mandy Ayam

Hasilnya amat puas hati. Nasinya sungguh sedap dan lembut...anak-anak n Chik Na makan bertambah-tambah :-). Sufia siap puji nasi arab mama lagi sedap dari yang makan kat luar...( Sufia ni memang pandai ambik hati Chik Na..tiap kali Chik Na masak special sikit, mesti dia puji). Kalaulah Chik Na tahu masak nasi ni tak susah, dah lama Chik Na cuba :D.

Ayam mandy ni pun senang je nak masaknya... dan rasanya sangat la lembut n sedap

Cuma anak-anak tak puas hati sebab Chik Na buat lauknya ayam...depa ni lebih sukakan nasi arab kambing. 
Sambal Cicah ayam mandy

Resipi dan cara nak masak ayam mandy Chik Na ambik kat tempat Yan. Yan siap tunjuk gambar-gambar cara menyediakannya step-by step. Dan oleh kerana Yan belum share lagi cara nak buat Nasi Mandy tu, maka  resipi nasi mandy Chik Na ambik kat blogger Resepi Raidah.

Tips:
Kalau masak nasi beriani or arab or minyak, Chik Na suka guna beras Faiza Basmathi Moghul Parboiled Rice (yang dlm paket warna orange n color berasnya mcm nak perang sikit) sebab nasinya lebih panjang, lembut, gebu dan tak patah-patah bila digaul. Chik Na mula guna beras ni sejak tengok orang Syria gunakannya bila masak nasi arab :-). Cuma berasnya agak mahal, lebih kurang RM 10 sekilo ... bagi Chik Na apa salahnya beli yang mahal sikit untuk hasil yg sedap. Kalau makan nasi arab kat kedai pun depa charge  around RM 15 - 30 sepinggan. Chik Na guna 1/2 kilo beras dah boleh makan untuk 5 org....

19 comments:

Mummy Chubby said...

kena cuba ini menu.hehehee...nmpk sgt menyelerakan la chik na.

Chik Na said...

mummy: memang sedap rasanya, cuba la :-)

Ibuhani said...

lengkap sudah. Kat blog Yan lauknya. kat sini nasinya pulak....hehehe....TQ chik Na!

Teratak Hami said...

Rajinnya chikna. . Saya masak nasi lemak pun x lepas lagik.

kasihredha said...

memang tabik spring ar chik na
akak tak yakin akak serajin ni *pesimis org malas*

Kak Aya said...

hmm kak aya masih jauh lagi la nak capai tahap serajin chik na ni...

Rozita said...

Betul kata Ibuhani tu, dah lengkapla resipi nasik mandy ayam. Thanks to Yan and Chik Na.

Nadiah Sidek said...

nak cuba la nanti!

maya amir said...

wow! memang terbaek laa..lagik puas ati dpt masak sendiri kan:))

Nida n' Hanafi said...

Chik Na... nampak sedap sesangat makanan ni semua.. terutama ayamnya :)

Chik Na said...

Ibuhani: Nanti K.ani cuba buat ngan anak-anak plak..sure depa jatuh cinta ngan nasi mandy tu :D

Chik Na said...

kasihredha: rajin sebab malas nak pergi SABA cyberjaya tuh :D

Chik Na said...

Teratak Hami : Rajin sbb nak layan kemahuan anak-anak

Chik Na said...

Kak Aya : jgn puji tinggi sangat, buat saya malu malu kucing :-)

Chik Na said...

Rozita: sebenarnya kena TQ kat Yan sbb dia yang tulis n share the recipe

Chik Na said...

Nadiah: jangan lupa cuba :)

Chik Na said...

maya amir: bertambah puashati bila anankanda tersayang yg puji

Chik Na said...

Nida: try la cuba buat ayam tu..senang je, perap rempah, susun lemon n bawang besar..then bakar dlm oven

Unknown said...

Chik Na, nak tya cara memasak beras parboiled? Setiap kali masak lembik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates