Ads 468x60px

Labels

Monday, October 10, 2011

The Big Bad Wolf Book Sale

Assalamualaikum...wth

Petang tadi Chik Na sempat mencuri masa ke " The Big Bad Wolf Book Sale" yang sedang berlangsung di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang, dari 7 -16 October 2011. Nak ke MAEPS tu tak sampai 10 minit pun dari rumah Chik Na. Sebenarnya Chik Na niat nak ke sana pada hari Ahad, tapi bila memikirkan on weekend orang akan ramai ke sana, maka Chik Na cancel je niat dihati. Lagipun nak guna masa untuk teman anak-anak mengulangkaji pelajaran sebab SKBK start peperiksaan akhir tahun pada hari ini...

Chik Na cuma sempat menghabiskan masa selama 2 jam je kat situ, tu pun belum habis cover keseluruhan tempat tu sebab nak mengejar masa untuk ambil Faiz kat sekolah Kafa plak. Insyaallah akan ke sana lagi dengan putera-puteri Chik Na plak sebab Chik Na belum beli satu pun buku untuk mereka. Chik Na tau kalau bawa Faiz n Sufia dia akan rambang mata lah nanti :-). Lagipun kalau pergi dengan anakanda Chik Na, bila dah dapat buku dorang mesti terus nak balik, maka tak sempat la Chik Na nak cari buku untuk diri sendiri nanti.

Ada macam-macam buku terbitan luar negara, buku kanak-kanak, masakan, novel, biografi, hobbies dan macam-macam lagi

Chik Na pun rambang mata tengok buku-buku untuk kanak-kanak yg murah

Buku masakan pun banyak pilihan...

Chik Na dapat mengawal diri dengan hanya membeli 5 buah buku yang kosnya tak sampai RM 50.

Akhirnya dapat jugak buku "The Last Song" dari Nicholas Sparks nih, dah lama dok dlm list buku yg Chik Na nak beli...harganya RM 8 je

Bila beli buku dapat penanda buku yg garang nih :-)

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal The Big Bad Wolf Book boleh la ke http://www.bigbadwolfbooks.com/

10 comments:

Zee.Zee™ said...

laaa...
ada lagi..
ingatkan hari ahad hari tu last..

kasihredha said...

teringin nak pergi
harap berjaya mmujuk suami nanti...huhu

Mrs. Simplicity said...

sy pulak ke tempat children dulu. harini kalau sempat pegi section adult lak. rambang mata kan kak?

Teratak Hami said...

Ramai bloggers cerita pasal ni. Jeles saya mendengar. Almaklumlah now dah jauh di Melaka.

Chik Na said...

zee zee : Nampaknya sempatlah lagi untuk ZeeZee p memborong buku :-)

Chik Na said...

kasihredha: jangan lupa bawa duit banyak-banyak...

Chik Na said...

alyyani: bukan setakat kita org tua yg rambang mata.. kalu bawa anak-anak sure maunya diangkut semua buku-buku tu

Chik Na said...

Teratak hami: nanti boleh suggest buat kat melaka pula :-)

Rozita said...

Cam best jer book fair ni. Rasa nak pergi laa..

Salam kenal dari saya

Ibuhani said...

X berkesemptn lg nak pegi.....sbb last weekend keje! Cuba minggu ni kalau smpr gi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates