Ads 468x60px

Labels

Friday, July 15, 2011

- Jalan-Jalan Jordan : Petra

Assalamualaikum...wth

You all tengok tak cerita Tahajud Cinta kat TV3 jap tadi? Sebenarnya Chik Na tak pun mengikuti cerita tu tapi tadi masa Chik Na terpandang TV tu Chik Na ternampak tempat yg pernah kami sekeluarga pernah pergi... Petra kat Jordan. Teringat plak yang Chik Na tak buat pun N3 pasal jalan-jalan di Jordan masa cuti sekolah Dec ari tuh. Sapa yang jadi rakan FB Chik Na maybe perasan Chik Na upload some photo masa kat Jordan. Sebenarnya masa pergi ke Syria tempohari, kami sekeluarga sempat juga makan angin ke Jordan, Lubnan dan juga singgah semalaman di Dubai.

So entry malam ni Chik Na cerita serba sedikit pasal lawatan kami ke Petra Archaeology Park, salah satu wonder in the world..

Muka budak yang tak sabar nak p jalan Jordan

Kami ke Jordan bersama keluarga Abang Zaidi. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10 pm dengan menaiki teksi ke Al-Mafraq, Jordan...sempadan Jordan - Syria. Tambang teksi ke Al-Mafraq kalau tak silap Chik Na dalam RM 70 seorang. Bila sampai di Al-Mafraq kami dijemput oleh 2 org student Malaysia, Adam dan Ziyad ke rumah mereka. Perjalanan dari Damascus ke Al-Mafraq mengambil masa lebih kurang 1.30 minit termasuk urusan passport dan visa di kaunter imigresen. As Malaysian , we need to pay for a visa to enter Jordan..tapi Chik Na dah lupa cost visa yang valid untuk 3 hari.

Faiz kat dalam teksi yang kami sewa ke Al-Mafraq, Jordan

Baru separuh jalan..Cik Sufia dah tertido
Hentian rehat between Syria-Jordan highway


Kami sampai di rumah student lebih kurang pukul12 mlm. After berehat dalam 2 jam kami bertolak ke Petra dengan menaiki kereta yang kami sewa. Kami menyewa 2 buah kereta untuk ke Petra..satu untuk keluarga abng zaidi dan satu lagi untuk keluarga kami. Kos sewa kereta sedan sehari adalah 50 JD , lebih kurang RM 250. Perjalanan dari Al-mafraq ke Petra mengambil masa lebih kurang 4 jam. Ziyad n En. Zaidi bergilir driving sepanjang perjalanan. Manakala Adam dan Abang Zaidi bergilir memandu kereta yang satu lagi.

Kami merentas padang pasir sepanjang perjalan ke Petra

Kami sampai di Petra lebih kurang pukul 5.45pagi..memandang masa tu musim sejuk semasa sampai tu hari dah terang benderang. Pada musim sejuk kawasan lawatan Petra ni beroperasi dari pukul 6 am hingga 5 pm. Fee untuk masuk ke Petra Archaeology Park adalah 50 JD bersamaan RM 250 seorang. Tapi kalau ada student pass fee untuk masuk ke situ cuma 1 JD bersamaan RM 5 je. Nasib baik la student yang bawa kami tu dah siap-siap pinjam student pass untuk kami.. so jimat banyak la... Untuk 4 orang cuma RM 20...jika dibandingkan RM 1000 yang sepatutnya kami bayar...



Chik Na bersama isteri Abang Zaidi, kak Aisyah dan anaknya Nadirah di dlm bangunan visitor center.

Information pasal Petra
Memandangkan mata dah mengantuk, layan je lah gambar-gambar kat bawah ni....










The Treasury... dalam citer Tahajud Cinta tadi ada tunjuk tempat ni 




Kami mengambil masa lebih kurang 5 jam jugak la berjalan dalam Petra Archaeology Park nih... penat kaki hanya tuhan yang tau... Kalau ikutkan untuk menjelajah Petra ni kena mengambil masa 2 hari baru habis tapi memandangkan Chik Na hanya bayar 1 JD je..cukuplah 5 jam menghayati architect dan tamadun zaman dahulu kala ni... Di sini jugak pernah dilakukan pengambaran cerita Indiana Jones dan Transformer.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Petra Archaeology Park ni boleh ke website http://www.petrapark.com ,http://www.atlastours.net/jordan/petra.html or http://en.wikipedia.org/wiki/Petra.

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka membaca N3 yg sebegini. Rentetan perjalanan keluarga makan angin. Turut rasa seronoknya dan dapat melihat negara luar walau diri sendiri entah bilalah nak sampai sana....

al-lavendari said...

memang menakjubkan kebijaksanaan dan ketekunan orang dulu-dulu .. tanpa mesin, hanya guna tulang empat kerat !

kasihredha said...

bestnya
akak pernah ke jordan tp belum sampai ke petra

Teratak Hami said...

SubhanaAllah, cantiknya !!! Untung Chik Na dapat peluang begini. Seronok sebenarnya kalau ada tourist guide macam 2 orang students tu. Atleast dorang tahu mana tempat menarik nak jejalan.

InsyaAllah kalau ada rezeki, nak jugak melawat 7 Wonders world.

* Nasib baik Chik Na ada tinggalkan "jejak" kat blog saya. Sebab aritu link saya semua hilang.

Chik Na said...

kakzakie: insyaallah maybe suatu hari nanti allah izinkan akak plak jalan ke sana

Chik Na said...

al-lavendari: memang mengkagumkan architure zaman dahulu kala

Chik Na said...

kasihredha: chik na memang terigin nak ke petra dan laut mati dari dulu lagi..alhamdulillah diizinkan allah :)

Chik Na said...

teratak Hami: Kebetulan masa Ziyad belajar di Damascus, dia tinggal serumah dengan suami Chik Na... Ziyad tu dah banyak kali ke Petra bawa pelancong macam kami..kalau pakai tourist agent mahal kosnya..bila guna khidmat student dapat la kami berjimat sakan :)

Siera Haiyi said...

bestnya Petra.....salah satu wishlist tempat yg ingin saya sampai....insayAllah...aminnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates