Ads 468x60px

Labels

Saturday, June 25, 2011

- Teacher and Parent Day

Hari Jumaat ari tu mesti para ibu dan bapa di Selangor sibuk ke sekolah anak-anak untuk mengambil buku rekod anak-anak di sekolah. Chik Na pun tak terkecuali ... after hantar Sufia ke Kafa, Chik Na bergegas ke sekolah kebangsaan tempat Faiz belajar. Chik Na sampai disana pukul 8.40 am....ingat ke awal lagi rupanya bila ambil nombor giliran, Chik Na dapat no.20. Sebenarnya bukan setakat hari ibubapa bertemu cikgu je..tapi hari ibubapa bertemu ibubapa :D. Masa ni la juga para ibubapa akan berkenalan dengan parent kepada kawan anak-anak mereka. Kadang tu memang dah kenal pun dan tinggal satu perumahan tapi tak selalu dapat berbual sebab masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Semasa tiba giliran Chik Na, dalam pukul 10 am, datang seorang bapa jumpa cikgu marah-marah sebab lama sangat dia terpaksa tunggu gilirannya... siap bagi suggestion suruh bagi masa hanya 3-5 min je untuk membincangkan hal anak-anak masing-masing. Biasa la bila berjumpa mestilah ada yang cikgu or parents nak bincangkan. Chik Na rasa, kalau seseorang parents tu nak cepat, dia sepatutnya datang la awal-awal pagi supaya dia dapat no. giliran yang agak awal. After that, cikgu kelas Faiz pun macam serba-salah dengan Chik Na sebab baru nak mula berbincang dah kena sergah.. Chik Na pun jadi malas nak bertanya panjang pasal hal Faiz lagipun keputusan Faiz agak membanggakan Chik Na... cuma cikgu minta Chik Na beri perhatian untuk subjek B. Melayu penulisan. Tahniah buat Faiz, mama doakan agar Faiz dapat mengekalkan kelas teratas pada tahun hadapan.

Sebelah petang pula, Chik Na ambil result untuk Sufia. Alhamdulillah Sufia pun cemerlang juga.. Tahniah buat Sufia. Mulanya suspen jugak dengan prestasi Sufia rupanya cikgu cakap Sufia dapat terbaik untuk subjek Sains dan Bahasa Arab dlm kelasnya. 

Petang tadi Chik Na ambil result sekolah agama mereka pula. Juga bersyukur sangat-sangat sebab dua-duanya dapat keputusan yang amat baik. Dua-dua dapat kedudukan nombor yang sama. Mama doakan agar  anak-anak mama mengekalkan kecermelangan untuk peperiksaan seterus. 


Tahniah anakku, Mama doakan agar Faiz dapat mengekalkan kelas teratas pada tahun hadapan.

11 comments:

Mrs. Simplicity said...

ish suspen kan kak nak amik result anak. sy ni pun walaupun tau nia tak seat exam time jumpa tu debar gak. ye la nak tau cmne behavior dia kat kelas. apa pun syabas faiz & sufia. mesti cemerlang, mama pun senang hati. teruskan berusaha ye :)

Lia said...

tak patut kan klu ada sesetengah parents ada yg mcm tu kan.. tahniah utk faiz dan sufia ye.. belajar rajin2 ye.. :)

Teratak Hami said...

ChikNa,
Tahniah untuk Faiz & Sufia. Tahniah jugak untuk ChikNa kerana berjaya mendidik anak2.

kasihredha said...

tahniah faizz

OneSimpleMother said...

waaah.. tahniah faiz n sufia. mesti bangga dan gembira kan kak ina. tak sia2 penat lelah mama selama ni ye.. :)

Nadiah Sidek said...

tahniah faiz & sufia! :)

Chempaka Aziz said...

salam kak.
tahniah utk mamanya ats kejayaan anak2.tahu mesti mamanya tak putus2 berdoa utk anak2 kan...

turn sya minggu ni nk ke sek.tidaknya jumaat lepas jugak entah napa cansel pulak.ganti minggu ni.

Chik Na said...

alyyani: Bila Nia da start sekolah rendah, Alya plak yg lagi cemas dari anak-anak nanti :)

Lia : tq

Chik Na said...

Teratak Hami & kasihredha: tq

Chik Na said...

OneSimpleMother: Harapnya Faiz n Sufia akan terus cemerlang :)

Nadiah: Tq

Chik Na said...

Chempaka: Gud luck buat Chempaka, semoga Sakinah juga cemerlang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates