Ads 468x60px

Labels

Wednesday, March 23, 2011

- Haiya, mana pergi buku B. Arab Sufia nih

Dah banyak hari Chik Na mencari buku B.Arab teks, aktiviti dan buku tulis sekolah kebangsaan Sufia..since sehari sblm cuti sekolah hari tu. Last kelihatan masa buat ulangkaji sebelum cuti sekolah. Hairan bin ajaib betul, mana perginya buku buku tuh. Dah semua tempat Chik Na cari tapi tak jugak jumpa buku-buku tu. Sufia ni jenis yang suka bawa buku kemana-mana, tak kira la buku apa, kalau kebetulan dia suka or ade kerja nak buat dia akan bawa samada nak keluar p jalan-jalan or supermarket. Bila ditanya alasannya " Boleh adik baca or buat sementara nak sampai ". Kadang buku sekolah agama dibawa ke sekolah kebangsaan dan kadang buku sekolah kebangsaan dibawa ke sekolah agama... hai...pening dibuatnya.

Semalam Sufia ke sekolah tanpa buku-buku tu dengan harapan Ustazah B. Arab jumpa dan pulangkan buku tu pada dia (manalah tau kut-kut dia tertinggal di kelas). Bila ditanya samada ustazah marah ke tak, tak bawa buku tu, dengan selamba dia jawab " Tak marah pun".  Agaknya murid darjah 1, teacher-teacher tak marah la kot. Hari tu dia pernah tertinggal buku B. Melayu kat sekolah tapi keesokkannya cikgu BM pulangkan balik buku yang missing tu :).

Pagi ni pun Chik Na cari lagi...sampaikan ke closet bilik Chik Na, alamri dapur .. manalah tau kalau dia terlupa dan tertinggal dalam tu. Nampak gayanya kalau sampai esok tak jumpa juga, Chik Na kena la pergi beli ganti buku sekolah tu sebab next kelas B. Arab hari Jumaat ni...hhhmmmmm

hai!!! Buku Oh Buku.. dimanakah dirimu...


9 comments:

Azian Elias said...

We r in the same boat. Siap tak nak p sekolah sebab ilang buku..

Chik Na said...

Yan : nasib baik mood sufia ok..dia tak mengamuk semalam

Chempaka Aziz said...

salam chik na...

hihii..tersenyum saja skjp bc entri ni.bukan apa...say ni,sakinah tu dh djh 3..aduh, mcm tu gak.kjp buku tak delah,kjp buku nilah.dulu time djh 1 lagi teruk.ada je hilang manjang.pencil?color? semua tu ada.pening sya dibuatnya kak.stress pn ada gak.ni dh bsr skit ni,sya pesan kat dia jaga barang.ingat jgn sepah2,dah guna simpn trus dlm beg.tapi...dlm pesan2 tu ada gak kantoinya...la ni saya tak nak ambik serius sgt.pening dibuatnya.kadang tu,dah siap salin semula dlm buku baru,tup-tup jmpa blk...sma ada mis place@kwn pjnm tk pulang@cikgu pn pulak yg mis place...

mcm2 kan kak...

zarin said...

hihi itu hari buku hasya pun hilang tp rupanya cikgu da yg silap letak kat skolah...jenuh ler kami mencari kat rumah

eh, kalau hp yg hilang kan senang, boleh jugak call kan ;-)

Chik Na said...

chempaka: masa faiz darjah satu buku agama teks yang ilang..chik na beli ganti, bila akhir tahun minggu nak hantar buku..tiba-tiba buku tu menjelma, kawan dah terambil n parentnya baru perasan dah keep buku dekat stgh tahun ...macam-macam kan :)

Chik Na said...

zarin :

:D

jangan hilang terus da la, bukan setakat duit terbang tapi yang penting segala contact dlm hp tu pun turut hilang

kasihredha said...

anak akak dulu2 waktu sekolah rendah ...pun selalu hilang buku.
Mungkin dia orang masih kecil, tak pandai nak take care buku2 dia org...:)

Nu'az Zee™ said...

aiyerrr..
comelnya sufia :)

Nida n' Hanafi said...

Kesian Sufia..

Takpe cikgu tak marah kalau cakap terus terang...

p/s: kalau balik nanti Nida taknak jadi cikgu yg garanglah... bimbang anak murid takut nak ke sekolah lak..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates