Ads 468x60px

Labels

Thursday, February 24, 2011

- Cuti-cuti Damascus, Part 2 : Rumah Sewa di Damascus

Ni la  rumah sewa kami sepanjang 5 minggu di Damascus, Syria. Kami dok kat level 7.

Ruang Dalaman Rumah ... apartment ni kecik je..tapi cukuplah untuk kami 4 beranak

Dapur yang cukup lengkap... termasuk periuk belanga dan pingan mangkuk
Bila tengok dapur ni teringat satu peristiwa di ruang ni.... DAPUR DI JILAT API... memang cuak habis..tambah-tambah lagi rumah orang dan tak pernah hadapi sepanjang hidup Chik Na. Peristiwa tu berlalu di satu pagi Isnin semasa kami sedang breakfast cekodok pisang di ruang tamu. Tiba-tiba Faiz bagitau "abah nape ade api kat dapur"... kami terus berpaling ke arah tingkap kecik between dining table dan dapur. Punyalah panik api sedang menjulang dari kuali kat atas dapur gas. Berlari En. Zaidi tutup main distribution box. Mulanya Chik Na ingat Chik Na lupa tutup dapur gas selepas goreng cekodok pagi tu, rupanya air dari hood dapur yang menitik dalam kuali menyebabkan api naik tingi. Masa dalam panik tu En Zaidi tuang kuali panas tu kat sink, api lagilah menjulang naik nak menyambar kabinet dapur atas sink. Disebabkan bertambah panik En Zaidi bawak pulak kuali tu ke toilet bowl bilik air dan tutup toilet bowl tu... nasib baik api berjaya dipadamkan dan tak merebak. Habis berjelaga kabinet dapur dan toilet bowl rumah tu. 1 hari kami mengelap cabinet daput warna off white tu.  Alhamdulillah cabinet dapat dibersihkan sepenuhnya dan tak de apa yang rosak. Sejak hari tu setiap kali lepas memasak menggunakan kuali, Chik Na akan make sure kuali yg masih mempunyai minyak panas ditutup dengan tutup kuali. Memang menakutkan bila mengenangkan peristiwa tu.. tambah-tambah berlaku kat rumah sewa dan ketika berada di luar negara.... huh... Mungkin Allah nak mengingatkan kami supaya lebih berhati-hati di masa akan datang tak kiralah di masa jua kami berada..

Living hall ... kerusi panjang yang biru tu sebenarnya sofabed dan tempat anak-anak tido waktu malam :).

Dining Area kongsi with Living Hall
Bilik Air yang  selesa

Bedroom
Kalau u all perasan rumah sewa kami ni banyak cermin..cermin yang macam cermin muka tu.. Belakang pintu masuk ade cermin sebesar pintu, depan pintu masuk ade set meja n cermin besar, pintu bilik air pun boleh buat menilik keseluruhan badan ditambah pulak cermin besar di atas sinki dan kesemua 10 pintu wordrobe kat bedroom pun bercermin tilik juga... agaknya tuan rumah yg merupakan doktor gigi ni suka bercermin :).. 

Faiz kat pintu masuk nak ke lobby apartment kami
Di depan pintu ni pulak Chik Na dan anak-anak pernah dihalang oleh seorang pakcik tua warga Syria dari memasukinya.....beria-ia dia menghalang kami... mungkin dia menyangka kami nak menceroboh kawasan apartment tersebut... Chik Na cuba nak explain tapi tak berapa pandai nak berbahasa arab.. tapi akhirnya dia bagi kami melalui pintu tu setelah Chik Na menunjukkan kunci rumah kami ....

Macam-macam la kan kisah Chik Na di Syria ni..

7 comments:

kasihredha said...

cantik rumah ni chik na...
nasib baik tak de yg tercedera...

Baru saya tau...kalau dentist suka kan cermin....hihi

Lady of Leisure said...

cantik apartmnet ni chik na.. lagi satu lady suka tengok view dari apartment yg chikna letak dalam entry sebelum ni, langit biru, rumah2 etc, nampak cantik sgt.. :)

Murni Alfathunnisa said...

Apartment tu nampak selesa sangat, deko warna putih dgn byk cermin..tuan rumah nak apartment ni nampak luas...pandai dia.

Bahaya jugak kan, kuali tak bertutup sampai jadi gitu....saya yg baca ni pun turut panik sekali...dah la memang fobia dgn hal2 gas, cooker etc ni..

edane said...

cantik dan nampaks elesa.. bestnya jejelan cam gini...

Chik Na said...

kasihredha: :)

lady: view waktu malam lagi cantikkk

Chik Na said...

siti: plan dan tengah dok tercari-cari nak beli fire extinguisher yg kecik untuk simpanan di rumah

Chik Na said...

etiey: alhamdulillah selesa sangat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates