Ads 468x60px

Labels

Friday, July 30, 2010

- Tart nenas Pre Ramadhan

Ha ha ha... belum masuk Ramadhan, Chik Na dah buat kuih raya. Semalam Chik Na try buat  tart nenas. Tahun ni Chik Na berazam nak buat biskut raya sendiri. Nak jimat kos ..he he he...bukannya apa, bila Chik Na survey kuih raya tahun ni bukan main lagi a bit mahal.. kalau beli bukan kena beli sebalang je tapi 3,4 balang setiap jenis sebab at least 1 untuk stok rumah, 1 untuk mama di KB dan 1 untuk mak di Kota Kuala Muda.Tart nenas ni kegemaran suami, anak-anak dan jugak adik adik Chik Na. Chik Na plan nak buat 3,4 jenis je...yang feberet ahli keluarga je... 

Ni la rupa tart nenas yang Chik Na buat. Resipi ni Chik Na dapat dari Shida,  Gorgeous Mama Diaries.. Kalau korang nak tahu, Shida ni tokey kuih tart. Terima kasih banyak-banyak sebab Shida sudi share resipi ngan Chik Na. Kami anak-beranak suka tart ni.. lembut dan gebu je. Memang Chik Na dah jatuh cinta dengan tart ni. Masa Shida email resipi ni Chik Na bukan main teruja lagi nak try buat. Resipinya  pun tak susah..Hari tu Shida bagi dua resipi tart, satu untuk gulung dan satu lagi macam yang Chik Na buat ni. Nanti Chik Na nak try yg gulung plak.

Jenuh juga nak gentel jem nenas nih, sampai tertido kepenatan Sufia, assistant Chik Na.. he he he.. bila dah masak tak sabar sabar Sufia nak makan dan pagi tadi siap bawa bekal p kindie. Masa jemput Sufia dari kindie, teacher Sufia cakap tart nenas ni sedap;-)

Sapa-sapa yg ade resipi semperit, choc chip dan dahlia yg sedap boleh la share ngan Chik Na yea.. 

Wednesday, July 28, 2010

- Lama Menghilang

Dah lama yer Chik Na menghilang kan diri.. tak berinternet dan berblog cuma kadang-kadang je berFB kat handphone. Sebenarnya tak hilang ke mana pun cuma sejak 2 minggu kebelakangan ni internet kat rumah Chik Na ni slow giler. Tunggu nak loading pun berzaman.. tu yg buat Chik Na malas nak on PC or netbook. Kalau dah on nanti Chik Na mesti nak berblog dan mesti nak lawat kawan-kawan maya Chik Na. Contohnya macam malam ni..bila on PC terus berblog..tapi angin satu badan..sebab internet tersangat la slow.. yang peliknya bila download movie cepat la plak.. huishhhh geramnya.

Terpikir nak subcribe ke TM UNIFI tapi apakan daya kat area rumah Chik Na ni servicenya belum available. Kalau tak betapa seronoknya dapat berinternet dengan high speed broadband dengan beberapa kemudahan triple play yg yg disediakan. Dapat jimat astro bill, IDD call dan macam-macam lagi. Tapi berangan je lah.. tak tau bila la gamaknya kawasan rumah Chik Na ni dapat enjoyed TM UNIFI nih... berjanggut macam tunggu nak pasang internet jugak lah gamaknya ;-)

Esok pagi nak kena follow-up lagi ngan pihak streamyx nih.. hati ni membara je.. hu hu hu. 


Wednesday, July 14, 2010

Jalan-jalan Cameron Highland - Part 2

Walaupun cerita pasal Cameron Highland dah basi tapi Chik Na nak gak share gambar-gambar yg Chik Na snap masa kat Cameron Highland ari tu.

After check-in dan lunch, tempat pertama yg dituju adalah Ladang Teh Boh kat Sg. Palas.

Pemandangan yg memukau mata dari Cafe Boh
Suka tengah jalur-jalur antara pokok teh
Faiz, Sufia & Ashu
Mesin kisar daun teh

Process membuat teh
Kedai barangan teh di Ladang teh  Boh
Sufia lepak ngan mama tuk & cik Lah sementara tunggu Arri beli minuman teh..

After Ladang Teh kami visit lak Cactus Valley.. bermacam jenis cactus terdapat kat sini. Bukan saje cactus tapi jugak pokok bunga-bungaan... dan sayuran seperti tomato juga ade disini.

Pelbagai jenis cactus.. 
Dan pelbagai jenis bunga...
Faiz & Sufia sempat main kat Cactus Vally sementara tunggu Cik Lah dan Mamatuk pilih cactus..

Penat dah edit gambar..nanti sambung Part 3 pulak yer..insyaallah

Friday, July 9, 2010

- Tag Barang Pertama dari Hamizah, Hitam & Putih Itulah kehidupan

Lately Chik Na sibuk lagi sebab nak kena guna voucher make-over rumah hasil hadiah kemenangan Homedec hari tu. N3 pasal kemenangan tu kat sini. Nasib baik la Chik Na baca balik surat dari penaja hadiah yg Chik Na menang ari tuh... rupanya voucher tu valid hanya tuk 3 bulan je...so nak tak nak Chik Na kena la luangkan sedikit masa untuk cari idea apa yg nak buat untuk rumah ni dengan voucher tu,  kalau tak, burn je la voucher. Rugi la plak kan.. orang dah nak bagi..ambik je lah.. walaupun sedikit sebanyak membuat Chik Na kelam kabut menguruskannya.. Kalau la rumah yg satu lagi tu tak disewakan boleh la Chik Na buat kat rumah tu..tapi rumah  tu baru 2,3 bulan lepas kami dah sewakan.

Tak mahu merapu lebih lebih pasal make-over rumah sebab petang ni Chik Na nak jawab tag dari Hamizah.Tima kasih buat Hamizah yg sudi bagi tag kat Chik Na. Memandangkan tag ni senang so Chik Na teruja nak buat ;-)

1. Barang kawin pertama yg dipakai
- Gelang

2. Barang elektrik pertama yang dibeli selepas bernikah dan duduk sebumbung
- sama la macam mizah... peti sejuk..dan Chik Na masih menggunakan sampai sekarang ;-)

3. Barang peribadi yang pertama dibeli dengan wang hantaran
- Tak beli barang peribadi pun..after 5 months kawin baru guna, Chik Na buat tambahan downpayment rumah yg kami duduk sekarang. 

4. Barang peribadi pertama dibeli selepas bergelar isteri
- Nta tak ingat.. rasanya beli kain buat baju kurung 

5.Barang mahal pertama kali dibeli selepas bergelar suami isteri
- Rumah... ehhh rumah tu boleh dikira barang ke??? 

6.tag 5 blogger lain
- Zarin (Sweet..Sour and Juicy....thats me..pickle tickle)
- Kak Mas (masam-masam manis)
- Shida (Gorgeous Mama)
- Alya (Mrs. Simplicity)
- Lady (little Parlour)

Wednesday, July 7, 2010

- Heavenly Carrot Cake

Ingat ke nak buat N3 pasal Cameron Part 2 tapi malas nak edit gambar..so malam ni Chik Na share je resipi kek lobak merah yg Chik Na buat petang tadi.

Sebenarnya pagi tadi Chik Na teringin sangat nak makan kek carrot Kedai Kek Suanson kat Chow Kit or Bangsar  tapi tak kuasa nak layan perasaan sendiri drive ke sana so Chik Na pun terpikir nak buat sendiri. Dalam dok terpikir tu..teringat Kek Carrot yg Chik Na tengok kat blog Dapur Tanpa Sempadan. yang mengiurkan.

Sebelum jemput Faiz dari KAFA, Chik Na singgah dulu pasar borong selangor untuk beli carrot & telur dan bahan selebihnya Chik Na beli kat kedai bahan kek, Hot Oven di Puncak Jalil.


Kek lobak merah ni memang sedap sangat..and very moist. Rasanya dah ala-ala Suanson Carrot kek. Puas hati sangat rasanya..patut la tuannya letak namanya Heavenly Carrot Cake ;-)

Resipi yg Chik Na ambik dari blog En. Mat Gebu... Minta maaf la En Mat Gebu sebab copy resipi tanpa keizinan dulu..

BAHAN-BAHANNYA 

1 cawan tepung gandum
*
1 camca teh baking powder
*
1/2 camca teh soda bicarbonate
*
1/2 camca teh garam halus
*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
*(*disatukan dan diayak
            Chik Na guna 1/2 sudu camca teh je sbb Chik Na tak suka sgt bau kayu manis ;-)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)- Chik Na guna 1 cawan
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang


BAHAN CREAM CHEESE TOPING :


100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
Chik Na guna 3 sudu besar gula aising sbb Chik Na suka cream cheese tu manis sedikit

CARA BUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Terima kasih buat En Mat Gebu kerana share resipi kek carrot yang mudah dan sedap nih.. Thumb up untuk resipi ni. Anak-anak Chik Na suka betul cake ni... da tinggal suku je lagi..



Tuesday, July 6, 2010

- Jalan-jalan Cameran Highland - Part 1


Last Friday Chik Na memontengkan anak-anak Chik Na sebab nak ikut adik-adik di KB dan my mum ke Cameron Highland. Teruk tul Chik Na nih....nak pergi jalan-jalan sampai sanggup pontengkan anak yer... Tak pe la kan... lagipun cuti sekolah hari tuh kami tak ke mana-mana sebab semuanya tak sihat.

Sebenarnya tak plan pun nak pergi Cameron Highland ni tapi bila dengar salah seorang adik Chik Na nak bawa mama jalan-jalan CH, teringin plak nak ikut..sebab da lama tak jalan-jalan makan angin ngan mama dan adik adik. After dapat tau pasal adik nak ke CH last Tuesday , Chik Na pun menjalankan misi meminta kebenaran dari En. Zaidi dan misi memujuk Arri (adik Chik Na yg dok sama) ambil cuti hari Jumaat tu. Alhamdulillah tiada bangkangan dari En. Zaidi dan Arri cuma En. Zaidi minta Chik Na service tayar dan tukarkan tayar kete sebelum pergi sana.


Hari Khamis sblm pergi CH, Chik Na pun menjalankan amanat En Zaidi supaya pergi tukar dua tayar. Pagi tu selepas hantar Sufia ke kindie terus ke Goodyear Putra Permai. Mekanik bagitau kena tukar absorber sebab absorber depan belah kiri dah start leaking. Chik Na refuse untuk tukar sebab segalanya bab-bab kete Chik Na akan hantar service kat Global Amity.

Berbalik ke cerita CH, hari Jumaat kami bertolak dari rumah around 7.30 am.Alhamdulillah tiada kesesakkan lalu lintas di highway cuma jammed di Sunway menghala Subang je... tapi lama gak dalam sejam ..almaklumlah org nak kuar bekerja time tuh..

Lebuh raya PLUS hala ke Utara.. kereta tak banyak. Kami ke sana ikut Simpang Pulai sebab nak mengelak jalan yg lengkang-lengkuk melalui Tapah.

Kami selamat sampai di apartment yg kami sewa around 12 tghari. Kebetulan keluarga dari KB pun sampai lebih kurang sama. Apartment 3 bilik, 2 bilik air di Tanah Rata yang kami sewa  agak selesa dan bersih walaupun bangunannya tak nampak menarik. Ada Astro dan facilities untuk memasak dan peti sejuk.. yang paling penting apartment ni hanya disewakan untuk muslim sahaja sebab kami plan nak masak simple-simple. Dan disediakan extra tilam dan blanket yg melambak dan juga sejadah. Sesuai untuk ahli kelurga yg besar.. Chik Na rasa boleh muat untuk 2 or 3 buah family.


alamak..nak kena keluar ambik faiz plak.. nanti sambung part 2 yer

Thursday, July 1, 2010

- Hatiku tengah membara

Chik Na tengah sakit hati bila tengok statement bank untuk loan rumah... bayangkan dah 4 tahun bayar, bila calculate balik, around 55k kami dah bayar untuk interest ,sedangkan untuk prinsipal baru bayar dlm 11k je... sakit tul hatiku ini... nasib baik tak ikut suggested amount tuk buat loan .. kalau tak lagi banyak kena bayar interest. Maka bertambah laa kaya bank yg kami guna khidmat tuh.. tu yg asyik profit je bank-bank nih. Dan imagine berapa banyak lagi kami kena bayar interest kat bank sehingga selesai bayar hutang rumah. Yang tambah sakit hati bila calculate lagi.. jangka selesai hutang semasa kami sign agreement sepatut Oct 2027 tapi disebabkan BLR dah naik beberapa kali sepanjang tempoh 4 tahun ni,, kami kena bayar sampai May 3032.. lama tuh..another 5 years difference. Dan yg tak sedap hati lagi..dengar khabar BLR akan naik lagi by September akan datang..

Mission Chik Na by minggu ni nak pergi jumpa officer bank yg jaga akaun rumah we all dan mintak kurangkan interest rate..kalu dia tak mau kurangkan current interest rate at 6.25% tu, Chik Na plan nak refinance rumah tu ngan bank lain sebabnya currently kebanyakkan bank offer interest at  BLR-1.8% which is equal to 4.25% ... boleh la jimat 2% interest. Nampak macam kecik je 2% tu tapi kalau dikira bahagi darab dan segalanya dlm masa 15-20 tahun..jumlahnya menjadi 5 angka...base on calculation Chik Na yang bukan akauntan ni..kalau Chik Na refinance at 4.25%, Chik Na dapat jimat dekat 70k... sapa nak bagi 70k kat kita kan!!!!!

Sesekali kita kena tengok dan kaji statement bank yg kita dapat.. sesungguhnya as customer kita kena bijak menguruskan kewangan kita.. banyak cara yg kita boleh buat untuk kurangkan interest dan cepat langsaikan loan rumah.. but we need to learn and learn and listen and listen to the expert.

hmmm.. apa la Chik Na membebel pasal finance pagi-pagi ni.. baik breakfast then pergi bank cepat-cepat...harap officer bank dapat memberi kerjasama ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates