Ads 468x60px

Labels

Tuesday, June 29, 2010

- Pengat Pisang

Kami tengah menikmati pengat pisang ;-). Kalau family En. Zaidi depa panggil serawa pisang ;-)


Pisang yang dibawa oleh mama Chik Na masa akhir cuti sekolah ni di tanam di tepi rumah keluarga kami di Kota Bharu. Org kelate panggil pisang kebatu ..oleh negeri lain panggil apa..Chik Na tak tau. Hampir terlupa pasal pisang ni..almaklumlah diperam dlm kotak kat bawah meja di dapur. Nasib baik masa nak cari something kat dapur ternampak kotak peram pisang nih...

Tak mau tulis panjang lebar dah ..nak makan pengat pisang.. ;-)

Monday, June 28, 2010

- Kitakan VVIP

Perbualan ketika memandu masuk ke perkarangan kompleks Sukan Negara..

Chik Na:  alamak ade event lagi la minggu ni...
Faiz:        apa yg mama susah hati.....kitakan VVIP..
Chik Na : cepat ambik kad dlm purse mama

Memandu melalui pak guard sambil menunjukkan sekeping kad sambil mengangkat tangan tanda terima kasih kepada guard-guard yg bertugas menjaga laluan ke Pusat Aquatic...


Kad power swim ni lah yg buat kita orang macam VVIP setiap kali ke Komplek Sukan Negara bila ada sesuatu event di komplek sukan tersebut. Normally orang yg tidak mempunyai kad keahlian Power Swim tak boleh memandu masuk ke perkarangan Pusat Aquatic Negara. Lagi satu apabila ade event jugak, setiap kete yg masuk ke kawasan Komplek Sukan Bukit Jalil terpaksa membayar parking untuk kereta. Fyi, pada hari tiada event tiada bayaran parking dikenakan. Tapi disebabkan kami ade kad power swim nih, kami tak perlu bayar parking dan boleh masuk sehingga ke perkarangan Pusat Aquatik Negara tanpa masalah. 

Disebabkan kad power swim tu jugak, Chik Na pernah gak mengambil kesempatan pergi ke jualan gudang Metro Jaya dan Amway tanpa dikenakan bayaran parking dan tanpa susah susah cari parking sebab kebanyakkan jualan gudang akan di adakan di Stadium Tertutup Putra yang bersebelahan Pusat Aquatic nih.

For info, setiap hari Ahad, pukul 2.30pm - 4.00pm kami akan berada di Pusat Aquatic Negara. Dah 4 bulan Faiz belajar berenang kat Pusat Aquatic nih. Alhamdulillah setakat ni Faiz dah belajar  free style and breast stroke. Petang semalam dia dah start belajar back stroke plak.
adik yg sedang tunggu abangnya belajar berenang
Faiz tengah belajar macamana nak buat back stroke style..salute ngan intructor yang sabar melayan anak-anak yg belajar berenang
Faiz tgh swim back-stroke style

Friday, June 25, 2010

- The Back-up Plan

Just finished tengok movie The Back-up Plan. Teringat nak tgk citer ni bila baca entry dari blog Zarin petang semalam. Dah sebulan lebih adik Chik Na, Arri downloadkan citer ni dari internet tapi tak berkesempatan nak tengok..so, lepas balik hantar Sufia dari kindie, terus connect portable hard-disk kat TV...sambil tu breakfast nasi berlauk gulai ayam dan minum milo panas ;-)

Cerita romantic comedy yang ringan dan happy ending story...dilakon oleh Jennifer Lopez (Zoe) dan Alex O'Loughlin (Stan)...suka gak tengok muka mamat ni.. cool and sweet je.



Synopsis yg chik Na cilok dari Mr. Google

The Back-up Plan is a comedy that explores dating, love, marriage and family in reverse.

After years of dating, Zoe (Jennifer Lopez) has decided waiting for the right one is taking too long. Determined to become a mother, she commits to a plan, makes an appointment and decides to go it alone. That same day, Zoe meets Stan (Alex OLoughlin) a man with real possibilities.

Trying to nurture a budding relationship and hide the early signs of pregnancy becomes a comedy of errors for Zoe and creates confusing signals for Stan. When Zoe nervously reveals the reason for her unpredictable behavior, Stan commits fully and says hes in. Never before has love seen a courtship where a wild night of sex involves three in a bed Stan, Zoe and the ever-present massive pregnancy pillow. Or, where date night consists of being the focal point at a near-strangers water birth which does for kiddie pools what Jaws did for swimming in the ocean. The real pregnancy test comes when both of them realize they really dont know each other outside of hormonal chaos and birth preparations. With the nine month clock ticking, both begin to experience cold feet. Anyone can fall in love, get married and have a baby but doing it backwards in hyper-drive could be proof positive that they were made for each other.

Thursday, June 24, 2010

- Dah lama tak bersiaran

Wahhh.. dah lama betul Chik Na  tak bersiaran yea.. dah berdebu-debu blog nih ;-). Actually, start dari hari Selasa cuti sekolah hari tu kami anak beranak semua tak sihat..demam, selsema & batuk yg berpanjangan. Bukan demam suam-suam kuku..demam yg suhunya agak tinggi sampai dekat 40'C... sampai berulang kali ke specialist.. al-maklumlah takut terkena H1N1 or denggi. Demam yang nak bangun pun tak larat dan sakit sendi-sendi kat badan. Start dengan Faiz, diikuti dengan Sufia, Chik Na sendiri, Chik Wah, adik chik Na yg dtg dr KB, Arri dan MIL yg dtg menjenguk we all pun terkena tempiasnya jugak. Yg suspennya MIL sampai 2 hari dia baring je..bangun hanya untuk sholat je, makan pun tak mau.. 

Nasib baik la En. Zaidi balik bercuti so ade la orang yang boleh tengokkan kami anak beranak... tapi yg tak bestnya plan nak bercuti-cuti Msia terpaksalah di batalkan. Tapi best jugak dok rumah .. spend very quality time together,  ditambah pulak bila demam..dilayan bagaikan puteri ;-)..he heh heh

Hari yg Faiz mula nak demam tu kami sempat jugak ke Aquaria. Faiz yang beria-ia nak pergi .. sebab dah banyak kali dia ajak Chik Na pergi Aquaria tuh...tapi alasan yg selalu Chik Na bagi..tunggu abah balik ;-).. so bila abah da balik, Faiz tuntut la janjinya.. sampai Aquaria dalam pukul 11 pagi. Orang agak ramai sebab cuti sekolah. Harga tiketnya boleh tahan gaks..

Bergambar kat depan AQUARIA sementara tunggu abah 'Q' untuk beli tiket

Masih sempat posing walaupun masa ni dah demam dedar-dedar



Tuan blog pun sibuk nak bergambar ;-)


Sufia ngan patung turtle besau kat kedai cenderamata... beria nak beli patung nih.. 

Last sekali dia beli white panther..tapi sufia anggapnya macam kucing.. kalau main toy tu bunyinya mengiau bukannya mengaum ;-)

Faiz & Sufia enjoy sangat tengok ikan-ikan berenang walaupun Faiz komplen Aquaria ni kecik je..Faiz cakap macam tak puas jalan dalam tuh...tak sebesar yang kami pernah lawati di Bangkok dan Shanghai.

Wednesday, June 2, 2010

- Bulan May bulan hadiah

Bulan Mei tahun ni merupakan bulan yg penuh kegembiraan buat Chik Na...syukur alhamdulillah atas nikmat dan ganjaran yg diberi Allah swt. Kegembiraan Chik Na bermula dengan sambutan ulang tahun kelahiran Chik Na, kemudian 2 daripada wishlist Chik Na telah ditunaikan oleh suami tersayang dan siap dipasang pada bulan Mei nih. Terima kasih banyak-banyak buat cik abg tersayang.. nanti Na bagi wishlish baru plak ;-)

Wishlist Chik Na yang telah  En. Zaidi tunaikan...buat pagar baru dan system autogate... rumah dah abis bayar baru la tercapai impian nak buat autogate ni. Now ni Faiz dan Sufia dah tak bergaduh lagi pasal sape nak kena buka or tutup gate ;-). Gate dan system autogate berserta alarm ni brand Unigate which Chik Na tempah kat Delux. Puas hati sangat dengan hasil kerja depa.

Masa kami tempah gate ni ade pameran homedeco sedang berlangsung kat PWTC, so sempena pameran tu pelanggan yg tempah Unigate dapat hadiah percuma Induction cooker dan rebate RM 500 jika pagar lama diberi kepada mereka walaupun kami hanya menempah gate tu kat outlet mereka di IOI Mall.

Induction cooker Chik Na dapat masa pekerja delux datang install unigate... tengah dok pikir, kalau Chik Na jual at separuh rega, ade tak org nak beli .. sebabnya Chik Na memang dah ada dan guna Induction cooker yg can gini kat rumah.


Wishlist no. 2 pulak, pergola kat laman rumah. Pergola ni pun Chik Na tempah ngan Delux  juga. Tapi yg ni Chik Na tempah masa HOMEDEX kat KLCC Convention Center ari tuh. N3 pasal homedex kat sinin.

dan set periuk stainless steel 10 pcs ni Chik Na dapat masa org delux datang install pergola tu. Sebelum tu kat Homedec masa tempah pergola tu Chik Na dapat voucher Jusco sebyk RM 160...jugak tengah pikir nak let go set periuk ni... sbb still ade lg satu set periuk yg Chik Na beli kat London belum diguna lagi.


Dan hadiah yg paling memberi kejutan adalah apabila Chik Na diumumkan sebagai salah seorang pemenang contest Homedec pada 22 Mei lalu. Seumur hidup Chik Na tak pernah menang apa-apa contest.. memang mengujakan ... hampir mengalir airmata Chik Na masa tu... fyi, 10 pemenang contest tu memang tak tau hadiah apa yg depa akan dapat until lah nama they all dipanggil sebagai pemenang. Nasib baik la Chik Na menghadirkan diri kat San Francisco Steakhouse KLCC tu sbb pada mulanya Chik Na ingat maybe Chik Na terkena scam je. Syukur sangat-sangat...

Wishlist seterusnya..nak buat mini garden kat laman rumah Chik Na yg cinonet tu plak... bila la agaknya ianya akan menjadi kenyataan.

ps: now ni tak sabar tunggu en. zaidi balik  nanti ...bukannya apa, tunggu hadiah harilahir backdated plak heh heh heh ;-)

Tuesday, June 1, 2010

- Marble Kek Resipi

Hari ni Chik Na nak share resipi Kek Marble yang pada Chik Na amat sedap rasanya. Resipi ni Chik Na ambik dari SIL Chik Na sebab anak-anak dan suami Chik Na memang sukakan kek marble buatan SIL ni ;-)



Bahan-bahan:

  • 10 biji telur - asingkan telur kuning dan putih dan ambil 10 biji merah telur dan hanya 5 biji putih telur
  • 450 gm marjerin Planta ( mesti planta tak bole yg lain yea..)
  • 340 gm gula aising
  • 340gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 3-4 cubit baking powder


Cara-caranya:

Adunan 1

  • Pukul marjerin hingga kembang dahulu 
  • kemudian masukkan sebiji demi sebiji merah telur yg telah diasingkan, dan pukul hingga kembang
  • notes: (mangkuk adunan 1 mesti kena lebih besar dr mangkuk adunan 2)
Adunan 2
  • Di dalam bekas lain, pukul putih telur (5 biji) dan baking powder dan gula ising hingga kembang ( gula ising dimasuk sedikit demi sedikit)
  • Pukul sehingga adunannya nampak seperti creamy dan berbuih sedikit
a. Masukkan adunan 2 ke dalam adunan 1 dan gaul sehingga sebati
b. kemudian masuk kan gandum sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu pekat manis dan esen vanilla
c. bila sudah sebati bahagikan adunan kepada 2, 1/3 untuk diwarnakan dengan warna pilihan dan 2/3 tidak diwarnakan
d. leserkan tin pembakar bersaiz 12 inci dengan sedikit marjerin
e. sendukkan  2 senduk adunan tidak dicampur warna di tengah tengah tin pembakar, kemudian sendukkan 1 adunan berwarna di atas adunan tidah berwarna. Ulang sehingga adunan habis
f. bakar pada suhu 160'C selama 45 min - 1 jam.

Ni la rupanya kek marble yg da dimasak.. Masa buat ari tu Chik Na jadikan 2 biji sebab oven Chik Na yg cinonet tu tak muat nak boh tin pembakar size 12 inch ;-)

Kek besday Faiz ari tu dalamnya Chik Na buat kek marble ;-)

p/s: bila tanya sufia "sama tak kek yg mama buat ngan Tam buat"... dia jawab "sume sama kecuali atasnya"...ha ha ha sebab bahagian atasnya masa Chik Na buat tu a bit hangit sedikit.. sufia sufia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates